Alhamdulillah Kakak Dah Dewasa Lagi Sekali - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Alhamdulillah Kakak Dah Dewasa Lagi Sekali

Alhamdulillah Kakak Dah Dewasa Lagi Sekali | Nak tulis doa sekali tapi nanti lah bagilah kakak regangkan otot, bagi kakak fikir nak tulis entri kalini pasal apa. Taknak panjang-panjang sebab kakak tahu korang malas nak baca. Dan akhirnya mungkin terpanjang juga hmm.


Alhamdulillah birthday this year bermakna berbanding tahun sebelumnya sebab berkongsi tarikh ulang tahun pula dengan orang-orang terdekat dan student juga. Ada 3 student berkongsi bulan Oktober dan ada 1 student juga berkongsi tarikh yang sama.


And also thanks to kawan-kawan. Walhal ajak lepak sebab nak makan sama-sama memandangkan Hari Sabtu (19/10/19) free takda kelas. Before esoknya the whole day dah ada appointment dekat PPAS, Shah Alam. So, why not lepak sama-sama. Lama tak lepak dengan kawan-kawan memandangkan semua sibuk je.

Alhamdulillah aku sedar bila kita belajar syukur dengan apa yang kita ada, terima apa saja yang Allah aturkan dalam hidup kita. Kita akan rasa lebih tenang. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas peluang untuk tahun ke 26 aku masih lagi bernafas, masih berpeluang berbakti untuk kedua orang tua dan adik beradik. Dan masih lagi di sini menunaikan amanah yang Kau berikan pada aku untuk aku lunaskan. 

Iaitu memulangkan semula apa yang aku pinjam dulu untuk masyarakat.

Allah, terlalu banyak sekali lagi untuk aku ungkapkan bila hakikatnya terlalu banyak yang Kau kurniakan buat aku.

Aku tak pernah sangka hari ni aku akan berada di tahap aku sekarang dan aku masih lagi mencari peluang untuk terus berbakti pada insan lain. Ini bukan tamak ye, ini maknanya kita mencari pembaharuan dalam diri kita, dalam hidup kita.

Tak mudah melangkah dan berubah menjadi seorang insan baru.

Perlukan pengorbanan dan kesungguhan.



Di usia yang ke-26 ni, aku berdoa semoga Allah panjangkan umur aku untuk terus mengejar ilmu dan menjadi manusia yang lebih baik setiap hari. Semoga apa saja yang aku lakukan, diberkati di dunia dan di akhirat.


Menjadi tulang belakang keluarga bukan mudah. Tapi, kena kuat.


Aku selalu ingatkan diri aku, apa saja ujian yang Allah bagi pada aku, tak ada apa nya berbanding dengan ujian orang lain yang maha dasyat. Sebab bila kita menganggap apa yang kita terima ni lebih teruk, itu akan buat kita tak redha dengan takdir Allah. Selalu ungkapkan ujian Allah ni kita mampu tanggung. Dan sentiasa amalkan minta pada Allah "Berikan kekuatanMu pada aku untuk hadap ujian yang Kau kirimkan. Dan aku pulangkan segala masalah padaMu, Ya Allah."

Allah Maha Mendengar. Inshaa Allah. Dan selalu sebut, ucapan yang memuji Dia.

Allah pasti mudahkan jalan urusan kita sebaiknya. In shaa Allah.


Buat yang pertama kali kenal siapa aku. Mari aku kenalkan diri serba sedikit pada yang nak berkenalan tu haha.

Nama sebenar Noor Asyikin.
Nama panggilan Akin sebab dulu mak suka panggil nama ni bila marah aku.
So, i'm looking forward to commercialized kan nama ni.
Alhamdulillah 19/10/2019 genap usia 26 tahun. Tarikh yang cantik kan.

Graduan UiTM Kelantan dalam Diploma Perakaunan. Batch 2011 Grad 2014.
Ex Alumni UiTM Shah Alam dalam Sarjana Utama Perakaunan (Major). Batch 2014 Grad 2018.
Pernah bekerja sebagai Eksekutif Akaun dalam sektor swasta dan separa swasta dalam 4 tahun sebelum membuat keputusan berhenti dan memulakan kerjaya sebagai Private Tutor sepenuh masa.
Alhamdulillah 4 tahun Private Tutor separuh masa.
Dan kini dah 1 tahun Private Tutor sepenuh masa.

Orang nampak kerjaya ni biasa-biasa je. Aku tak kesah orang kata apa.
Tapi, apa yang aku kesah apa manfaat orang dapat dari apa yang aku buat.
Alhamdulillah ini kerja terbaik pernah aku buat selama ni.  Yuhuu.

Aku guna nama Cikgu Akin Akaun sebagai nama rasmi dalam Tutoring.
Sebagai Tutor Consultant dan menguruskan bahagian pemasaran untuk salah satu Pusat Tuisyen di Subang Bestari iaitu Top Genius Home Tuition.



Bagi yang pertama kalinya datang ke blog aku, Hi! Selamat Datang!

Dan bagi yang pertama kali berkenalan dengan aku. Hi! I'm Akin. Sesiapa yang rajin drop soalan dekat inbox page Mawar Assufi tu, thank you dan aku pun akan cuba reply soalan-soalan korang tu. 

Bagi parents yang pass by aku punya blog dan nak aku bantu anak-anak dalam pendidikan, boleh drop mesej dalam page Cikgu Akin Akaun SPM okay. Don't worry, aku memang ajar subjek Prinsip Perakaunan dan Perniagaan saja, but I know the expert in other subjects too. Just let me know and maybe you can direct contact the management.

Yeah, finally. I'm done.

Thank you readers. Haha.


Baca artikel lain : 

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)