Cara Mohon Sijil LCCI Bagi Lepasan SPM - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Cara Mohon Sijil LCCI Bagi Lepasan SPM

CARA MOHON SIJIL LCCI BAGI LEPASAN SPM | Dulu masa aku lepasan SPM batch 2010 aku ada share dengan korang result aku plus cara nak mohon sekali sijil LCCI ni. Tapi, masatu aku buat secara manual dan tak pasti samada belum ada atau aku yang tak tahu ada sistem secara online masatu. Rasanya macam belum ada. ehek

Harini, DM IG Cikgu Akin Akaun dibanjiri dengan soalan "Bila boleh ambil sijil LCCI?" "Macamana nak mohon?" "Kena bayar ke cikgu?"




Dan sebagainya.

Jadi, harini aku nak share dengan korang segala information yang boleh korang baca dan kalau bermanfaat, kongsikan dengan kawan-kawan.

Sebelum kita ke proses, sini aku bawa korang, ice breaking dulu dengan sijil idaman student akaun ni.


APAKAH LCCI?

Secara istilahnya, LCCI bermaksud LONDON CHAMBER OF COMMERCE AND INDUSTRY International Qualifications yang merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dengan bidang perniagaan.

Dalam pasaran alam pekerjaan yang penuh saingan, kemahiran vokasional LCCI merupakan kelebihan yang berharga bagi pengiktirafan antarabangsa dan kecekapan di dalam industri yang berkaitan. 

Setiap tahun, jumlah pendaftaran LCCI melebihi 500,000. Para pelajar dari 125 buah Negara telah menggunakan kelulusan LCCI sebagai peningkatan kemahiran mereka di dalam alam pekerjaan. Oleh kerana kelulusan ini merupakan antara yang terbaik dalam akademik dan industri, semakin ramai graduan LCCI yang memasuki universiti dan badan professional.

Sesiapa saja yang mengambil subjek Prinsip Akaun dalam SPM dan mendapat kelulusan yang melayakkan korang untuk dapat sijil ni, korang kena mohon sijil ni untuk support korang masa nak mencari pekerjaan satu hari nanti.

Selebihnya, untuk maklumat lanjut jangan malas untuk baca maklumat di London Chamber Website.


APAKAH MAKSUD PROJEK DUA PENSIJILAN SPM

Projek Dua Pensijilan SPM merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan LCCI International Qualifications untuk menganugerahkan pelajar SPM yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan yang layak menerima sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’ dari LCCI International Qualifications.

Menarik, bukan?

Kerjasama ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan akademik pelajar serta menaikkan daya saing mereka dengan kehendak pasaran dunia pekerjaan. Pelajar yang mempunyai sijil ini berserta dengan kemahiran tertentu, sudah pasti mempunyai peluang pekerjaan yang cerah untuk diterima bekerja.


SIAPA BOLEH MOHON SIJIL LCCI?

Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai kod kelayakan memohon sijil LCCI pada slip keputusan SPM. Bagi sesiapa yang dapat result untuk pelajar SPM 2020 dua hari lepas, korang cek balik slip SPM korang ada tak tulis 3756 (LCCI) - 1 atau 3756 (LCCI) - 2?

Kalau ada maknanya korang layak. Layak bermaksud korang berhak. Berhak mohon sijil itu. Kelayakan calon adalah berdasarkan kod berikut :


BAGAIMANA PROSEDUR MEMOHON SIJIL LCCI NI?

Ada 2 cara untuk buat permohonan sijil LCCI ni. Samada secara manual atau online.

Jika secara manual :
  • Boleh dapatkan borang melalui sekolah masing-masing dalam tempoh 1 bulan dari tarikh keputusan SPM diumumkan.
  • Mohon direct melalui perkhidmatan pos dengan Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI International Qualification
  • Mohon direct melalui perkhidmatan pos dengan pejabat LCCI International Qualifications Malaysia

LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn. Bhd.
Suite 10.01, 10th Floor, Menara Yayasan Selangor,
18A, Persiaran Barat 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


Tapi, sekarang kan zaman dah moden, korang boleh direct apply melalui website LCCI International Qualifications. Sekarang pun dah boleh buat guys. Pilih tahun 2019 okay.


KELAYAKAN ENGLISH 1119 - 6C

Kelayakan kod 4, 5 dan 6 ada kena mengena dengan syarat kelulusan English 1119. Jika korang tak capai gred sepatutnya dalam BI, maka korang cuma layak Sijil tahap 2 (Bahasa Melayu).

Tapi, tapi, tapi ...


  • Gred 6C dan ke atas akan layak dapat sijil 'LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)'
  • Gred 6C dan ke atas bagi SPM PERAKAUNAN dan BAHASA INGGERIS 1119 akan layak dapat sijil 'LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts'


Baca lagi : Apa Maksud 1119-GCE-0 Dalam Slip Keputusan SPM?


BERAPA BAYARAN PERMOHONAN SIJIL LCCI?

Once keputusan SPM dah keluar, dalam masa sebulan boleh dapatkan borang atau sentiasa update website LCCI. Boleh terus mohon online lebih senang.

