Susah Betul Nak Ajak Akin Keluar - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Susah Betul Nak Ajak Akin Keluar

Susah Betul Nak Ajak Akin Keluar Sebab ... | Guys.. Sorry. Especially bestfriend, yang tak bestfriend pun jugak aku nak say sorry. Beb, sampai update status Whatsapp cakap susah nak ajak aku keluar. Hahaaa. Come on, macam tak kenal aku je. Lepas ni korang kena belajar lagi faham kerja aku tau sebab kerja aku tak macam korang. Dah bukan office hour lagi.

Korang kerja aku kerja, korang balik aku kerja lagi. Korang dah rehat, Eh japp.. Aku tengah kerja lagi. Ye, aku hari-hari kerja termasuk weekend. Cuma taklah tak ada masa langsung untuk family. Harus ada beb. Masa aku kan fleksibel, jadi aku boleh arrange masa aku semaksimum mungkin.


Bak kata mak aku, selagi masih ada kudrat. Kerja. Selagi belum sakit. Kerja.

Dan ada hikmahNya aku masih single lagi sampai harini sebab ini pun rezeki Allah bagi. Alhamdulillah. Kalau dah sampai jodoh pun takpa, alhamdulillah. Semoga dia boleh terima aku seadanya haha.

Nanti dah kahwin barulah slow down sikit, tapi still aku harap aku akan terus jadi Private Tutor.

Ini kerja aku, hobi aku, penyebab stres aku, penghilang stress aku juga. Everything on my student attitude uhuk. Kalau Allah berkehendakkan baik, maka baiklah mereka. Jika sebaliknya, maka bertabahlah duhai diriku hemm.

Baca juga : Tips Bisnes Home Tuition Sendiri Tanpa Modal


Tahun ni alhamdulillah student dah makin bertambah day by day. month by month. year by year. Tahun ni merupakan tahun keempat aku jadi Private Tutor. Tapi tahun 2019 merupakan turning point aku yang pertama seumur hidup aku selama 26 tahun ni. Dan tahun ini adalah keputusan terbesar aku buat untuk berhenti kerja dari seorang Eksekutif Akaun yang dah bekerja selama 4 tahun dan decide untuk jadi Private Tutor sepenuh masa.

Macam over gila, kan?

Tapi, bagi aku ianya tak mustahil. Selagi mana ada kemahuan di situ sungai, eh! jalan.


Ini adalah jadual aku untuk bulan 8, 9 dan last bulan 10. Memandangkan student aku this year 20% Form 4 dan selebihnya Form 5. Yaa, tahun ni student aku ramai form 5 menjadikan kesemua student aku form 5 adalah 25 orang termasuk di pusat tuisyen.

Betul. Rasa tanggungjawab dan amanah besar.

Kadang-kadang terasa berat. Tapi kena kuat! Sebab itu amanah dari Allah untuk aku selesaikan. Inshaa Allah.


Kalini bukan 1 kerja je aku buat. Selain mengajar, aku terima job pukal jahitan since Oktober 2018 tahun lepas. Disebabkan masa aku untuk menjahit terhad pada waktu pagi saja, so aku hand over pada mak aku untuk sambung before hantar pada supplier. (baca tanpa rasa skeptikal okay beb)

Rezeki Allah kan Maha Luas.

Serahkan saja semuanya pada Dia.

Jangan ambil kerja Tuhan.

Aku faham. Mungkin korang ada masalah yang tak mungkin dapat dielakkan. Percayalah, rezeki Allah tak pernah salah alamat. Korang pasti ada bahagian korang dan aku doakan juga semoga korang yang baca entry aku ni dimurahkan rezeki. Sentiasa bersabar dengan apa jua dugaan yang korang hadapi :)

Yang penting, jangan putus asa! Teruskan usaha! Dan jangan lupa untuk berdoa. Allah dengar tiap doa kita.


Terima kasih aku nak ucapkan pada parents yang percayakan servis pengajaran aku. Mungkin a bit strict bagi sesetengah student, tapi kalau tak strict student takkan faham dan akan terus tak faham walaupun dah ajar berkali-kali.

Pengalaman mematangkan kita, bukan?

Dari kelas minimum 1.5 jam per sesi, ada yang sampai tambah ke 2.5 jam sebab katanya senang nak cover banyak sebab anak duduk asrama.

Ada yang dah belajar sorang 1.5 jam, tambah lagi sorang kawan so, tambah sekali jam per sesi. Jadi, 2 jam terus.

Ada yang belajar sorang, terus kawan nak join jadi maksimum 3 orang 1 kelas.


Antara feedback positif yang aku dapat dari student,

"Laaa cikgu. Saya boleh buat rupanya. Tak adalah susah sangat akaun ni."

"Nasib saya tak jadi drop akaun cikgu! Dahlah saya dah isi borang, belum pass kat cikgu je."

"Tak sangka saya boleh buat akaun ni cikgu!"





Dan paling best aku rasa, bila buat soalan dan checking jawapan sama-sama, student boleh score dan cuma salah 1 benda je, dia punya happy, "Kan saya dah cakap cikgu, confirm boleh buat punya!" Amboi, dia punya confident level kalah 7 petala langit. Kalau ikut pengalaman, biasanya yang pattern macam ni rata-rata student lelaki haha.

And yes, satu benda yang aku suka buat, bila dah rasa student boleh buat, aku kasi soalan yang super mencabar bagi level diorang, agak risau nak buat tapi diorang jawab juga dengan yakin, "Okay cikgu. Saya sahut cabaran cikgu!" haha. Seronok mengajar ni beb!


Kat sini nak share sikit untuk bakal tutor yang baru nak mulakan bisnes tutoring ni :)

TIPS MULAKAN TUISYEN UNTUK CLIENT BARU

1. MINIMUM HOURS. Korang letak minimum hours untuk cover kos transport korang. Honestly, client bayar untuk ilmu dan masa korang. Caj tu janganlah terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi selagi mana rasa ianya berbaloi dengan pengalaman mengajar, pengetahuan dan masa korang.

2. ARRANGE MASA BERTEMU. Aku suka buat ni dulu masa 3 tahun pertama mengajar. Bagi aku, ini untuk aku kutip pengalaman, build trust dalam diri client dengan servis kita. Btw, ada sorang parent ni jumpa aku dengan anak dia sekali dan aku tengok result exam anak dia quite teruk. Final year form 4, she got 26% je. Mak dia sangat-sangatlah risau. Alhamdulillah, aku nampak progress usaha dia selama setahun. Apa aku mampu cakap, berbaloi usaha dia selama ni bila dia dapat A dalam SPM. Yang penting kenal dulu student build good networking. Cuma sekarang aku dah tak jumpa parents dan students sebab masa yang sangat pack.

3. CARI KESERASIAN. Kita tutor, kita akan kongsi elmu dengan student. Kita nak student faham apa yang kita ajar, belajar untuk kenal student dan belajar jadi cikgu yang mesra pelajar. Kita taknak gaji yang kita dapat tu tak berkat kan?

4. HANDLE EMOSI. Dengan perangai student yang bermacam ragam. Tips ni rasanya berbalik balik pada diri tutor. Walau apa pun jadi, sabar selagi mampu jika dapat student perangai lain macam sikit. Tapi, kalau rasa dah tak mampu tanggung, angkat kaki awal-awal. Kita pun taknak buang masa kita dan masa parents student tu kan?

5. GIVE THE BEST OF YOU. First impression is one thing. Build repo and you will be an awesome teacher!

"I teach you knowledge and you give us experience. Win-win situation. Thank you!"


Hope to see you guys next entries.

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)