Kenapa Student Patut Apply Backward Study Style? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle Blogger <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> <link href='https://imgur.com/AtjBNvg' rel='icon'/>

Kenapa Student Patut Apply Backward Study Style?

Jangan Study Subjek Exam Pertama Korang Kalau Taknak... | Aku tak pernah tahu style study aku since zaman SPM dulu rupanya dah ada research dan memang dah digunapakai pun around the world. Wow, tanpa aku sedari. Rupanya well known juga method study tu. In a proper word, kita panggil Backward Learning Study Style. Nervous pula nak share kekeke



Masa SPM dulu aku guna style belajar ni untuk beberapa subjek je tau. Contohnya, Biologi, Fizik dan Kimia.. Untuk 3 subjek ni bagi aku susah sebab aku tak suka teori!

Maka dari itu, aku TERPAKSA struggle dan try hard sangat untuk dapat A. Oh bytheway, paling tinggi expectation aku untuk triple subject ni adalah B+ je haha. Itupun dapat result just nice je B ada C pun ada. Prinsip Akaun dan Add Maths got A sebab suka buat calculation subject sebelum tidur. Wow, it's me sangat alalalalala .

Sebab calculation ni kita kena practise.

Tangan tu kena rajin buat latihan.

Kadang-kadang buat kira-kira tu tak guna otak pun tak apa.

Haha. Teori kena guna otak extra. Like, Sejarah. Omo!


Bolehlah. Try hard pun dapatlah juga B, C je.


TAK BOLEH GO?

Maknanya tak boleh pergi lah tu haha. Ingat ye anak-anak, tak boleh pergi means you guys dah put maximum effort in that subject dan hasilnya tidak memberangsangkan. Itu the real meaning of 'tak boleh go.'


Bukan, sebab asyik fail. Asyik salah. Tak pernah pass. Terus kata "No. Aku tak boleh go ni." Ni kalau kau dekat, memang aku cili!

Honestly, kebaikan yang kita akan dapat daripada style belajar ni adalah korang dapat jimat masa sebaiknya. Serious talk! Aku tak tipu. Aku apply this method for almost 9 years dan itu membantu sangat. 

Alhamdulillah walaupun waktu belajar tak sama macam orang lain, 24 jam sehari sama, tapi waktu belajar lebih kurang 3, 4 jam je exclude masa kelas sebab aku sangat aktif dengan join kelab masa sekolah dan banyak incharge dalam program masa Diploma.

Rindu nak jadi PIC program lagi. Nak pecah kepala fikir pasal program yang tengah running, walhal tengah ada dalam dewan exam time tu. HAHAH!


MACAMANA BACKWARD STUDY STYLE INI BERFUNGSI?

Okay, aku explain based on Time table student SPM aku tahun 2019.


Nampak something pelik tak dalam jadual di atas?

Terbalik kan?

Kenapa aku mulakan dengan subjek paling hujung? Haa, di situlah maknanya BACKWARD STUDY STYLE. Kita mulakan dengan subjek paling last sekali.


Apa Nak Buat Bila Study Subjek Paling Last Sekali? Nanti Lupa Macamana?
Tugas korang compile semua topik dan subtopik berkaitan subjek berkenaan. Compile masuk dalam file, susun ikut subtopik dah bukan lagi ikut tarikh belajar. Dah susun, buat revision. Buat short notes. Buat full revision as if esok lusa nak exam. Anggap itu adalah final revision korang. Buat short notes tentang definisi, formula, tips penting, teori-teori pendek yang korang perlu tahu, acronym, keyword dan sebagainya.

Tugas short notes ni korang akan guna malam exam dan pagi exam.

No more long notes..

So, buat sehabis baik dalam short notes tu lagi-lagi subjek sejarah, ekonomi, perniagaan, kimia dan mana-mana subjek yang ada benda-benda simple yang korang kena aware. Lagi-lagi part definition dan formula tu.

Korang baru study within sebulan, takkan lupa lah. Makan makanan dan minuman yang sihat, makan kismis dan kurangkan makanan yang kurang sihat. Kalau kau bedal hari-hari air coke, burger dan makanan tak sihat hari-hari, jangan tanya lah kenapa otak tu lembab pulak. #Zassss

Kenapa aku langkah certain subjek?
Kalau korang perasan aku langkaukan subjek Bio tu dengan Ekonomi. Tips Study dekat sini adalah :
  • Pilih / Mix subjek yang agak agak berkaitan
  • Contohnya (Bio + Fizik + Kimia) (Maths + Add maths) (Akaun + Ekonomi + Perniagaan)
  • Sorting subjek yang berkaitan dekat-dekat, jangan langkau jauh-jauh

Sebab subjek Ekonomi, Akaun dan Perniagaan macam kembar.

