Jangan Bunyikan Jari Jemari Kalau Tak Nak .. - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jangan Bunyikan Jari Jemari Kalau Tak Nak ..

Jangan Letupkan Jari Jemari Kalau Tak Nak Kena .. | Kalau ikutkan aku dah lama tahu yang letup-letupkan jari jemari tu tak bagus untuk kesihatan. Dan aku juga tahu yang dalam Islam pun tak digalakkan untuk bunyi-bunyikan jari sesama sendiri.

Macamana isu ni boleh terlintas? Tak terlintas pun cuma baru-baru ni ada student aku tegur haha. Ambik! Tapi, aku cakaplah 'aku tahuuuuuu tapi macam emm dah terbiasa pulak.'


Honestly, aku suka buat bunyi tu bila lepas penat menulis dan tak buat apa dalam kelas. Yela, kau monitor student buat latihan, dan aku? Kelas senyap tu bunyi pop pop haha!

Kau takyah tipu aku, kau pun selalu buat kan!

Macamana jemari kita boleh keluarkan bunyi seakan bunyi meletup? Kalau ikut teori ramai katakan bunyi pop tu datang bila tulang bergeser sesama sendiri dan gas yang terhasil akibat geseran tu yang keluarkan bunyi tu. Ada satu kajian yang sahkan teori tu dan mengatakan cecair pelincir jenis sinovial yang ada di kawasan joint jemari tu dan gas yang bertakung pada bahagian tulang penyambung jari tu berinteraksi.

So, hasil dia bila kedua ni bertembung secara paksa atau tertarik dengan cepat, bunyi pop tu akan lebih kuat.

Tapi, korang tahu tak yang sebenarnya bunyikan jari jemari ni tak bagus sebabnya tulang jari jemari kita akan lemah time by time. Kajian tak kata mereput tapi cara ni membuka peluang jemari kita lemah dari jemari yang normal.


Dulu aku tak percaya, takkan la jemari boleh kembang semangkuk kat each penyambung jari tengah-tengah tu. Macam pelik pulak. Tapi tak pelik. Sebab aku ada diploma-mate sorang yang jari jemari dia kurus gila. tapi tempat penyambung jari besar.

Seriously nampak a bit abnormal.

Boleh imagine tak macamana nak cari cincin kahwin nanti?

Masuk jari boleh, nak masuk penyambung stuck. Kalau beli cincin besar untuk masuk kat penyambung jari tu, takut longgar bila dah terletak kat jari kan?

Tapi, serius memang nampak beza jemari dia dengan jari jemari yang normal. Bila tanya dia, "Memang dari kecil ke jari runcing macam tu?" Jaga hati lah sikit tanya tu kan haha.

Dia kata, kat sini (tunjuk penyambung jemari) dulu dari zaman sekolah suka bunyi-bunyikan jari. Masa tu aku innocent. Aku macam oh okay, aku pun suka jugak tapi tak selalu. Biasa buat bila habis tulis essay panjang gila! Baru buat untuk legakan jemari.


Kenapa Tak Boleh 'Letupkan' Jari Jemari?

1. Otot jari jemari akan lemah. Kajian dibuat atas 300 orang yang terlibat dalam membunyikan jemari ni dan selama 35 tahun tak ada arthritis sendi jari tapi otot jemari akan semakin lemah hingga kurang 1/4 kekuatan jemari normal.

2. Possibility kena arthritis sendi jari. Ini yang kajian katakan supaya dapat dielakkan dari awal. Kita tak tahu bila masanya kita akan kena bermacam penyakit kan? So, lepas ni kita kurang-kurang kan lah benda yang sia-sia ni hehe.

3. Risiko strok. Ada terbaca kes bunyi-bunyikan leher dan tengkuk juga penyebab pada strok sebelah badan.. Boleh baca kes di sini. Rasa seram pula bila baca. Dah lah aku memang suka bunyi-bunyikan tengkuk sebab kalau tak buat boleh buat kita sakit kepala seharian beb.

4. Sendi akan bengkak. Bila dah bengkak nak masuk cincin pun susah. Jadi, jangan bagi bengkak okay?

5. Dilarang dalam Islam. Syaitan menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan.

Nabi Muhammad SAW Bersabda : Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya."
(Hadis Riwayat Ahmad).


Lepas ni kena cuba kawal diri dari bunyi-bunyikan jemari. Manalah tahu student annoying pulak dengar bunyi jemari time kelas tengah heninggg haha. Nak cakap kan takut, cikgu Akin garang! haha

See you guys!


1 comment:

  1. alhamdulillah, syukur saya tak suka buat. dedulu kawan2 sekolah suka sangat buat. kadang ngeri plak kita yg dengar ni. huhu

    ReplyDelete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)