"Kita Bertemu Kerana Allah Dan Kita PilihanNya" - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

"Kita Bertemu Kerana Allah Dan Kita PilihanNya"

"Kita bertemu kerana Allah."

Sentiasa terngiang dan teringat-ingat setiap hari. Tepuk bahu perlahan. Senyum. "Lillahi Ta'ala.."

"Pertemuan ini kerana Allah SWT. Dan Akin bertuah kerana dipilihNya untuk bersama orang-orang hebat."


Meeting pertama PCG 21/10/20. Alhamdulillah.


Meeting kedua PCG 25/10/20. Alhamdulillah.


Allahu.. Sejujurnya, Akin rasa kerdil bila bersama dengan orang-orang yang hebat ni. Rasa cetek sangat ilmu ni. Masyaa Allah.

Tapi, alhamdulillah team sentiasa bagi semangat untuk terus bangkit dan terus usaha baiki diri untuk berjalan ke arah kejayaan. Kejayaan sebenar bukan destinasi tapi pada proses perjalanan itu sendiri. Bagaimana kita melihat dan melakukan transformasi yang mengubah diri kita from zero to hero.


From nothing to something.


Akin teringat bila pelajar yang sangat menghargai kehadiran kita dalam kelas, selalu kongsikan.. "Cikgu, terimakasih kerana jadikan saya hero dari zero. Jadikan saya something harini dari saya tak tahu anything."

Sebak. Allahu..


Kita ingat dengan menyampaikan sesuatu yang kita tahu tu biasa je. Tapi, rupanya sangat luar biasa dari diri pelajar. Menjadi somebody dekat sekolah, buatkan diri kita rasa lebih bersemangat nak belajar, lagi dan lagi kan?


Lagi terharu bila ada pelajar tak pernah ada cita-cita nak jadi akauntan, dah ada cita-cita. Yang tak nak sambung kursus akaun, tiba-tiba ada cita-cita nak sambung universiti kursus akaun. Yang tak ada harapan nak sambung belajar, ada harapan cerah dan dah nampak jalan nak sambung uni apa, kursus apa, kerja apa dan nak jadi apa. Allahu..


Maha hebat kuasa Allah. Aturkan kehidupan ini cukup indah.


Demi Allah, Akin tak akan ada di sini harini kalau bukan sebab utama kerana Dia.. Terima kasih Allah.



Lagi terharu bila Allah hadirkan wajah-wajah sahabat dunia akhirat seperti dua insan yang sentiasa bagi Akin motivasi dan Akin terinspirasi dengan kejayaan diorang dua hari ini.. Nurul Nabihah dan Zulaikha. Terimakasih guys :)


Moga Kau berikan hadiah perjalanan hidup paling baik dan cantik buat mereka berdua.


"Kita bertemu kerana Allah. Semoga kita terus memberi peluang pada diri kita untuk terus berbakti pada insan lain yang memerlukan." 


3 Point Lesson Meeting #PCGForLife

1. 3 Tips Character Building

2. Bagaimana Cara Membetulkan Diri Kita (Panduan Srikandi Islam Rabiatul Adawiyah)

3. Adab Kerjakan Solat

4. Adab Sebelum Tidur


Kita ada hati dengan tujuan yang sama. Moga Allah izinkan dan berikan kemudahan atas apa saja yang kita rancangkan.. Moga jalan ini adalah jalan yang Allah redhai...


Sekian Coretan #PCGForLife2020

Akin.

26 Oktober 2020 | Ahad

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)