Pengalaman Pertama Kali Deal Dengan Kes Student Degree - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

Pengalaman Pertama Kali Deal Dengan Kes Student Degree

Pengalaman Pertama Kali Deal Dengan Kes Student Degree | Dalam tak mudah pun akhirnya selesai juga kes dengan student Degree. Tahun lepas ada 2 kali request untuk mengajar student degree. Basic accounting. Tapi, dah try adjust clash pula dengan schedule both students.

So, terpaksa let go. Alhamdulillah tahun ni sekali lagi diberi peluang untuk mengajar pelajar Degree. Normally, sebelum deal any task yang relate dengan degree punya syllabus, aku akan tanya dulu syllabus diorang. Memandangkan aku dulu Ex-UiTM student, yang mana kita belajar subject Accounting in English, jadi ini merupakan bonus bagi aku. Untuk faham terms yang biasanya student IPTA dan IPTS ni guna.


Level lebih kurang sama. IPTA dan IPTS. Buku yang diorang gunakan masa belajar mungkin ada sedikit berbeza sebab berlainan universiti. Tapi, end up syllabus dalam buku tu menghampiri apa yang aku dah study masa zaman Diploma dan Degree dulu. 

Syukur masih ingat lagi walaupun masa tu belajar tahun 2011 dan degree masa 2014. Agak lama la juga dari tahun 2020 ni.


Tapi, Allah mudahkan.


Sebab basic accounting diorang sama macam yang aku ajar student SPM sekarang.

Alhamdulillah. Task kalini, basic acccounting untuk student Human Resources (HR) yang belajar di UniSEL.



Alhamdulillah dapat student baik-baik. Parent pun baik-baik. Tak terasa pun jauh walaupun di Rawang bila dapat client yang sangat bersantun pada tutor.

Iya, kita hanya tutor.

Kita bukan guru sekolah, bukan juga lecturer. Betul. Yang membezakan kami adalah certificate dan level of education. Tapi, passion tutor kami juga sebenarnya tak jauh beza dari passion mereka yang bergelar guru atau lecturer. Passion untuk membantu dan memudahkan jalan student. Demi masa depan mereka yang lebih cerah. Inshaa Allah.

So, kiranya next task untuk student degree. Aku dah nampak dah flow dia. Kena tengok dulu syllabus. Mungkin ada Uni yang syllabus basic accounting dia ada masa level Diploma, dan ada yang level basic accounting dia ada di level Degree.

Semua tak sama. Alhamdulillah, dengan masa selama 5 jam kita marathon.


Walaupun rancangnya awal sebelum mula pengajaran, nak buat class 4 jam dan setengah jam rehat. Rupanya Tuhan berkehendakkan lain.

Marathon direct habis 1 buku rujukan dia untuk latihan.

Sempat juga discuss soalan-soalan exam past year student ni. Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu. Sebab mostly soalan yang keluar tu lebih kurang macam soalan yang keluar masa SPM dan cuma convertkan saja dalam English.

Untuk student, akak doakan kejayaan awak. Moga kecemerlangan dan kejayaan sentiasa mengiringi jalan kehidupan awak. Supaya dapat terus berbakti terus pada orang tua dan orang sekeliling. Ameen :)

Sekian coretan hati kalini.


Baca artikel lain : 

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)