"You Menuntut Ilmu Tapi Adab Zero!" - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

"You Menuntut Ilmu Tapi Adab Zero!"

"You Menuntut Ilmu Tapi Adab Zero!" | Akin tak sentuh mana-mana pihak. Cuma nak keluarkan idea yang berada dalam fikiran. Tuan Faizul pernah kata idea ni kalau kita dah terfikir, luahkan. Sebab dia tak bertahan lama. 5 minit macam tu je, lepas tu hilang dah.

Kenyataan di atas terlintas saat Akin tengah sediakan jadual kelas Funtastic Prinsip Akaun untuk bulan May 2020 ni. Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pendidik tapi tak mudah juga menjadi seorang yang bergelar pelajar. Akin pun pernah merasa menjadi seorang pelajar, dari zaman sekolah hingga zaman universiti.



Perbezaan pelajar masa Akin zaman sekolah dulu dengan pelajar zaman universiti adalah, kita lebih belajar tentang respect semakin kita menginjak dewasa.


Setuju?


Akin pernah je nampak ada classmate member, tak ada sikap hormat tu. Betapa sedih dan rasa kecewanya bila ada seorang pelajar macam tu dalam kelas kita. Rasa macam kau taknak belajar kau keluar dari kelas aku!

Tapi, naluri pendidik ni guys.

Hati diorang lembut. Diorang nak anak-anak bangsa berjaya walaupun dengan cara mereka yang tersendiri.

Tapi, kita sebagai pelajar ni yang ambil kesempatan. Buat perkara yang guru kita tak suka.

But, please. Guru itu ibarat ibu bapa kedua kita. Jagalah hati mereka.

Kenapa Akin tekankan benda ni pada semua yang bergelar pelajar kat luar sana?


Sebab Akin pun ada rasa macam kecewa bila student kita tak appreciate kita. Kita ikhlas menyampaikan ilmu, mendidik tapi mereka sedikit pun tak hargai penat lelah kita.

But, it's okay. Bila selalu rasa down dengan perangai pelajar yang bermacam ragam, I'll take some time. And back to Allah. Hati manusia Dia yang bolak balikkan. Perancangan kita Dia yang tentukan. Hati kita Dia yang pegang. So, semua benda pinjaman Dia. So, bila dah takes time reflect diri, I'll feel more relax.


Lepas tu, cakap dengan diri sendiri. "Kau serahkan semuanya pada Dia. Ini urusan Dia. Allah Wa Waduud."

Sini Akin share what I do since zaman belajar lagi. Alhamdulillah, bila kita jaga hubungan dengan Allah. Ibu bapa dan guru-guru. Inshaa Allah Allah pasti akan bantu mudahkan urusan kita.



3 Adab Dalam Menuntut Ilmu


1. Sentiasa jaga lisan bila berhadapan dengan mereka
  • Menjaga lisan tu sebenarnya perlu walau di depan siapa pun. Jangankan pada guru je, pada orang tua kita lagilah perlu jaga lisan dan jaga hati mereka. Ibu bapa adalah keramat hidup utama kita. Hormati mereka, berbaktilah sebaiknya pada mereka. Ingat, keberkatan hidup kita bermula dari mereka.


2. Buat apa yang mereka minta
  • Diminta untuk siapkan assignmnet. Buatlah. Attend class. Attend lah. Siapkan homework. Siapkanlah. Semua benda ni untuk siapa kalau bukan untuk diri pelajar tu juga? Kalau guru boleh korbankan masa bersama family dan masa untuk diri sendiri semata-mata nak siapkan all the preparation untuk their students, why not students pun sacrifice masa dan tenaga untuk settle down semua yang diminta oleh guru?


3. Jaga hubungan baik
  • Quite relate dengan point 1. Jaga lisan equals to jaga hubungan baik antara kita dengan para guru. Apa yang mereka ucapkan, dibalas baik. Apa yang mereka usulkan, diterima baik dan berbincang dengan berhemah. Tak perlu meninggikan suara dengan mereka. Jangan bila perlu je baru nak buat baik.


Harini masih lagi berfikir dan mengolah idea untuk diterapkan dalam kalangan student Funtastic Prinsip Akaun. Menurut pandangan Akin, diorang ni dah meningkat dewasa dan memang nak mencari ilmu je. Tapi, maybe kita boleh selang selikan dengan game or quiz yang sesuai.

Inshaa Allah. Akin akan cuba yang terbaik untuk bantu anak-anak yang memerlukan ilmu ini. Sebab ilmu ni Allah yang punya. Jadi, tanggungjawab Akin untuk sampaikan pada orang lain.

Sekian, coretan harini.

Assalamualaikum!


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)