Pesanan Ustaz Ebit Lew Buat Aku Puas Berfikir - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Pesanan Ustaz Ebit Lew Buat Aku Puas Berfikir

Pesanan Ustaz Ebit Lew Buat Aku Terfikir | Jika di atas jangan lupa yang kita pernah berada di bawah satu waktu dulu. Kata-kata keramat ini lah seolah-olah menusuk jauh dalam hati paling dalam dengan tusukan paling tajam.



Jika dah ada jangan dilupa kita pernah tak ada dulu.

Jika kita berjaya, jangan dilupa kita pernah jatuh berkali kali suatu ketika dahulu.

Jika sudah kaya, jangan dilupa kita pernah miskin suatu masa dulu.


Perkataan yang nampak mudah bagi sesetengah manusia. Tapi, bagi aku. Inilah antara keramat yang akan membuatkan kita tak akan dan tak boleh lupa asal usul. Kita pernah merasa apa yang orang lain rasakan saat ini suatu waktu dahulu.


Aku pernah keluar dari rumah dalam keadaan tak ada. Tekad. Teruskan je. Tapi, berbekalkan sabar dan semangat dari orang tua. Aku tetap dengan pendirian. Mungkin ini bukan jalan terbaik saat itu, tapi aku percaya ini rencana Allah paling cantik saat ini. Ini cerita paling sempurna Allah ciptakan bagi setiap dari kita.

Keluar rumah, dengan harapan nak belajar berdikari. Ya, sendiri. Rumah sewa aku duduk sendiri, buat bisnes menjual produk offline, online, berganti produk dan sampailah uruskan bisnes tailoring. Semua uruskan sendiri dalam masa yang sama mengajar. Sendiri. Penat rasanya. Tapi, dugaan orang lain maha hebat. Lebih dasyat :)


Pernah rasa susah. Tapi, kalau cukup makan pakai ertinya belum cukup susah. Walaupun ikat perut beberapa hari sendirian, namun ujian ini belum cukup susah. Setiap kali bila ada. Aku harap aku tak lupa pada yang sedang susah saat ini. Alhamdulillah, sekarang ada sorang staf untuk uruskan tailoring services. Walaupun outsource. Tapi, sedikit sebanyak dapat membantu dia. Alhamdulillah. Inshaa Allah.

Tentang Lazada, sambung belajar.

Dulu merasa susah sebab tak ada sumber rujukan nak tahu tentang semua ni. Tapi, alhamdulillah step by step. Readers dalam blog ni kenal Mawar Assufi sebab nak bertanya dan belajar elmu baru.

Baru aku perasan, rupanya ramai orang tertarik dengan elmu dan sesuatu yang diperlukan dalam hidup. Moga lepas ni aku akan terus kongsikan apa yang aku tahu dengan cara aku. Cara kita semua mungkin berbeza kerana kepakaran kita tak sama. Tapi, kita buat sehabis baik untuk berkongsi selagi mana Allah izinkan kita bernafas dalam dunia ni. Inshaa Allah.


Benarlah apa dikata.

Orang yang Paling BAHAGIA adalah orang yang BERTERIMAKASIH pada Allah.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Semua ini hadiah dariMu. Dan aku serahkan kembali semuanya padaMu yang Berhak kerana aku hanya peminjam sementara.


Akin,
28/04/2020
8.50am

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)