Kagum Dengan Kenyataan Altimet Mengenai Kulit Wajahnya - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Kagum Dengan Kenyataan Altimet Mengenai Kulit Wajahnya

Kagum Dengan Kenyataan Altimet Mengenai Kulit Wajah Dia | Pagi ni aku tak ada kelas jadi aku lepak kemas rumah, masak dan duduk berehat menghadap laptop. Aku kerja 7 hari 7 malam beb, jangan judge hihi. So, aku lapang ni aku rajinlah skrol cerita di website Zayan. Ternampak artikel mengenai Altimet, pelantun lagu terkenal, Amboi.

Sejujurnya, aku impress dengan kenyataan dari dia. Jom imbas sikit apa yang buat aku impress sangat tu.


Pemilik nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 41, menulis perkara itu melalui laman Instagram-nya.

"Kulit aku perisai aku. Kulit aku byk lindungi aku dari benda2 negatif.
Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang mcm ni dalam hidup aku. Alhamdulillah. 
Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melalaikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk kedalam hati aku. 
Kulit aku pernah membuat saingan2 aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat & handal untuk mengatasi mereka. You know who you are."



Kenyataan dia yang buat aku rasa nak berdiri dan bagi big applause kat dia. Dan aku juga tertarik juga untuk jadikan kenyataan dari dia sebagai salah satu sumber motivasi bila mana aku rasakan seakan dunia ni tak adil haha.

Cakap soal kulit muka. Kulit muka aku last flawless dan takda masalah masa Form 4.

Naik Form 5 dah start hormon tak stabil. Pimple journey aku bermula dengan jerawat kecil yang dah mula keluar sikit-sikit plus dengan tertekan nak SPM. Tapi, masa ni boleh control lagi. Sebab masih awal-awal lagi.

Mula tunjuk belang, start masuk Diploma. Tahun 2011, 2012. Okay, dia start cabar diri aku masa tahun 2013. Then, 2014 dia dah kurang jerawat tapi parut pula! Memang masa tu low self-confident. Low self-esteem.

Honestly,zaman study Diploma adalah waktu di mana aku berperang dengan diri sendiri.

Aku belajar berdikari. Belajar hidup jauh dari keluarga. Belajar susun atur hidup sendiri, uruskan makan pakai sendiri. Belajar urus masa depan sendiri. Aku pemalu beb. Aku memang 90% seorang yang pemalu dari sekolah dan tambah segan dengan keadaan muka yang breakout masa tu.

Tapi, aku nak keluar dari kepompong selesa aku. Aku join banyak kelab yang buat aku jumpa ramai orang. Memang malu dengan keadaan kulit yang teruk tapi aku nak sangat bersosial. Aku malu tapi aku nak berkawan dengan orang. Aku malu tapi aku cuba juga maintain prestasi sampai dapat pegang post yang tinggi dalam kelab. Aku malu tapi aku taknak malu aku control aku. Tapi, aku tetap malu. Dan aku malu. 

Tipu kalau cakap zaman Diploma takda crush. Haih penipu sangat kan haha.

Bila fikir balik kelakar dengan sikap aku masa Diploma. Bayangkan 4 semester crush dengan orang yang crush kita jugak beb!

Tahu apa yang protect aku? Kulit muka aku masa tu. Perasaan rendah diri buatkan aku buat keputusan lari jauh-jauh. Buat aku sombong dengan crush yang sorang tu.

Sampai aku tamat Diploma 2014. Dia masih sambung study untuk habiskan semester akhir dia.

Pelik kan. Semua ni Allah rancang cantik. Serius aku tak pernah kecewa bila tak dapat sambung relationship tu, sebab aku yakin Inshaa Allah ada yang lebih baik menanti biarpun lambat haha.

And you know what, 3 tahun lepas terputus hubungan. Aku dapat tahu dia dah kahwin. Nampak tak perancangan Allah tu cantik. Paling best bila semua crush zaman sekolah aku dah nak kahwin, dah bertunang (ni paling epik, tunang dia sewa kat rumah sewa aku!) Haha


Tips Nak Yakin Diri Dengan Kekurangan Yang Kita Ada

1. Pekakkan Telinga
  • Memang tak mudah nak keraskan hati, pekakkan telinga dan biarkan kata-kata caci maki orang masuk teling kanan keluar telinga kiri. Tapi, buat dulu. Lama-lama telinga korang akan immune! Percaya lah. Jangan sampai timbul isu depression pula beb.

2. Jalan Terus
  • Persepsi orang kalau dah ada mulut, buat apa diam. Baik mengata orang. Bagi aku pulak terbalik. Kita ada hati sendiri nak jaga, buat apa nak jaga hati orang. When it comes to perasaan dan hati sendiri, satu benda korang benda buat adalah SELFISH! Jangan biar orang buat mood kita bercelaru. Lantak diorang nak cakap apa! Penat nanti, diamlah tu.

3. Buat Hal Yang Kita Rasa Happy
  • Kenalpasti hal yang buat diri kita happy dan mampu melupakan apa yang mengganggu perasaan kita. Then, do it. Kalau happy jumpa family, then cuti balik jumpa family. Kalau suka buat aktiviti lasak, curi masa, plan dengan member yang tak menyakitkan hati then just go. Kalau dengan food hunting membuatkan korang rasa happy, then go ahead!

4. Tinggalkan Benda Yang Membuatkan Mood Kita Celaru
  • Pergi jauh dari tempat yang membuatkan hati perasaan kita terluka. Find your own happiness babe. You deserve that!
5. Just Be Yourself!
  • Tak susah jadi diri sendiri. Bak kata Altimet, dengan terima diri dia seadanya mampu melindungi diri dia dari didampingi oleh orang-orang yang pelesu. So, jimat masa kau nak remove that kind of friends dalam hidup kau. Tak gitu?

And now latest update, kulit muka aku masih breakout cuma sekarang masih dalam healing process. Dah dekat 2 minggu juga ni. Kadang rasa hilang sabar betul! Tapi, terus urut dada. Ingatkan diri. Ini ujian Allah nak bagi kat kau. Kalau ujian kecil macam ni tak boleh hadap, ujian besar?

Maka, di sisni aku masih lagi bersetuju dengan kenyataan Altimet bahawa, dengan kulit wajah yang teruk ni lah kita akan jumpa dengan sahabat yang betul-betul boleh menerima kekurangan dan kelemahan kita. So, don't worry. Just be happy. Cheese!


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)