Biologi, Fizik dan Kimia kembar juga. Jangan pisahkan.

Ini dapat membantu korang punya sel-sel otak untuk berhubung dan tak stuck di tengah jalan.

Can U imagine, korang tengah study subjek Akaun 3 hari, lepas tu kau study Biologi 3 hari. Lepas tu kau study Agama Islam. Lepastu study Matematik pulak. Sangat tak make sense. Buang masa dan tenaga.

Much better kau sekalikan. Berturut-turutan. Buat notes pun sekali terus. Sebab benda tu ada relationship dia.


If you guys fail to plan, then you plan to fail.




In life, rancang. Jadi tak jadi itu bukan kerja kita. Jangan ambil kerja Tuhan. Tugas kita merancang dan laksanakan. Kalau hasilnya tak seperti kita jangka, maknanya itu bukan rezeki kita. Find another rezeki. Simple :) That's how you deal with the problems in life in future :)


Kenapa letak Subjek Sejarah banyak sangat?
No other answer, itu subjek WAJIB LULUS. Haruslah diberi penekanan ya duhai anak-anak.

Bayangkan 10A+ Sejarah G. Omaigad! No No No! Haha.

Okay takpayahlah bayangkan.


Kenapa hari exam tu pun ada study?
Hello guys! Awak punya exam non-stop tau. Tak payahlah expect dalam bulan SPM ni awak nak tengok midnight movie ke, window shopping ke, lepak starbucks ke. Eh tak payah. Awak study je dekat rumah senyap-senyap. Kalau nak group discussion pun, please maximum 2 orang je. Ini boleh study cara two way explanation. Lebih dua orang, faham-faham sendirilah.

Tapi, biasanya kalau dah esok lusa nak exam, jaranglah orang buat group discussion. Sebab bukan lagi waktu untuk berdiskusi dah. Ini waktu utk awak buat kefahaman sendiri. And please, jangan ganggu orang lain study. Ganggu cikgu je haha.

Bukanlah aku cakap balik exam terus study. You guys still need rest. Faham :)

Rest for 2 hours. Mandi, Solat. Makan. Then ready untuk study semula.

Kita manusia biasa perlukan rehat juga. Faham.



Kat Bahagian Mana Yang Sis Kata Menjimatkan Masa?

A : Student A belajar ikut pelan exam. Mula dengan BM, BI dan last sekali Akaun. Sehari sebelum exam BM, baru selesai study subjek Prinsip Akaun. Esoknya exam BM, dah lupa apa dia belajar sebulan lepas. Nak ulang balik, tapi ambil masa! Lepas, tu BI, Matematik juga A lupa sebab dah sebulan lebih study. Banyak tak ingat. Nak belajar Matematik Tambahan pun dah tak sempat nak recall semua balik. Dah buang masa nak buat latihan balik sebab tak susun masa elok-elok.

B : Student B study guna style Backward Study. Dia merancang masa dia dengan baik. Bermula dengan subjek Akaun dulu, buat latihan dan dah tulis nota-nota penting untuk dibaca sebelum exam. Bila esoknya exam BM, student B baru habis siap 1 karangan dan dia sempat study semua latihan BM-nya. Dia puas hati sebab semua yang dia sempat study dari 3 hari sebelum exam, keluar dalam exam. Tak keluar banyak, tapi kebanyakan yang dia sempat buat revision, semua dia boleh jawab dengan yakin walaupun dia meng'goreng'.

Esok dan lusa ada BI dan Matematik. "Oh tak apa. Baru 4 hari lepas study BI dan Matematik. Ingat lagi ni." Student B cuma recall balik latihan-latihan yang dia dah buat haritu masa sebelum buat revision BM.


Student B bagus! Dia merancang masa dia dengan baik :D


Then, how about you? Take action now or never!


Baca lagi artikel :

Dapat sesuatu?

Jemput kongsikan jika bermanfaat dan komen di bawah tau :)

    2 comments:

    1. Terima kasih sangat cikgu...done habis bace...selepas tengok live cg saya terus buka cari hok yang cikgu beritahu tadi...🥰🥰🥰

      ReplyDelete
      Replies
      1. Alhamdulillah. Semoga dapat membantu amirah sedikit sebanyak dlm planning masa belajar :)

        Delete

    Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
    Terima kasih sudi singgah :)