Minggu Terakhir Untuk Fighting For Prinsip Akaun SPM 2019 - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Minggu Terakhir Untuk Fighting For Prinsip Akaun SPM 2019

Minggu Terakhir Untuk Fighting For Prinsip Akaun SPM 2019 | Cepat sangat masa tu berlalu. Kuat cemburu betul masa ni. Baru haritu paper BM start, ni dah tinggal 4 hari exam aje. Why so fast! 3 minggu dah berlalu. Eh baru perasan harini 23 Nov which is exam SPM 2010 (tahun aku) baru bermula. This year SPM nak habis dah HAHA. So, betullah KPM kata SPM makin lama akan diawalkan.

And aku pun masih menanti janji ura-ura dari sekolah-sekolah kata KPM plan nak awalkan paper elektif seperti Prinsip Akaun dan PERNIAGAAN ni. Well, kami dah penat asyik tutup pagar, kasi canlah kami merasa buka pagar pula.

Kasi can lah EHEK.

EHEK EHEK.

EHEK.

Kalau tutup pagar pun takpa je. Cuma nak merasa je EHEK lagi.


This year student aku paling ramai. Ini maknanya jadual pun dah dipadatkan ikut masa aku dan student. Alhamdulillah senangnya nak susun jadual korang. Walaupun susah awalnya sebab ramai clash jadual sekolah, tapi alhamdulillah Allah janjikan kemudahan di balik payah tu.


Bila dah hari-hari terakhir nak habiskan kelas dengan diorang ni, rasa sebak pulak sobs.

Teringat first semua orang masuk kelas. Semua behave je. Ingat aku GARANG. STRICT kot sebab muka masam. HAHA. Don't worry bukan korang je fikir macam tu, junior aku masa zaman study semua takut nak tegur aku. Sebab katanya aura muka aku sombong. FINE.



Tak kiralah home tuition atau pusat tuisyen.

Tahun ni paling meriah dengan perangai yang macam-macam dan pelik-pelik. Background yang macam-macam. Aku pun layan. Pening pun pening jugak haha aduhai.

Tapi, aku tak suka nak anggap benda tu memenatkan. Anggap semua yang berlaku dan berlalu dalam hidup kita, Allah jadikan bersebab. HikmahNya ada nanti. Mungkin tak nampak sekarang, tapi inshaa Allah adalah tu nanti :)

See. Kelihatannya amat positip bukan? Ya, pastilah.


Haha.


Moga-moga tahun depan junior korang lebih behave, bersopan santun, lebih matang dan tak hyperactive sangat macam korang lah ya. Too pening too handle. EHHH?


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Tahun yang sangat menduga dan mencabar karier aku setakat nak masuk 5 tahun ni. Alhamdulillah masuk tahun kedua sebagai full time freelance tutor.


Syukur syukur syukurnya! nak nangis rasa. sobs T_T


Awalnya rasa ragu-ragu dengan keputusan mendadak resign tempat lama atas sebab-sebab tertentu. Tapi, kita kena belajar yakin. Yakin dengan apa saja keputusan yang kita buat Allah pasti bantu, Letak sepenuh pengharapan pada Dia.

Tak mudah ya resign dalam tempoh mendadak. Dengan karier yang tak pasti masatu, dengan saving masa tu paras hidung sebab masatu buat decision upgrade jadi mini stokis Biobax (Alhamdulillah masih Mini Stokis sampai sekarang). Tak mudah lagi bila decide untuk pindah menyewa dekat luar dan jauh dari family.

Tapi, percayalah. Apa saja yang kita buat. Allah dah tentukan.


Jadi, jangan ragu-ragu. Walaupun takut untuk melangkah, pasak dalam diri. Ini demi masa depan kita. Semoga Allah tuntun jalan kita sebaiknya.


Pernah dengar tak, "Kalau kita berusaha untuk buat benda yang kita tak pernah buat, kita akan dapat benda yang kita tak pernah dapat."


This is what I got these 6 months.

Awesome planning from HIM. Alhamdulillah. Kita mesti akan rasa semuanya ni datang secara tiba-tiba kan?




Sebenarnya tak ada benda dalam dunia ni kebetulan. Ini adalah apa yang kita dah buat dari dulu. Mungkin dah bertahun lamanya, tapi sekarang mungkin hasilnya baru nampak.

Yang penting, USAHA. DOA. TAWAKAL. Inshaa Allah.


So, now. Aku ada masa lagi dalam 1 hari untuk Perniagaan SPM dan 4 hari untuk Prinsip Akaun SPM beb! Student yang exam, cikgu pula yang nervous gigil gigil ni dah kenapa haih!

Semoga terus maju jaya dalam kehidupan korang. Apa saja masa depan korang, buat keputusan yang terbaik, minta petunjuk dari Dia. Dan belajar untuk redha. You guys dah dewasa okayyyy.

Jangan cengeng dah semua orang tau. 


Gagah sikit bila terima apa-apa saja keputusan sebab tak semua orang bertuah seperti mana diri kita hari ini :)


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)