3 Sebab Kena Bijak Menguruskan Harta - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

3 Sebab Kena Bijak Menguruskan Harta

Assalamualaikum pencinta ilmu sekalian!


Ada 3 sebab kita kena bijak menguruskan harta. Harta peribadi mahupun harta perniagaan. Sebelum tu mari kita berkenalan dulu dengan 'HARTA'. Apakah itu harta. Apakah itu Aset? Apakah contoh harta yang kita ada. Dan bagaimanakah kita nak tahu harta tu berapa lama kita nak guna. Dan lain-lain.



HARTA adalah aset. Aset adalah sesuatu yang kita miliki. Harta peribadi dan harta perniagaan. Merupakan perkara yang berbeza.

Harta peribadi adalah 'something the we owned'. Kereta atas nama peribadi. Duit dalam bank nama peribadi. Contohnya, kereta yang dibeli atas nama Ayunda Puteri Bt Ahmad.


Harta perniagaan adalah 'something that we owned'. Yang dibeli atas nama perniagaan. Contohnya, premis bangunan yang dibeli menggunakan nama Ayunda Cosmetics Sdn Bhd.


Harta ada 2 jenis. Aset Semasa adalah harta yang kita ada dalam jangka masa pendek. Contohnya adalah IBAT iaitu inventori akhir, Bank, Akaun Belum Terima dan Tunai.


Aset Bukan Semasa adalah harta jangka masa panjang adalah yang kita gunakan untuk tempoh yang lama. Purpose utama adalah untuk kegunaan perniagaan. Contohnya, kenderaan, perabot dan bangunan.


3 SEBAB KENA BIJAK MENGURUSKAN HARTA

1. Menjana Pendapatan

Dalam perniagaan, harta perlu diurus dengan baik. Contohnya, perniagaan ada wang lebihan (Cash Reserve) yang banyak. Apa yang perlu dilakukan? Simpan saja dalam bank simpanan atau kembangkannya dengan melabur di tempat-tempat yang sepatutnya?

2. Menjaga Keharmonian Dalam Perniagaan

Ada situasi bila terjadinya pengurusan kewangan yang tak sistematik. Wang keluar dan wang masuk tidak dicatat dengan sebaiknya. Akan wujudlah isu penyalahgunaan aset perniagaan. Lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut adalah melibatkan syarikat berhad. Juru audit bertanya dan menyelidik hingga ke lubang cacing, ke mana perginya wang yang tidak direkod dalam rekod kewangan.


Bukankah itu melecehkan? Dan bukahkah kita tahu bahawa merompak itu berdosa? Mencuri harta peribadi pun dah 'berdosa', apatah lagi jika harta perniagaan. Duit orang lain tu oii..


3. Meningkatkan Rasa Percaya

Rasa percaya dari siapa? Rasa percaya dari prospek atau bakal pelabur atau bakal pemegang saham. Pemegang saham ni lebih cenderung untuk melihat betapa untung nya mereka jika mereka melabur dalam mana-mana perniagaan yang berpotensi. Lagi-lagi yang mempunyai untung yang banyak, setuju?

Jangan cakap orang. Tengok diri sendiri. Kita seronok kalau tengok kita akan dapat pulangan tinggi kalau melabur kan?

Bila sesebuah perniagaan mempunyai lebihan harta iaitu tunai di tangan. Mereka membuat pelaburan atau membuat simpanan tetap di bank, perniagaan akan memperoleh pulangan. Maka, keuntungan perniagaan meningkat. Kemudian, prospek melihat keuntungan perniagaan meningkat. Rasa-rasa teruja tak bakal pelabur tu?


Sila teruja dan seronok untuk melabur!


Sekian sedikit coretan dari Cikgu Akin,

Speaker Funtastic Prinsip Akaun.

Santai Belajar Akaun.


Inshaa Allah. Sampai berjumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)