Hello October! - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Hello October!

Hello October! Sempena tak lama lagi nak masuk bulan Oktober. Iaitu bulan kelahiran aku, yang mana genaplah umur aku 26 tahun. Semoga panjang umur. Doakan aku.

Alhamdulillah sampai ke harini masih diberi rezeki umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Lama juga rasanya tak berceloteh kat sini, tak kongsi elmu baru dalam ni. Alhamdulillah juga laptop pun baru balik klinik eheh. Itu pasal juga lama tak update, mood pun swing.


Beberapa bulan ni jadual agak macam tin sardin sebab tengah musim budak sekolah exam. Trial dan tak lama lagi nak SPM dah. Aku pun terikut-ikut mood nak exam, rindu nak belajar lagi instead of nak mengajar. Oh rindu amat.

Now dah nak masuk bulan Oktober, which means ada lagi kurang dari sebulan bagi final preparation untuk SPM student dan macam biasa, tahun ke-4 aku tutup pagar as Tutor Akaun. Plus minus dekat 10 tahun dah, paper aku selalu tutup pagar, dan aku pun dah biasa hahah.

Orang balik cuti semester, aku duduk lagi menghadap buku, stadi esok exam woi. Haha.

Alhamdulillah, time by time, makin ramai student aku. Dari seorang pada dua orang, dari dua orang pada 5 orang. Haa, bawa classmate korang semua. Kita buat tuition class terus sekelas ihih.

Year by year, aku makin sedar dan perasan. Allah pelan-pelan jawab doa aku. Aku pernah berharap semoga suatu hari nanti, elmu yang Dia bagi pinjam selama ni aku dapat bagi balik pada orang yang memerlukan dan aku nak pengakhiran hidup aku nanti tak sia-sia. Moga semua dapat manfaat.

Inshaa Allah.


Peluang datang tanpa diduga.

Terkedu. Terkejut juga bila dapat jemputan untuk bagi talk dan ajar 40 student SPM di Pahang. Lebih menarik, tarikh seminar tu di hari ulangtahun aku.

Aku ambil 2 hari juga nak fikir. Nak terima atau tidak.

Tapi, perasaan tu lebih pada nak terima. Sebab memang pattern aku macam ni kot. Cuba dulu baru tahu. Rasa dulu baru tahu. Cuba dulu baru belajar baiki kekurangan dan kesilapan kita.

At last aku fikir.

Ini pengalaman pertama aku dan aku juga pernah berdoa supaya aku dapat kongsi elmu yang tak seberapa ni dengan lebih ramai orang. Mungkin inilah peluang yang Allah janjikan untuk aku, kan?

Why not?


Planner yang lebih proper.

Inshaa Allah, bulan November nanti lepas habis SPM, rehat untuk 3 hari dulu. Dan kita start enjin semula bulan Disember, meeting, turun padang, pasang banting dan mulakan planning untuk next phase.

Aku mungkin hanya seorang Private Tutor pada mata semua orang. Tapi, aku merancang lebih dari itu. Moga Allah izin usaha aku dan team nak bantu majukan anak bangsa.


Kami mungkin orang biasa tapi niat kami luar biasa. Inshaa Allah.


Baca juga artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)