Kongsi Tips Study Masa Zaman Belajar Dulu - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Kongsi Tips Study Masa Zaman Belajar Dulu

Kongsi Tips Study Masa Zaman Belajar Dulu | Nak guna ganti nama biasa je boleh ya. Kalau yang baca tu student Ticer, anggap je la Ticer ni kawan-kawan korang. Terasa tak berapa layak nak share sebenarnya tapi tak apa. Bagi aku, cara kita belajar mungkin berbeza tapi mungkin ada antara korang yang nak try apply cara study aku. Boleh, silakan.

Cuma nak remind je lah, aku masa zaman sekolah dulu bukanlah best student okay cuma entah kenapa lebih perform untuk subject calculation je. Suka calculation tapi akaun tu bukanlah minat mana pun. Cita-cita nak jadi physiotherapist, tapi walau macamaana aku perform pun untuk subjek Biologi, Kimia dan Fizik, tetap juga perform kat Akaun dan Add maths.

Betullah tu. Orang kata, kalau Tuhan tak izin, tak jadi juga. 

Ehhh! Tak. Itu bukan lesen untuk kau malas belajar! Aku tetap belajar dan letak full effort untuk semua subjek. Cuma rezeki tu takda.

Takpa, yang penting. Kita bukan gagal takda maruah. Kita usaha kan :)


Tapi, alhamdulillah. Allah guide aku dalam line ni. Paling lama. Sekolah 2 tahun. Diploma 3 tahun. Degree 4 tahun. Wow, baru perasan 9 tahun juga. Lepas tu kerja dalam bidang sama 4 tahun sama masa further study Degree. So, habis study 4 tahun dah ada pengalaman 4 tahun alhamdulillah. Sambung mengajar secara part time 3 tahun, full time 1 tahun.

Allahu. Nampak smooth je kan. Belakang dia, Tuhan je yang tahu. haha. Trust me, you gonna be super strong to face all these thing.

Takpa. Yang penting bagi aku, apa saja kita buat. Letak hati. Bina passion. Teruskan bersabar dalam apa saja yang kita lakukan. Allah pasti guide korang. Inshaa Allah.


Alhamdulillah sempat merasa jadi Penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Kelas Pertama. Setiap sem nak maintain ANC tu, tak mudah tau anak-anak. Pulak lagi kalau rajin involve dalam program kelab dan sebagainya. Student UiTM sure tahu selempang pink tu kan. Perasaan gembira masa sarung selempang tu naik stage, Allahu. Bersyukurnya. Parents pun datang sekali. Terasa gembiranya masa taip entri ni oi. Perasaan yang sama tak dapat dah nak diulang masa Degree, pointer pun sikit je lagi nak hampir Kelas Pertama. Ahak.

ANC memang confirm tak dapat dahlah uhuk. Tergelincir masa semester kedua. Taknak salahkan sesiapa seriousss, tapi nak salahkan juga auditor yang buat hidup aku haruuuu time closing tu. Dahlah sister ada paper, terpaksa masuk ofis juga.

Tapi, takpa. I'm okay with that. Adalah tu hikmahNya.

Masa result keluar pun tak terlalu high expectation sangat.

You know what, satu benda yang aku belajar bila kita lepas habis exam apa tau? Masa exam, DO NOT OVER CONFIDENT. Alhamdulillah, I'm not one of them. Dan masa result keluar, DON'T EXPECT TOO HIGH. Trust me. Just be so so je. Kita takkan rasa down separuh mati. Kita akan let go benda tu dalam waktu yang singkat. Well, it's not the end of our life, right? Dan aku akan terus remind student aku, don't over confident. Ini penting ye anak-anak sekalian.

Pattern aku pula malas stress dengan benda yang dah jadi, lebih baik fokus pada apa yang didepan kita. Buat lebih baik. Cari cara nak overcome kesilapan kita tu. Bukan MENYESAL!

Got something?



Okay, back to topic. Kalau korang jenis aktif dalam kokurikulum macam aku dulu. Set time for yourself.

1. Cari masa study sendiri
  • Roommate semua dah faham aku ni balik kalau tak pukul 12 mesti 1 pagi ni sebab masa zaman study Diploma dulu kitorang banyak buat program dan aku banyak incharge dalam Biro Aktiviti. Pula lagi Pengarah Projek dengan nak kena tahu progress program tu semua, plus aku selalu training Martial Arts Tkd dulu. So, paling-paling jam 12 tengah malam, baru training habis. So, bila masa study? ARRANGE masa study kau sendiri. Tak boleh ikut jadual orang, tak boleh ikut masa orang.
  • Aku pula dulu jenis jealous tengok orang rajin study ni. Plus rommate aku tak active persatuan, jadi masa diorang untuk belajar tu memang banyak. I is jealous okay. Yelah, time diorang 3 study, aku tak study. Time aku pula study, diorang join study lagi. Ahaks. Tapi, takpa. Aku kan positif orangnya. Aku study ikut jadual aku dan kemampuan aku.
  • Alhamdulillah ANC kahkah.

