Jadual Pack Dengan Revision Dan Kelas Intensif - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jadual Pack Dengan Revision Dan Kelas Intensif

Jadual Pack Dengan Revision Dan Kelas Intensif | Mostly aku cuma story pasal home tuition dan tips home tuition bukan merujuk pada subjek akaun for my students. Since semua information untuk student aku akan maklumkan dalam Instagram @CikguAkinAkaun dan FB @CikguAkinAkaun.

Mungkin aku rasa kata panggilan dalam blog ni lebih pada santai dan mana ada cikgu yang bahasakan diri dia aku kau dengan student dia except for sempoi gila punya cikgu lah haha.

Tapi, maybe satu hari nanti aku akan sharing juga tips untuk students aku baca.

Maybe that entries will be the only one entri yang 'sopan' lah. Aish, fefaham je lah.


Honestly tahun ni paling banyak tasks untuk SPM. Boleh kata 80% including dengan center. Tahun ni aku agak happy sebab di semua center, tahun ni merupakan tahun kedua dan paling ramai student compared to last years. Ada 2 center. 1 center dari awal tahun 2019, ada 10 orang tapi 2 orang drop. Ni center lagi 1 di Bukit Jelutong, asalnya total 8 orang, 2 orang drop. Bulan 7 baru ni masuk 1 lepastu tambah lagi 3 orang. Alhamdulillah.

Aku tak tengok berapa ramai masuk center. Aku nak tengok berapa ramai dapat belajar elmu yang aku nak kongsikan. Dan semoga elmu tu tak berhenti setakat itu saja. Moga dorang dapat gunakan ilmu tu sampai bila-bila.

In shaa Allah.

Bukan kata form 4 tak ada langsung tahun ni. Ada, memang bertambah dari last year. Cuma kalau compare dengan SPM, memang form 4 tak ramai lah. Ada dalam 2 orang di pusat tuisyen dan 6 orang je Home Tuition. Last year Form 4 ada 4 orang je. Pusat tuisyen langsung tak ada.


Semoga tahun depan lebih ramai di pusat tuisyen dan Home Tuition berbentuk grouping.

Kenapa suka grouping? Okay, first of all kalau compare one to one dengan grouping of course boleh fokus. Dan less effort kat situ. Aku suka group of 2 instaed of 3. Sebab kalau 2 okay lagi, kalau masuk 3 karang cikgu yang kena buli pulak haha. Aku suka grouping of 2 sebab student suka belajar kalau dengan kawan-kawan. Lebih bersemangat nak compare to each other. Which itu aku anggap persaingan cara sihat. 

Macamana kalau student tu sorang lemah sorang not bad? Aku mungkin akan ambil pendekatan more homework dan aku akan focus lebih pada yang lemah. Bukan aku abaikan yang pandai tu. Bilamana masa mengajar, aku akan mengajar dua-dua. Tapi pendekatan aku untuk yang lemah adalah trace topik yang dia boleh buat dan boleh catch up. Meanwhile untuk yang pandai, aku akan test dia dengan banyak soalan yang akan mencabar level dia. But, still in same class.

Kan bagus dapat asingkan kelas. Lebih fokus. Exactly. Ada pro dan cons, aku tak nafikan. Tapi, bagi aku selagi mana diorang performed dan parents puas hati kita teruskan. Kalau tak kena, kita akan ubah. Aku ada pengalaman yang macam ni sebelum ni. Sometimes kita tak boleh fokus to only 1 student, dalam masa sama kita nak bantu parents not to invest too much money just to makesure their children excellent. 

Dia nak anak excellent dalam masa sama, aku kena consider their financial. Faham.

So, conclusionnya kena buat grouping instead of buat sorang dan cut down timing study. Aku kalau boleh minimum 2 jam should be okay. So far student happy belajar 2 hours since accounts is calculation subject okay.

I need to monitor all of them haha. Takut terlajak masuk longkang. Tepuk dahi pula cikgu nanti.

How nak coop dengan student punya attitude? Ini bukan aku punya kepakaran sebab budak-budak perangai lain macam lagi-lagi yang banyak tantrum dia tu tapi kita kena cuba. Belajar blend dan masuk in caracter student. Play along and study together. That's me. How? Try first then you know.

Sebenarnya yang paling penting kena banyak bersabar kot kalau ikut pengalaman aku yang tak seberapa ni.

Sebabnya student kita kenal ni baru, jadi dia nak belajar dengan orang yang boleh ngam dengan perangai dia. So, kita belajar kenal dulu cara dia, dah ngam baru kita ajar cara kita.

Sebab apa, kawan aku pernah story, ada student ikut kepala dia je. Dia pun marah ikut kepala dia juga, End up study angkat kaki haha. Tapi student tu boleh maintain dalam kelas aku. In fact aku pun tak kenan juga perangai student tu tapii kena sabar. Sebab kita nak tolong dia kan :) Balik balik pada nawaitu asal.


Buat masa ni yang mana dah masuk bulan Julai 2019, aku nak announce yang kelas tuisyen aku dah penuh dan tak ada slot free lagi. Hari Isnin hingga Jumaat, kelas pack dari jam 2 petang hingga 10.30 malam. Ya setiap hari dan even Sabtu dan Ahad juga kelas penuh dari jam 10 pagi hingga 10.30 malam.

Hari Sabtu pagi saja lah yang alternate. Sebab Sabtu pagi dua orang student asrama punya kelas. If dorang balik, kelas penuh. If diorang tak balik, pagi Sabtu is my only free time untuk lepak.


But, then aku akan open class semula on Oktober untuk pengambilan student Tingkatan 4 yang akan masuk Tingkatan 5 next year.


So, anyone yang memerlukan perkhidmatan home tuition one to one, mini group boleh contact aku. Maksimum student satu kelas 3 orang je ya, tak lebih. Ini supaya aku akan lebih fokus pada each student.

Tentang lokasi, kawasan yang aku cover tak banyak. Sebelum ni ada cover sampai Cheras. Bagi aku a bit jauh dan makan masa sebab travel ke sana.

So, this year aku tak ambil jauh-jauh tau.

Aku boleh committed dengan student yang dekat supaya boleh maximise masa aku untuk tolong ramai student lagi. Inshaa Allah.

Anyone yang nak dapat detail kelas atau nak baca info tentang subjek Prinsip Perakaunan boleh ke instagram @CIKGUAKINAKAUN dan Fb Page @CIKGUAKINAKAUN juga.

So, jumpa next entry!



No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)