Manfaat Menyimpan Berpandukan Planner Cute Ni - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Manfaat Menyimpan Berpandukan Planner Cute Ni

Aww Cute Planner Untuk Student Ticer! | Tak payah nak surprise sangat lah sebab memang korang baca blog Ticer kan. Harini tak berapa nak rajin nak menaip panjang sebab idea mengarang tiba-tiba hilang. Cuma nak review cute planner dari Kak Linda.

Asalnya rajin sikit blogwalking then ternampak entry kak linda. Okay, jom kita window shopping.

Sebab memang tengah mencari gift nak bagi pada my current student and also student next year. Alhamdulillah dah 6 orang student ticer for next year. Rilex, masih awal lagi.

Slot Isnin, Selasa dan Rabu masih ada free boleh slot in. This year 33 students. Paling ramai compare to last year 15 students aje awak. It means that next year I should expect to teach moree okay. Nak bagi ramai budak-budak jadi pandai nanti.

So, here we go.


Delivery pun cun. Hantar cepat je cuma mungkin sebab hari cuti jadi lepas naik weekdays baru dapat hantar. Yang penting sampai dengan selamat!


Tadaaaa, ada banyak lagi design comel. Boleh pilih, tapi while stocks lasts neh.
Haritu nak design lain tapi dah habis.


Siap ada budget plan, fitness checklist, calender 2020 dan ada saving challenge okay. Yang rasa-rasa tak mampu disiplin saving duit tu, boleh try gunakan saving challenge ni untuk belajar disiplinkan diri sendiri.

Pentingnya pupuk semangat suka menabung ni banyak sangat sebenarnya.

Okay, aku share sikit pengalaman aku buat saving. Aku ada try pecahkan by purpose. Ada tabung rumah, tabung kahwin, tabung, kecemasan, tabung umrah dan tabung harian.

Aku dah cuba.

Malangnya aku tak berjaya guys! Aku jadi pening dan lost focus mana yang patut aku dahulukan bila apply terlalu banyak tabung. End up aku decide, aku akan saving by #SimpananOren, #SimpananHijau dan #SimpananCoin. Ini lebih praktikal.

Bila terlalu banyak purpose kita jadi hilang tumpuan mana yang perlu kita dahulukan. Nak rumah dulu, eh tapi nak simpan pergi umrah, eh tapi nak kahwin jugak. Ah sudah! Dan kenapa aku decide menabung ikut warna ni? Sebab lebih senang nak monitor.

Contoh, Bila tiap kali berbelanja, kita terima duit warna hijau. Terus asingkan nanti balik rumah kita simpan.

Kenapa tak simpan duit warna biru. Kan kecil sikit nilainya?
Tak best. Sebab warna biru selalu dapat dan kita perlukan wang kecil untuk berbelanja. Am I right? Kalau hijau ni jarang-jarang jumpa. Jadi, bila jumpa warna hijau, aku lebih ecxited beb nak menyimpan. Warna pun rare, plus pula warna hijau. Kan ke kita sayang alam semulajadi. Okay, boleh relate tak haha.

Aku pun baru je mulakan #SimpananHijau ni. Alhamdulillah baru RM500 macam tu. Semoga tak pecah la tabung ni kalini. Dah la warna hijau jarang jumpa hoi.

Macamana nak disiplinkan diri tak amik duit hijau ni?
Tak boleh nak share tips sebab dulu bila kecemasan nak repair kereta ke, tayar pecah ke, aku perlu duit. Ada juga di luar kesedaran sivik tertebuk pulak tabung tu. Tu yang tabung banyak purpose tu. Laa ni guna tabung warna tak tahu kenapa tapi macam lebih secure. DAN aku tak pening nak menyimpan kat mana dulu.

Kalau saya menabung guna tabung purpose tu okay ke?
Aku tak cakap tak boleh lah. Semua bergantung pada diri sendiri. Jangan bandingkan dengan orang lain. Sebab kita masing-masing ada komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Belajar boleh, apply boleh. Tapi, banding diri kita each other, please jangan.

Plus, kalau ada tabung pelbagai purpose tu baguslah. Korang tahu dah target korang macamana. Nak lepaskan mana dulu. It's good lah for you. Multitask. Yang penting saving je. Mana tahu, masuk tahun ketiga saving, simpanan umrah, kahwin dan rumah dah cukup ke. Who knows?

Bila nak kokak tabung?
Aku tengah target nak masuk tahun kedua, laa ni masih baru 7 bulan macam tu. Ada berbaki lagi 5 bulan untuk genap setahun, tengok berapa hasil tanaman tu nanti haha. Menabung bukan tujuan nak kokak cepat. Kita menabung sebab nak disiplinkan diri kita menabung demi masa depan guys.


Itulah antara kelebihan ada simpanan sendiri. Selain kau simpan dekat ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Oh btw, saving ni memang bagus untuk student yang nak sambung universiti.

Serius talk wei.

You guys will thanks me later! Haha

Goodluck saving and jangan lupa dapatkan planner dekat mana-mana stores yang jual. Ini akan bantu korang arrange life schedule kau.

Nak planner cute as free gift, door gift or any gifts, boleh direct liase dengan Kak Linda.

Thanks for your time!


Baca juga artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)