Sepatutnya bayaran untuk permohonan hanya RM25 untuk wang pos, manual atau online, tapi sekarang dah naik. Kos itu adalah kos proses dan untuk pihak LCCI pos sijil tu pada kita. Jika mohon lewat sangat, bayaran akan meningkat. Lagi lama tahun tu lagi mahal kos proses permohonan.

Contoh, aku try letak as if aku exam tahun 2019,


Bila aku try letak as if aku exam tahun 2013, beza gila kan.


Goodluck! Cecepat mohon lepastu nanti boleh focus nak kemaskini UPU pula. Uish, excitednya iols. Teringin masa 2011 dulu. Eheh :D

APAKAH MAKSUD STATUS DALAM KEPUTUSAN SPM?

Apa keistimewaan untuk student yang ambil Prinsip Perakaunan SPM ni sebenarnya?
  • LAYAK memohon sijil LCCI
  • LAYAK mendapat Pengecualian ACCA-CAT-FA1

Wah, seronok kan? Aku dulu tak ada pun Pengecualian ni. Dapat A solid jerrr ehek. Tak merasa nak dapat pengecualian-pengecualian ni. Bila buat research sikit tadi, rupanya batch 2014 baru dikuatkuasakan pengecualian ini, patutlahhhh. Takpalah, I is positif orangnya.


Keputusan SPM yang korang terima tu, perasan tak di bahagian bawah tu ada beberapa status kan? Sini aku kongsikan sedikit information dari mereka yang lebih pakar.

Apa kelebihannya layak mohon sijil LCCI jika lepasan SPM?
  • Jimat duit dan masa. Kalau tak ada subjek Prinsip Akaun masa SPM tapi nak mohon sijil LCCI, kena belajar dan bayar dengan kos yang lebih tinggi.
  • Sebagai Added Value. Ada company yang perlukan sijil LCCI sebagai salah satu syarat untuk apply kerja dengan diorang. So, ini dikira bonus bagi korang yang ada. Tapi, LCCI tahap SPM belum cukup melayakkan diri untuk bekerja lagi. Tambah sikit, diploma atau STPM. Kelayakan untuk bekerja dah pass, cuma gaji masih di tahap pembantu lagi. Nak gaji tinggi lagi, pursue study lebih tinggi, seperti ACCA, Degree dan lain-lain.  Qualification ada, Certificate ada, cari pengalaman. Okay, ready to market your service. Haa, gichew.

Kalau dapat Pengecualian ACCA-CAT-FA1 pula, macamana?
  • Khas untuk kalau korang nak further study untuk ambil ACCA melalui CAT. Nak further study memang banyak jalannya. Especially yang berminat nak sambung hingga ACCA. Ni untuk professional accountant. Dalam dunia accounting ni, orang akan pandang professional certificate which is lebih tinggi daripada degree akaun.
  • Contohnya; ACCA, CFA, CIMA, ICAEW, etc. ACCA ni adalah salah satu professional board untuk accounting. So, kiranya orang yang ada ACCA ni kira superb lah. Walaupun repeat, tak kesah. Janji ada dah cert tu.
  • Sesiapa yg ada ACCA boleh letak (C.A) kat belakang nama dia (Chartered Accountant). Kalau doctor, orang letak Dr. Kalau Engineer, IR. Kalau akauntan, CA.
  • Basically ACCA ni 100% exam-based learning. No carry marks macam diploma degree. Dan pemeriksa kertas jawapan adalah dari UK bukan Malaysia (kecuali paper Malaysia : Taxation dan Law).
  • Berminat nak bertanya tentang ACCA : direct contact Cik Sobiha.

Cara untuk dapatkan ACCA :
  • SPM > CAT > ACCA
  • SPM > Diploma > ACCA
  • SPM > Diploma > Degree > ACCA
  • SPM > A level/Ausmat/IB etc > ACCA
  • SPM > Matrik > Degree > ACCA
  • SPM > Matrik > ACCA

So, bagi menjawab persoalan, pengecualian ACCA-CAT-FA1 tu bermaksud korang akan dapat jimat masa, jimat duit dan jimat tenaga sebab dapat pengecualian CAT-FA1 sekiranya melalui CAT. Tapi, kalau tak melalui CAT dan terus ke ACCA tak dapat la pengecualian F1. But still, the cost of CAT, ACCA is not a joke. Tapi, nak belajar kann, berkorban la sikit. Ehekk

Untuk makluman, CAT adalah laluan paling cepat untuk dapatkan ACCA tu. Lebih kurang macam laluan dari asasi nak ke degree. Kira macam ambil CAT boleh, tapi mungkin kerja sebagai pembantu akaun je. Tapi, kalau further ke ACCA, baru complete. Sama macam asasi. Asasi boleh, tapi complete set, sambung degree pula

Itu saja corat coret harini.
Sekian.

Baca artikel lain :

2 comments:

  1. Slip spm yg ditunjukkan kat atas tu maksudnya dia akan dapat Sijil tahap 2 (bahasa Melayu) lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah update latest information di bahagian (KELAYAKAN ENGLISH 1119). Student di atas akan dapat LCCI tanpa (Bahasa Melayu) tu..

      Delete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)