Apakah Maksud 1119 (GCE-O) Dalam Slip Result SPM - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apakah Maksud 1119 (GCE-O) Dalam Slip Result SPM

APAKAH MAKSUD 1119 (GCE-O) DALAM SLIP RESULT SPM | Kalini aku share sikit pasal Status English 1119 dalam result SPM yang baru korang dapat tu. Aku tahu pasal ni lepas dua tahun dari SPM batch 2010 aku dulu. Cuma tak adalah pula rasa nak kongsi dengan korang haha.


Ini adalah result salah sorang ex-student aku. Dan result English aku pun lebih kurang sama je dengan dia ahaks. Haa, iyolah. So, korang cek balik dalam slip keputusan SPM korang tu dapat berapa? Dan itu sebenarnya adalah rate esei korang disemak mengikut standard British.

Dan markah yang korang dapat adalah seperti di bawah :

1A 
2A
3B
4B
5C
6C
7D
8E
9G

Dan aku punya pun sama 6C. Ahahah, esei aku biasa-biasalah kiranya kan dulu. Idokler teruk sangat ehek. Sebab aku tengok ramai je classmate aku dulu dapat 6C. Kita serupa~

Kod 1119 tu adalah markah English SPM biasa (Paper 1 & Paper 2)
  • Paper 1 ialah soalan yang ada 2 esei
  • Paper 2 ialah Multiple choice questions (MCQs), Reading Comprehension and Literature.


GCE pula adalah result untuk Paper 1 ONLY. Tujuannya adalah untuk semak kualiti penulisan kita yang mana ianya mengikut standard Cambridge English dan pemeriksanya adalah dari Cambridge. GCE ini digunakan untuk apply belajar ke luar negara dan hanya laku setahun sahaja. Selepas setahun, dah tak valid macam exam IELTS or TOEFL.

Aku difahamkan bahawa, siapa yang dapat gred yang cemerlang (Gred 1,2 atau 3) sahaja yang layak apply belajar ke luar negara. OMO, bestnya. Maksudnya kualiti penulisan korang sangatlah ohsem.

Tapi, English ramai je yang dapat A+, tengok GCE. Eheh, hancus deh.

Thank you baca!

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)