Misi Sukarela Agihan Makanan di Somalia Rufugee Community - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

Misi Sukarela Agihan Makanan di Somalia Rufugee Community

Misi Sukarela Agihan Makanan di Somalia Rufugee Community | Alhamdulillah Alhamdulillah.




22 Julai 2020 | Rabu | 9 pagi - 4 petang

Peluang datang sekali lagi. Kita grab sekali lagi.

Pengalaman yang mahal. Pertemuan dengan sahabat baru yang mahal.

Dari pelbagai background juga yang mahal. Bertemu kerana satu matlamat. Untuk membantu yang memerlukan. Lillahi Ta'ala.. Moga usaha kita semua diredhai Allah dan dipermudahkan.

Misi Sukarela kalini di bawah My Care Volunteer. Program Agihan Makanan kepada Somalia Refugee Community yang berada di lokasi :16, Jalan 10/21d, Medan Idaman, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Antara wajah-wajah volunteer harini. Alhamdulillah dimudahkan Allah SWT buat kita semua harini. Hanim, baru nak grad. Atirah pula graduates Medical Student dari Indonesia, Zara pula stewardess dari Oman Air. Okay, semua dari background yang hebat-hebat.



Lokasi agihan barang makanan adalah dalam lebih kurang 30 minit rasanya dari Seri Kembangan. Kami ke kawasan Somalia dulu baru ke kawasan bantuan untuk Indonesia camp pula.

Kawasan yang kami pergi adalah Office atau di pusat utama untuk Somalia Refugee. Manakala, refugee stay di kawasan berhampiran. Dengan keadaan kawasan perumahan di sekitar, Akin diberitahu bahawa ada NGO yang bantu berikan dana untuk pembayaran sewa.

Sebenarnya masa ada dekat pusat tadi, Akin ada dengan perbualan volunteer dengan salah seorang ibu tunggal yang menguruskan community kat situ.

Katanya, refugee dari Somalia antara  yang ada di Malaysia yang paling susah nak dapat kerja. Atas banyak faktor. Kebanyakan diorang hanya buat bisnes kecil-kecilan macam menjual kraftangan, menjahit dan sebagainya.

Untuk kerja di luar. Memang susah.


Lagi-lagi atas faktor perbezaan bahasa. Ada di antara diorang yang masih belum faham bahasa Malaysia atau English. Tapi, diorang ada cikgu bahasa Inggeris. Untuk memudahkan translation dengan Orang Malaysia yang nak memberi sumbangan.

Memang banyak ujian dan halangan. 


Tapi percayalah.

"Allah takkan menguji di luar kemampuan hambaNya." Semoga mereka kuat dan teruskan berjuang! Inshaa Allah..

Tak dinafikan. Kita semua ada mentaliti yang sama. Kita takut dan risau dengan foreigner. Tapi, apa yang kita boleh buat selain bersangka baik. Moga Allah bantu kita semua :)



Atirah bersama dengan salah seorang ibu tunggal yang menguruskan pusat refugee Somalia di Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris.








 Perjalanan Akin dari Damansara ke Seri kembangan dari seawal jam 8 pagi. Kononnya nak elak jammed. Rupanya, program dijangka bermula jam 11. Hehe.. Alhamdulillah nasib baik team belum gerak lagi. Maka, kami berempat sajalah kuntuman bunga yang sertai misi kalini.


Terimakasih atas peluang ini, Ya Allah.. I'll try my best inshaa Allah.

Dari pelbagai background juga yang mahal. Bertemu kerana satu matlamat. Untuk membantu yang memerlukan. Lillahi Ta'ala.. Moga usaha kita semua diredhai Allah dan dipermudahkan.

Buktinya.. Semalam dah postponed 1 class online. Sekali van My Care menghala ke office. So, apa lagi on balik lah class online yang dah postpone awal tadi. Syukur Allah mudahkan jalan tadi.

Paling best, tak sempat sampai Sungai Buloh.. Jammed mak aii. Kita berhenti kejap tepi MRT TTDI, terus buat online class. Lepastu sambung live di IG for 1 hour. Lepastu shoot pergi Bukit Jelutong ada class offline. Wow! Hebat betul perubahan yang kau lakukan Akin haha!

Moga perubahan ini membawa kebaikan pada kita semua. Inshaa Allah. Ameen.


Road to next location. Misi Sukarela 2020 Mood is On!! Banyak wishlist Akin akan cuba untuk fulfill kan. Moga Allah redha dan mudahkan jalan. Inshaa Allah. Ameen..

Be Consistent Until Success. That's the Attitudes of Winner.


Jumpa lagi next entry! Assalamualaikum!

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)