Misi Sukarela Kampung Orang Asli Kachau Dalam, Semenyih - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

Misi Sukarela Kampung Orang Asli Kachau Dalam, Semenyih

Misi Sukarela Kampung Orang Asli Kachau Dalam, Semenyih | Alhamdulillah 14 hb Julai 2020, Akin berpeluang join Misi Kemanusiaan ke Kampung Orang Asli untuk beri bantuan keperluan harian. Sehari saja tapi alhamdulillah pengalamannya jauh lebih berharga berbanding penatnya.

Alhamdulillah. Misi kali ini di bawah NGO My Care. #KitaJagaKita.



 Perjalanan Akin dari Damansara ke Seri kembangan. Alhamdulillah nasib baik team belum gerak lagi. Maka, kami bertiga sajalah kuntuman bunga yang sertai misi kalini.

Mila (23 tahun) & Nash (24 tahun)
Alahai, kita pun nak rasa awet muda juga lah bila duduk dalam kalangan adik-adik ni hehe


Perjalanan ke Kampung Kachau Dalam memang kena lalu satu jalan. Kena naik kereta 4 x 4 . Kalau kereta biasa tak digalakkan. Tapi, ada saja kereta MyVi kami nampak masa dalam perjalanan ke kampung tersebut.

"Come On! MyVi kottt.." Bak kata Mila.

Mostly, orang kampung naik motor je sebagai transport harian. Kereta biasa ada saja sebenarnya. Sebab Akin nampak saja diorang angkat barang sumbangan naik kereta.



Misi kemanusiaan kalini untuk keluarga orang asli di Kampung Kachau Dalam, Semenyih ni adalah sumbangan dengan kerjasama NAMA Foundation. Kita tak sempat lagi nak buat research on NAMA Foundation, yang Akin sempat tahu, NAMA Foundation based di Egypt. Dan mereka banyak buat program dan sumbangan untuk Palestin. Rupanya nama besar juga NAMA Foundation ni.

Okay, Akin baru tahu tentang itu hihi. Knowledge baru bagi Akin.

Alhamdulillah.







Ada sesi diskusi dengan ustaz dan wakil penduduk kampung Kachau Dalam. Banyak juga ilmu yang Akin dapat tentang perkampungan ni. Kan tadi Akin ada bagitahu, jalan nak masuk ke kampung ni kena lalu jalan yang agak rosak dan laluan kecil kan?

Ingatkan macam, deme taknak ke upgrade sistem jalan ni bagi baik sikit kan? Rupanya Deme dah buat permohonan untuk buat jalan turap juga. Cuma mungkin lambat kut permohonan diluluskan. Wallahua'alam.

Masa haritu pun, line phone pun kami tak dapat juga dalam kampung haritu. Didoakan semoga segala urusan di kampung Kachau Dalam dipermudahkan. Inshaa Allah..


"Eh Mila. Buat apa tu? Hehe." Penat sangat ke tu layan karenah budak-budak tu. Seronok, pengalaman yang menarik bagi Akin. Lepas ni, kena banyak study tentang misi kemanusiaan yang deal dengan keluarga yang ada anak-anak kecil dan remaja.

First thing first, Thanks to Mila.. Inshaa Allah next time, Akin dah boleh study lebih lebih sikit tentang family yang ada anak-anak ni.

Akin list something yang Akin baru discover perlu ready dan perlu study :
  1. Study dan review sikit tentang lokasi Misi Sukarela sebelum misi bermula.
  2. Bersedia fizikal dan mental supaya tak mental breakdown semasa misi berjalan
  3. Bawa kelengkapan yang lengkap dan perlu sahaja
  4. Sediakan cenderahati atau candies yang sesuai untuk kanak-kanak
  5. Persiapkan aktiviti yang menarik untuk dibuat bersama anak-anak


Background bukit di kawasan Kampung Kachau Dalam memang nice. Lagi pula, dekat je dengan Bukit Broga. Nanti kita susun masa untuk aktiviti hiking pula. Inshaa Allah Akin nak cuba capai semua wishlist untuk tahun 2020.. Doakan ye guys! Akin nak buat yang terbaik tahun ni, inshaa Allah. Moga Allah mudahkan urusan kita semua.

Ameen...



Selesai Misi Sukarela kami pada hari kejadian, kita berehat dan santai di Cendol Durian Langat (Sungai Lui), Hulu Langat.. Amboi, cendol durian siap ya hampa semua hehe




Ada jodoh dan rezeki kita jumpa lagi okay Nash & Mila. Gembira jumpa hampa dua, very inspirative person. Semoga teruskan semangat berbakti untuk masayarakat guys..



Terimakasih atas peluang ini, Ya Allah.. I'll try my best inshaa Allah.

Road to next location. Misi Sukarela 2020 Mood is On!! Banyak wishlist Akin akan cuba untuk fulfill kan. Moga Allah redha dan mudahkan jalan. Inshaa Allah. Ameen..

Be Consistent Until Success. That's the Attitudes of Winner.


Jumpa lagi next entry! Assalamualaikum!

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)