Cikgu Akin Akaun | Tutor Prinsip Akaun SPM - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

Cikgu Akin Akaun | Tutor Prinsip Akaun SPM

"Cikgu Akin Akaun Tutor Prinsip Akaun SPM" | Hi readers! Harini Akin nak kongsikan serba sedikit berkenaan career dan apa yang Akin lakukan setiap hari untuk maslahat semua. Akin sebelum ni terfikir, apa guna kita belajar tinggi-tinggi tapi tidak dipulangkan semula pada masyarakat?

Maka, di sini alhamdulillah.

Allah lapangkan jalan untuk Akin kembalikan khidmat buat mereka yang memerlukan. Inshaa Allah. Especially untuk membantu pelajar SPM untuk skor dalam subjek Prinsip Akaun yang bagi mereka ini 'Subject Killer'.


Siapa rasa dia ada masalah seperti di bawah?

Ada kenalan yang lemau bila bila masuk kelas subjek Prinsip Akaun?

Siapa rasa subjek Prinsip Akaun ni subjek killer? 


Akin percaya kebanyakan student memang ada masalah nak faham konsep Prinsip Akaun ni. Tak payah student, Akin dulu pun ada problem yang sama. Tapi, alhamdulillah ada kesedaran awal ehee. Akin struggle, alhamdulillah memang berkesan. Walaupun 2 bulan sebelum SPM masatu.


Gagal sepanjang Tingkatan 4?

Gagal lagi sepanjang Tingkatan 5?

Boleh baca #StudentSuccessStories untuk you guys dapatkan inspirasi daripada student-student Akin yang lepas. Guys, kalau student Akin yang sepanjang form 4 dan form 5 before trial dapat 2% - 36% pun boleh dapat A SPM.. Inikan korang yang dapat 40% ke atas. Sure boleh punya.. Akin yakin semua ada potensi yang besar untuk bersinar dalam memahami dan mengaplikasikan subjek ini dalam real life..

So, di sini Akin terpanggil untuk berkongsi dengan parents dan student yang mencari solusi bagi permasalahan di atas.

So, jom berkenalan sikit :)

============================================================= 
"SANTAI, CERIA DAN SAMPAI DARI HATI"

PENGENALAN

Akin ucapkan Selamat Datang kepada pengunjung baru blog Akin, yang mungkin terdiri daripada para ibu bapa, guru-guru dan pelajar.

Serba sedikit Akin kenalkan diri. Nama diberi Noor Asyikin dan mesra dipanggil Cikgu Akin. Akin merupakan Full Time Tutor dan banyak menerima tugasan mengajar fokus pada subjek Prinsip Akaun di kawasan Selangor dan mengajar secara online bagi kawasan luar Selangor seperti Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu. Sehingga hari ini Akin berpengalaman dalam bidang pembelajaran dan pengajaran sejak tahun 2015.

Kini Akin merupakan Speaker Funtastic Online Tuition bersama CMN Academy sejak bulan April 2020. Alhamdulillah.


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN & KERJAYA

Merupakan lulusan dari Universiti Teknologi MARA dan berjaya memegang segulung ijazah (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian) pada tahun 2018. Akin juga lulusan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA pada 2014 dengan aktif sebagai orang kanan dalam 3 buah kelab dan persatuan di UiTM Kelantan selama 3 tahun.


Berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Ijazah Perakaunan (Mod Part Time) dan masa ni masih lagi bekerja sebagai Eksekutif Akaun. Yes, Akin bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat Oil & Gas dan syarikat 'construction'. Akin sambung belajar separuh masa on weekend. 4 tahun guys! Tapi, bersabarlah. Ada hikmahNya, habis lewat. Inshaa Allah.

Jangan ditanya macamana boleh buat banyak benda dalam 1 masa. Boleh bekerja dalam bidang Akaun, belajar Akaun, mengajar Akaun dan berniaga masa tu. Aipp, usah ditanya. Rezeki setiap orang lain lain.. hehe


Bersama roommate sejak Semester 1 (2011). Bertahan selama 3 tahun guys. Alhamdulillah even masih lagi berhubung sampai sekarang.


