Volunteer 5 000 Ekor Ayam Rakyat Syawal MVM Bersama Uncle Kentang - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

Volunteer 5 000 Ekor Ayam Rakyat Syawal MVM Bersama Uncle Kentang

Volunteer 5 000 Ekor Ayam Syawal MVM Bersama Uncle Kentang | Hi readers! Kalini Akin nak share lagi #volunteeringworks yang Akin join. Yes! Memandangkan PKP pun dah masuk fasa pemulihan, jadi kita dibenarkan untuk keluar dan buat aktiviti macam biasa tapi dengan SOP. Alright!

For this time, Akin join Volunteering kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), anjuran Anugerah Hikmah Consultancy & Services bersama dengan Uncle Kentang, Kuan Chee Heng. Seriously, macam tak percaya sebab dulu cerita pasal Uncle Kentang viral kot. Cuma Akin tak berapa ingat apa yang uncle buat, I thought uncle bagi makan orang-orang susah rasanya masa tu.


Join Muslim Volunteer Malaysia (MVM) masa 2018 lagi tapi tak pernah ada kesempatan untuk join. Since 2018 dan 2019, kerja pun 7 days direct, memang tak ada kesempatan nak join any activities or voluteering works yang ada. Banyak register jadi member / volunteer je. Tapi tak join atas kekangan masa dan jadual yang padat!

Pernah dah register Pure Heart tak ingat tahun bila dan bulan berapa. Tapi, lepas register, esok program. Last minute pernah cancel due to nak replace class students.

Yes! Memang dah lama nak jadi volunteer. Rindu sangat zaman belajar dulu guys haha.


Maka, masa PKPP ni student form 5 pun dah mula naik sekolah kan. So, schedule pun dah agak loose sikit. Cuma petang hingga malam yang dah tight. And this year, please please please. Inshaa Allah Sabtu will be my offday.

Dari last year lagi nak offday hari Sabtu ni. Tapi, selalu tak jadi tau. Selalu ada adhoc punya teaching plan. Student baru yang fail (again, tak sampai hati nak letgo. Kena bantu juga. but, this year maybe no. Inshaa Allah akan pass pada team)

So, here we go. Malam sebelum dapat email. Akin dah set Rabu untuk free kan diri. Sebab plan asalnya nak siapkan slide and material untuk next Funtastic Online Tuition class. But, ada juga terdetik. Bila MVM nak buat volunteering works ni. Rasa macam nak keluar lah. Tepu dah kepala otak dengan kerja yang tak pernah selesai ni. hehe

So, tak lama lepas terdetik tu. Ada email baru. MVM bagi pesanan rindu. Apalagi, mencari volunteer lah.. Anda rasa saya ada masa untuk berfikir? No. Akin terus register ahaha.


Perjumpaan dan agihan ayam ni dibuat di flat sekitar Puchong. Dulu selalu tertanya-tanya, kenapa banyak buat agihan dan aktiviti di sekitar Puchong je. Well, Puchong pun ramai insan, asnaf yang memerlukan bantuan.


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.

(Riwayat Muslim)


 Rutin Akin dan Aisyah (kawan baru) adalah bawa banting di setiap lokasi. Alahai kelakar betul Aisyah ni. Terbawak-bawak message volunteer dalam group.

"2r2" merujuk pada "Betullah tu."

Aduh! Ayat dak dak hipster sangat oii.


So, di sini Akin kongsikan beberapa keping gambar di sepanjang program "Ayam Rakyat Syawal" yang diadakan pada hari Rabu, 1 Julai 2020 baru ni. Plan asal program selesai jam 3 petang. Tapi, drag lewat sikit atas beberapa faktor. Nasib baik student Akin jenis yang okay. So, ada 2 kelas di hari kejadian telah di-pospone ke hari Sabtu. Ehekk














Disebabkan yang kita agihkan ni adalah ayam mentah maka kita perlu habiskan juga amanah 5000 ekor ayam ni pada yang memerlukan. Dan kami pun ada deliver ke beberapa Pusat Jagaan Anak Yatim di sekitar Puchong dan Cheras. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. 



Semoga dipermudahkan juga urusan yang seterusnya. Next program :) Kalau ada jodoh kita jumpa lagi Uncle Kentang.

Mana gambar Akin?



Okay nah.. Gambar ni saja sebagai kenangan. Haa, gitew.. Gambar Akin memang tak banyak. Dalam mana-mana program pun, kalau kita cakap kita duduk belakang tabir je sure tak banyak gambar pun. Kalau kita jadi main actress, baru kita punya gambar banyak HAHAHA!


Jumpa lagi next entry!

Assalamualaikum!


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)