5 Tools Wajib Ada Mengajar Semasa PKP - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

5 Tools Wajib Ada Mengajar Semasa PKP

5 TOOLS WAJIB ADA UNTUK MEGAJAR SEMASA PKP | Ingat lagi masa awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Masa tu lebih kurang dah 2 minggu stay rumah parents. Mengulang dari kelas ke rumah parents. So, lebih kurang pertengahan bulan 3 haritu kan kerajaan dah mulakan PKP Fasa 1.

Akin dah mula perancangan nak beli bamboo pad dah lama pun cuma masa ura-ura nak lockdown masa tu, buat Akin terus beli. Agak mahal tapi, tak pelah. Rezeki orang lain untung lebih pun tak apa. Sedekahkan aje.

Then, time by time. Mula mengajar secara online. Alhamdulillah, ramai juga student 1 to 1 yang register untuk subjek Prinsip Akaun. Tapi, 1 Akin rasa bila mengajar online ni. Cepat penat sebab main dengan laptop. So, planning untuk mengajar in grouping tu ada. Tapi, kalau dengan student sedia ada, agak susah nak combine. Sebab diorang dah selesa sebagaimana masa tu.


So, Akin move forward.


Akin percaya rezeki Allah tu luas. Kalau bukan sekarang. Nanti mesti ada juga peluang untuk buat kelas in group.

So, Akin prepare je 5 tools ni sebagai persediaan untuk mengajar secara online atau pun sharing bersama students nanti :)


5 Tools Sebagai Persediaan Untuk Mengajar Secara Online


1. Permulaan ONLINE TUITION PRINSIP AKAUN, this is my first new tools. Excited sampai 3 kali pergi Poslaju nak collect, tapi tak sampai-sampai lagi ahah.

Bamboo Pad, around RM151. Beli dekat Shopee, brand Huion.



2. MINI DESK. Sangat sesuai untuk Akin mengajar online. Cuma tak bestnya sebab tak boleh letak banyak buku atas meja. Cuma dapat muat 1 laptop, bamboo pad dan mouse je. Yes, only that! Haha

Harga beli : RM53 lebih kurang. Beli di Lazada sebab masih ada baki Ewallet dalam Lazada tak boleh nak withdraw.


3. LED LIGHTING. Sebab masa kelas, gambar Akin selalu tak cerah. Ada mendungnya juga hehe. So, finally I got this. Semoga bermanfaat. RM39 untuk 1 set, beli dari Lazada juga.


 4. MICROPHONE. Haaa, nampak tak next tools ni? Okay, ni next project. Inshaa Allah :) Moga dipermudahkan urusan Akin. RM40 Free Postage. Beli dari Shopee. Cepat betul sampai, Order semalam harini sampai!


5. WHITEBOARD MARKER. Dari awal mula online class, Akin memang mengajar guna Bamboo Pad. Akin rasa ada a bit problem bila nak record and shoot video mengajar guna laptop. Since laptop sekarang ni pun, dah pandai nak meragam .

Just prepare for the worst je sekarang ni eheh. Moga-moga isu PKP cepat-cepat selesai. Ameen.

1 set ada 4 marker. RM13. Akin beli 2 set RM26. Beli di Shopee. Marker ni macam nice and pekat inshaa Allah. Tengah tunggu whiteboard sampai.


6. HEADPHONE. Ingat nak beli yang mahal sikit so that dengan harapan boleh bertahan lama. Tapi, beli hat biasa je lah. Janji boleh communicate dengan students.

RM35 je guys. Beli dekat Kedai Ustaz Kota Damansara.



7. WHITEBOARD. Kalini memang lain macam apa yang Akin beli. Memandangkan nak balik rumah sewa pun tak boleh. Walaupun dekat je Sungai Buloh. So, Akin jenis malas betul nak tunggu dan delay lama-lama. Rasa tak senang bila tak boleh shoot video mengajar. So, what I do is... Akin beli whiteboard untuk letak dekat Damansara. Nanti bila dah habis PKP, baru bawak balik ke Sungai Buloh whiteboard ni :)

RM70 termasuk Shipping. Beli dari Shopee.


Parcel soooonn. Tengah shipping hehehe.


Sekian corat coret harini,
Nak masak untuk berbuka.


Assalamualaikum!


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)