2. Rajin buat Notes
  • Aku boleh study dengan buat notes. Tapi, aku lebih suka study bercakap dengan dinding. Dinding okay guys bukan cermin. Ahaha.
  • By the way, style terbaik untuk korang korang kena tahu sendiri. Ada test macam mana nak tahu style belajar yang sesuai dengan kita. And it works okay.

3. Rajin Ulang-ulang buat latihan yang sama
  • Aku suka tengok study file aku tebal lepastu feeling feeling, "Ya Allah, ghajinnya. Tebalnya fail dia. Anak siapa ni.. Ehek" Jadi, aku ambil inisiatif untuk buat latihan ulang-ulang especially calculation. Pergi library study teori buat notes. Balik library pergi kelas. Pergi lunch and class lagi. Balik kolej, pergi meeting kelab. Balik lewat petang. Malam arrange masa study juga at least 1 topik.
  • Tak ada masa? Cari masa. Kita semua ada 24 jam sehari. Gunakan secara optimum. Tak sempat? Haha. Dating 5 jam boleh, study 5 minit takkan tak boleh? Bukan marah pun cuma nasihat je.

4. Tidur lewat untuk study
  • Tidur kena cukup? Sorry, it's not me. Memang aku dah start tak cukup tidur dari zaman study lagi oi. Kadang makan pun postpone uhuk.
  • Zaman study dulu aku jenis overslept sebab letih gila wei. So, aku gunakan 'kelebihan' itu untuk study lewat malam tu so bangun paginya takdelah rasa dungu sebab tak study or tak buat revision dalam sehari tu. Tapi, ingat! Tak semua subjek boleh korang apply untuk study lewat malam.
  • Aku suka study calculation subject  masa mengantuk. Effective beb! At least much more better than theory subject. Yah, at least.

5. Buat jadual sendiri
  • I do create my own schedule or planner. Nak arrange masa sesuai dengan program, kelas dan masa untuk diri sendiri.
  • Trust me, bila korang dah terbiasa sibuk korang akan terasa useless bila tak buat apa-apa. Kecuali korang sakit haha.

6. Study subjek yang kita minat dulu
  • Korang boleh apply susun ikut subjek kegemaran kepada tidak gemar. Aku yakin korang memang banyak subjek untuk cover, jadi dengan cara ini akan memudahkan korang untuk susun waktu belajar. Supaya korang dapat habis study dan buat revision awal dan tidak kelam kabut.
  • That's what we call Study Smart not Study Hard.

7. Easy to Difficult method
  • Dah pilih subjek yang korang minat tadi kan? Susun ikut topik yang boleh korang cover dulu. Jangan eksyen nak cover yang susah dulu. Sure korang akan rasa fed up sebab dah study tapi tak faham-faham, lembab nak faham, banyak subtopik pulak, stressnya topik ni. Lepastu, mood korang pun swing halah halah halah.



8. Plan revision timetable
  • Oh btw, aku ada share tips ni dengan student aku. Dia belum pernah try. Tapi once dah try, dia cakap "It works, cikgu." So, aku nak share juga dengan korang.
  • Kaedah ni sesuai dibuat dalam minggu exam. Lebih kurang dalam 3 minggu before exam akhir mula. Susun dan masukkan hari-hari exam dalam kalender, aku suka mulakan dengan topik yang last sekali dan baru bawa ke hadapan.
  • Contoh, Isnin (Financial Accounting) Selasa (Costing Management) Jumaat (Language). So, aku akan habiskan study subjek Language dulu 3 minggu awal, buat latihan ulang-ulang, buat notes kalau belum ada dan hafal. Then, seminggu kemudian study Costing Management. Seminggu juga. Habiskan jangan tinggal 1 subtopik pun. Akhir sekali, baru study Financial Accounting. Habis seminggu terus exam. So, aku ada masa yang cukup untuk hafal semua sebelum exam. Then, subjek Costing Management esoknya tu pula aku tak perlu risau, sebab aku dah study dah. Just revise jurr. Lepastu subjek Jumaat pun sama. Aku rilek je. Study untuk revise jurr. On tak on?

So, itu saja sharing tips study aku masa study dulu. Nanti aku share lagi tips study yang lain. Ada suggestion tak? Boleh komen di bawah :)

Semoga bermanfaat.


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)