Memulakan Sesuatu Yang Mustahil Dengan CMN Academy - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

Memulakan Sesuatu Yang Mustahil Dengan CMN Academy

MEMULAKAN SESUATU YANG MUSTAHIL DENGAN TEAM CMN ACADEMY | Permulaan bulan yang agak mencabar dan penuh dengan pelbagai perasaan. Terasa begitu lama aku tinggalkan blog ini. Tanpa sempat meluah rasa, apatah lagi meluangkan masa.

Keadaan kini agak berbeza dari sebelum ni. Menjadi seseorang yang baru dengan komitmen yang baru dan menjadi speaker untuk subjek Prinsip Akaun bagi aku agak mencabar. Perasaan bercampur. Allah saja yang tahu. Cuma aku harap dan berdoa semoga kami, team FUNTASTIC dapat buat tugasan kami sebaiknya dan dipermudahkan Illahi.



Kami bermula dengan nawaitu yang ikhlas. In Shaa Allah.

Ingin membantu anak-anak yang memerlukan bantuan.

Kami berniat untuk mendidik. Bukan semata-mata mengajar.

Moga Allah redha. Dan izinkan kami.


Permulaan awal bulan April 2020. Diberi tugasan untuk mengajar subjek Prinsip Akaun dalam skala yang agak besar menurut aku. Setakat ini, 12 orang dalam 1 kelas kalau secara offline di pusat tuisyen, alhamdulillah masih boleh control. Mungkin sebab depan mata boleh dicubit, diketuk (haha). Tapi, kalini perasaan yang agak baru bila 20 orang dalam kelas. Dan 9 orang dalam 1 kelas secara group tuition.



Semuanya baru and YEAH agak baru bagi aku. Yes, bagi aku seorang tutor yang tiada nama. Orang kata ikan bilis.


CIKGU AKIN AKAUN
Tak pernah dengar kan?

Industri pendidikan. Bukan industri utama. Tapi, inilah jalan yang Allah pilih untuk aku terokai.

Indah kan hidup ni. Rencana Dia sangat cantik. Sampaikan aku merasa mustahil perkara ini boleh terjadi. Tapi, Allah izin bagi peluang walaupun mungkin hanya sementara.



Bila dah terbiasa deal dengan student personally. Mudah untuk aku guide this student agar boleh follow apa yang aku cuba sampaikan. Bimbing buat latihan from A to Z. Follow up untuk buat latihan. Terang bila diperlukan. Tapi, kalini perasaan yang lain. Mencabar lain macam.

Ada masa kita akan rasa down. Tapi, cepat-cepat balik jumpa Allah. Mengadu dengan Dia. Terus ingatkan diri, semua ni adalah proses belajar dan aku perlu Enjoy the process. Even though perkara ni keep on berlaku. Aku yakin, lama-lama aku akan terbiasa dan adapt dengan situasi ni. Biarpun tak lama, tapi aku anggap ini pengalaman baru.

Aku nak belajar. Jadi manusia yang memberi manfaat. Allah dah izinkan. Walaupun langkah aku mungkin yang paling lambat sekali.

PERCAYALAH. Rezeki Allah tu Maha Luas. Bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi selama ni. Alhamdulillah sejak aku mula fokus mengajar, aku dapat bantu student untuk skor A dalam subjek ni. Walaupun 30 orang yang dapat A dan A- tu bagi orang lain sedikit. Bagi aku TAK. Ini satu rezeki kejayaan yang perlu disyukuri Akin. Orang tak nampak process kau, struggle kau, orang cuma nak tahu result. Tapi, bagi kita. Sebagai pendidik, kita akan sentiasa lalui proses yang bermacam.

Don't do it as routine. Balik pada Allah. Minta Dia ambil semula rasa putus asa, rasa kecewa dan semua rasa yang buruk. Moga diberikan kesabaran dan kekuatan pada kita semua.

Sekian,
Dah lama rasanya tak meluah rasa di sini. Rasa lega sikit malam ni. Esok kita fighting!

Yes. Musim PKP ni pun aku berjuang juga demi anak bangsa. Walaupun semua orang tak nampak. Allah nampak :D



Yang mencari diri,
Akin
27/4/2020
Damansara

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)