Tips Perlu Buat Bila Dekat-Dekat Nak Exam - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Tips Perlu Buat Bila Dekat-Dekat Nak Exam

Tips Perlu Buat Bila Dekat-Dekat Nak Exam | Terasa dah bahangnya bila student nak exam ni kan. Kalau student Diploma dan Degree minggu-minggu exam biasa nak tengah-tengah tahun atau pun hujung tahun nak masuk awal tahun. Sekarang ni nak masuk bulan November, so maknanya minggu-minggu exam student SPM.

Last week aku ke PPAS Shah Alam, buat final revision dengan student SPM aku. Pertama kali aku jejak ke PPAS tak silap bulan Jun 2018 dulu kot. Masa tu dah final year Degree in Accountancy. Saja ambil mood acah-acah nak exam, walhal setiap tahun pun study dalam bilik studi sendiri je. Saja ubah mood. So, pergi pun macam biasa lah. Sorang. Masa tu parking belakang tu pun mana ada lagi huhu.


Dulu masa zaman aku study, aku paling tak suka study yang sangat sangat sangat last minute sebab aku yakin aku akan stuck sebab banyak benda aku tak boleh goreng dalam exam haha. Sebab dalam otak kosong. Yeah.

Meh sini kakak nak share sikit tips bila dah nak dekat-dekat exam ni. Paling pasti korang akan super nervous. Relax relax je. Kalau dah prepare awal tak de sebab kau nak risau. Steady je. Paling nice, buat 5 benda kat bawah ni kakak kau nak share.


1. Arrange Masa Tidur Dan Masa Belajar
Itu sebab lepas habis exam, balik tu rehat dan tidur dulu lebih kurang 2 jam untuk recharge semula tenaga. I know how you feel. You guys struggle perah otak untuk jawab exam demi masa depan hihi. I know it very well. 9, 10 subjek bukan sikit. Banyak sangat.

Dan atas sebab itu jugalah perlu uruskan masa. Dapatkan tidur 2 jam untuk recharge evergy semula. Mandi, solat dan makan. Terus mula study tak perlu tunggu hari esok. Abaikan benda-benda lain yang mengganggu, fokus! Korang ada lebih kurang 1 bulan je untuk fokus. Lepas tu nak enjoy, enjoy lah. Yang penting sekarang.

Harini kita susah payah penat lelah tanam padi, esok lusa kita tuailah hasilnya.

Baik tanamannya, baik jugalah hasilnya. Inshaa Allah.


2. Tahu Bila Masa Nak Studi Subjek Membaca Dan Mengira
Student.. Maksimum kan waktu study awak. Sampai jam 1 pagi, dah pergi tidur. Tapi bangun awal esok paginya untuk study teori pula. It works. Contohnya nak study sejarah. ekonomi atau Biologi. Jam 4 hingga 6.30pagi tu waktu yang sesuai. Baca dan buat notes sikit. Bukan semata-mata baca je, nanti lupa sebab penat dan mengantuk.

Kalau mengantuk jangan tidur ye adik-adik. Makan kudap-kudapan.

Makan kismis. Minum susu. Cergas sikit!

Waktu terbaik study subjek Matematik dan Matematik Tambahan atau sebarang subjek pengiraan adalah waktu rehat, masa lepas sekolah around jam 3-5petang dan waktu akhir belajar sebelum tidur iaitu sekitar jam 12 hingga 1.30 pagi. Bagi aku, ini waktu terbaik sebab masa rehat ada masa kita makan ada masa kita tak makan. Masa tak makan, apa kata kita belajar.

Kenapa lepas sekolah? Sementara tunggu zuhur, tidur sekejap kita bangun semula untuk solat Zuhur, mandi dan study. Subjek matematik takkan membuatkan kita mengantuk sebab dia akan paksa kita guna sebahagian otak dan juga fizikal kita.

Kenapa jam 12 hingga 1.30 pagi? Aku yakin korang takkan mampu hadam subjek membaca pada waktu tu. Jadi, jangan tidur lagi. Buat dulu latihan matematik!


3. Jauhkan diri dari segala distraction

Selagi mana boleh elak. Elakkan. Rasa macam Instagram, FB, Twitter mengganggu. Uninstall dulu sebulan. Rasa macam smartphone tu sendiri mengganggu. Buang je haha. Simpan dalam loker, mintak member simpankan (jangan lupa set password, off. Nanti korang teraniaya haha) Letak je kat bilik member yang boleh dipercayai.

Pasang alarm, study dulu 45-60 minit belajar. Lepas tu rehat. Baru boleh tengok phone.

Macam tu la cara nak study dengan betul.

Bagi aku, takde alasan masa study nak google maklumat apa semua. Tak payah sembang. Menipu je semua tu. Kalau betul nak google, take note je. Nanti tengah rehat baru google apa yang tertangguh tadi. Bukan google masa study. A big NO in study!

Kalau rasa terganggu dengan adik beradik yang suka buat bising. Study dekat library tapi pergi sorang. Tak payah ajak member. Sebab biasanya bukan belajar nanti, tanpa sedar tiba-tiba terbuka meja bulat keluar isu semasa isu jerebulah, kebakaran hutan lah, artis kekwatlah, putus tunanglah dan sebagainya. #lepastumulalahmenyesal


4. Jangan Tidur Lewat Sebelum Exam! Nanti Korang Over Slept!
Ini selalu terjadi dekat classmate aku masa Diploma Degree. Hai laaa, over slept sampai tak datang exam, dan terpaksa repeat next semester. Sakit oi. Study sampai pagi, esoknya TH. Takpun masa tengah exam tertidur. Aduh korang ni. Tolong jangan buat hal saat-saat kritikal macam ni!


5. Jangan lupa untuk rancang masa jadual exam awak
Anak-anak.. Inilah tanda awak ambil berat atau tidak dengan masa depan awak. Sebab kalau gagal merancang, itu tanda awak tengah merancang untuk gagal.

Orang Berjaya Percaya, "Aku Bertanggungjawab Ke Atas Diri Aku Sendiri Sepenuhnya."

Tapi, Orang Gagal, "Menyalahkan Takdir dan Situasi."

Jadi, awak yang mana satu?




Baca lagi artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)