Secara keseluruhan, setelah sebulan Akin menamatkan pengajian Diploma di UiTM. Akin berkhidmat sebagai Pembantu Akaun (3 bulan) dan terus ditawarkan sebagai Eksekutif Akaun di Syarikat Awam Berhad selama dua tahun empat bulan.

Pada 2015, Akin berhenti berkhidmat kerana syarikat berpindah lokasi dan kembali bekerja sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat pembinaan swasta di Kota Damansara sehingga bulan Ogos 2018 dan Akin telah meneruskan pembelajaran Akin ke peringkat yang lebih tinggi dan masih meneruskan pengajaran Akin untuk para pelajar yang memerlukan.

Setelah yakin dengan rangkaian pelajar dan ibu bapa yang berpuas hati dengan perkhidmatan tutoring Akin, Akin mengambil risiko dan peluang ini untuk lebih fokus dalam bidang pendidikan.

Bagi Akin, ilmu yang Akin pelajari bukan untuk Akin seorang tapi untuk dikongsi bersama. Akin gembira memulangkan kembali ilmu yang dah dipelajari kepada masyarakat dan mencurahkan ilmu dan pengalaman yang Akin ada untuk membantu anak bangsa berjaya dalam kehidupan mereka. In Shaa Allah.


KELAS FUNTASTIC BERSAMA CIKGU AKIN

Awal 2019, Akin telah menamatkan perkhidmatan dari pekerjaan dalam bidang Akaun yang cukup Akin cintai setelah mengharungi susah payah selama 4 tahun ini demi satu keazaman yang jitu ini.

Selain mengajar lebih dari 5 Home Tuition hingga tahun ini, Akin juga mengajar di beberapa buah pusat tuisyen di sekitar Kota Damansara, Subang Bestari, Sungai Buloh, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Shah Alam. Antaranya Pusat Tuisyen Berjaya dan Imperial Tuition sejak tahun 2017.


Tarikh 31 Mei 2020 menjadi titik tolaknya. Azam 2020 Akin untuk menjadi speaker telah tercapai oleh SEMINAR BEST yang dianjurkan oleh CMN Academy. Alhamdulillah.



Antara kelas yang Akin incharge setakat ini :
  • Intensive Class Diploma & Degree Basic Accounting
  • Pusat tuisyen di Kota Damansara, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Subang Bestari, Denai Alam dan Bukit Jelutong.
  • Home Tuition - Selangor dan KL
  • Online Classes - Personal & Group Tuition
  • Funtastic Online Tuition - Group Tuition

SUBJEK PENGAJARAN CIKGU AKIN

Bermula awal 2015, subjek yang Akin ajar meliputi Matematik dan Sains UPSR, Matematik PT3, KHB (Perdagangan), Perniagaan dan Prinsip Akaun SPM.

Tahun 2019, Cikgu Akin Akaun diwujudkan untuk Akin fokus bantu student yang ada masalah nak faham asas akaun. 90% student Akin bermula dengan result kurang memberangsangkan. But, the end results, make me feel touched! Even parents also touched. Tak sangka result itu yang dihadiahkan untuk parents diorang :') Cikgu is tumpang happy dengan usaha diorang non-stop dan sentiasa hormati guru :)

Tapi, Akin pegang dengan satu prinsip. Accounts is for all.



Semua orang ada potensi untuk menyerlah. Cuma masa, tempat dan dengan siapa yang membezakan cepat atau lambat kejayaan tu akan sampai pada seseorang tu.




KADAR BAYARAN & WAKTU

TESTIMONI (2016 - Kini)


Jumpa korang dalam Funtastic Online Tuition okay guys!

Student cikgu yang kat pusat tuisyen pun dah PM dan masuk Premium Class, korang bila lagi ahakk..

Kalau lambat-lambat, cikgu dah ajar banyak. Nanti banyak tertinggal tau guys :)



Sekian coretan harini,

Cikgu Akin
Santai, Ceria dan Sampai dari Hati

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)