'Me Time' at MyKori Seperti Biasa - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

'Me Time' at MyKori Seperti Biasa

My 'Me Time' di MyKori Seperti Biasa | Kenal dengan MyKori sebab pertama kali cuba adalah masa adik aku pregnant dan kononnya mengidam dah lama sangat nak makan aiskrim. Ceh. Ku gagahkan juga bawa ke MyKori Kota Kemuning.

Tapi, sekarang ni kalau aku rasa nak lepak MyKori, ajak je minah sorang ni. Confirm onz. Yelah, terasa nak juga melepak kat luar, kalau tak memang menghadap kerja, menghadap laptop 24 jam.

"Beb, free tak. MyKori jom."

"Ok, jom." Hahaa.

Katanya, dalam banyak-banyak member Diploma, Degree, Master dia. Member sekolah dia dari umur 13 tahun ni jugalah dia hadap, haah ye. Counting days, tunggu dia kahwin aku pun kahwin baru masing-masing bawa life masing-masing.

Alhamdulillah.


Isunya kat sini bukan macamana penerimaan orang pada kita. Tapi, macamana kita bawa diri kita kat mana saja kita pergi :)




Ada orang 'me time' dia shopping, karaoke, tidur seharian, pergi spa dan macam-macam lagi. Kalau aku 'me time' aku adalah waktu aku tak kerja dan aku akan duduk rumah dan sambung buat kerja dan menghadap laptop a whole day. Sampai penat mata siapkan kerja dan artikel baru.

'Me Time'. Tapi kerja?
Satu kesalahan ke kalau aku katakan 'me time' aku adalah waktu aku bekerja? Oh yah, kan dah terbiasa buat kerja di luar, travel dari rumah ke rumah, jadi itu adalah waktu bekerja aku yang sebenarnya. Padahal, sebenarnya buat kerja dekat rumah itu salah satu dari 'me time' aku sebab aku akan ada masa untuk uruskan diri sendiri.

Well, lain orang kan lain pendekatannya.

Tak pelik apa pun.

Don't worry. Aku pun ada masa bersosial. I'm not Anti Social okay. Omnomnom.

Cuma terlalu bersosial itu bukan lagi waktu yang sesuai untuk umur-umur kita ni kakak. Cukuplah bersosial untuk tambah kawan dan luaskan networking. Mesti korang tertanya-tanya macamana nak bersosial kalau hari-hari sibuk dengan kerjaya hakiki? Aku pulak bila orang kerja aku kerja juga tapi dari rumah, bila orang balik kerja, pun aku kerja tapi bekerja luar rumah. Weekend pula schedule pack. Bila masa keluar bersosial?

Dan aku pun dah siap pakej jawapan untuk soalan berbentuk macam ni. Actually aku agak pelik pada segelintir yang suka mengandai-andai cakap aku tak ada kerja. Haah iya memang pun. Aku kerja dari rumah dan office aku pun dalam rumah juga uhuk, memang lah nampak macam aku tak kerja pun kan.  Kau ingat keluar bekerja tu memang kena keluar yang menghadap jammed, kena travel jauh-jauh baru namanya bekerja ke? Dah tu rumah sewa tu memang aku duduk free kan, kereta pun tak payah bayar, hari-hari memang tak payah makan, puasa hari-hari je aku ni. Lelz.

Haha. Adoi.

Kakak tak pernah tak penyabar orangnya tau.



Nampak agak janggal bila nak kongsi cara nak ajak bersosial ni.

Ada sebab kenapa aku insist nak kongsi benda ni. Sebab hidup kita ni tersangatlah rasa lifeless bila kita tak bersosial. Plus, hidup kita ni cuma sekali. Jom, kita enjoy!

5 Tips Bersosial Untuk Mereka Yang Sibuk Bekerja

1. Bermanis muka dengan orang sekeliling.
Susah bagi orang yang beriak muka tak ada senyum ni nak ubah attitude tau. Susah sangat. Tapi tak apa yang penting usaha. Tarik bibir kanan tarik bibir kiri. Lama-lama jadilah kebiasaan untuk senyum. Orang yang kita tak kenal ni suka berkawan dengan orang yang manis senyuman ni.

Bila bekerja, nak bersosial agak terhad. Tapi bila-bila ada masa keluar ke pasar ke, keluar lunch ke, terserempak dengan sesiapa, senyum je.

Cakap pasal senyum. Alahai teringat crush. Dah kahwin dah dia. HAHA. Bahana tak pernah senyum 3 semester.

2. Berkongsi hobi dan minat yang sama.
Seronoknya berkongsi cerita dengan orang yang sama hobi dan sama minat. Sebab kita boleh share semua benda sama-sama. Lagi-lagi kalau dia sama gender. Lagi best weh, boleh plan sama-sama.

Macam aku, minat hiking kena cari member yang minat hiking juga. Barulah bila free boleh ajak layan bukit mana-mana yang best.

Sayangnya, masa mencemburui kakak kau ni.

Takpa, nak seribu daya taknak seribu dalih!

3. Curi masa untuk bersosial.
I mean ada masa free, whatsapp member. Tanya kalau ada free, jom pergi mana-mana. Buat aktiviti memanah ke, window shopping ke. Takpun balik rumah parents, ajak the whole family piknik ke, ajak bergotong royong cuci kereta ke atau apa-apa yang boleh buat kita tak fikir pasal kerja je.

Aku? Bila nak ajak bercuti, mak aku cakap "Takpayahlah. Simpan je duit tu. Banyak duit nak pakai daripada pergi jalan-jalan, bercuti ni."

Lepastu kau cakap lagi aku yang anti sosial? Padahal mak aku lagi anti sosial! MIAHAHA

4. Libatkan diri dengan program / sukarelawan
Bersepah program volunteer  kat luar sana. Rajinkan search dekat google, cek instagram dan lain-lain. Aku ada join beberapa persatuan sukarelawan atau mana-mana persatuan yang buat program ramah mesra dengan anak yatim ke, warga emas ke dan banyak lagi.

Rindunya nak uruskan program macam zaman-zaman Diploma dulu. Rindu waktu sibuk belajar, rindu waktu sibuk tengah uruskan program itu ini, rindu meeting dengan AJK, rindu lepak library dengan roommate, rindu semuanya. Allahu :')

Yang berminat nak join sukarelawan, boleh try search Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Islamic Relief Malaysia (IRM) dan banyak lagi. Rajin sikit survey tu. Banyak program yang diorang akan anjurkan. Just rajinkan diri tengok update dari pihak diorang.

5. Cabar diri kenali dunia luar
Belum cuba belum tahu. Tu je nak cakap. Kita takkan tahu selagi belum rasa sendiri. Sebab tu bila kita buat apa-apa sekalipun dalam hidup, jangan pernah takut, jangan pernah risau untuk gagal dan jatuh.

Itu pengalaman yang sangat seronok bila gagal!

Pengalaman gagal tu tak semua orang bertuah untuk rasa dan alaminya. Mungkin lebih ramai yang tak sanggup untuk mencuba sekalipun, kerana takut.

Gagal, jatuh dan kecewa. Itu pengalaman paling manis korang akan rasa dalam kehidupan. In short, kita ni manusia yang takkan pernah sempurna. Be yourself, do your best!


Sekian corat-coret #AkinSharing.

Baca artikel lain :

    No comments:

    Post a Comment

    Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
    Terima kasih sudi singgah :)