Apa Korang Buat Di Kedai Makan? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Apa Korang Buat Di Kedai Makan?

Apa Korang Buat Di Kedai Makan? | Kebiasaan aku tahun ni lepas kelas jam 6.30 petang sementara tunggu petang berlabuh dan tunggu Maghrib menjelma aku akan lunchner = lunch + dinner berdekatan kawasan kelas malam aku dan ini biasa aku buat sementara tunggu order sampai.

Favourite betul cari benda tersembunyi, cari perkataan, teka-teki dan lain-lain.

Santai. Tak banyak benda nak fikir sangat.

Yang penting bukan dalam smartphone. Korang tahu kan nowadays semua benda kita gunakan telefon untuk pelbagai urusan. Dari handle classes pun guna phone, deal job pun guna phone, contact dengan member, families, tutors, agent dan students semua pakai smartphone. Dan sememangnya aku akan a bit rimas dan pening kepala kalau terlalu lama tengok smartphone ni. Silap-silap boleh muntah.


For example, dulu aku pernah tengok smartphone non-stop untuk jangka masa lebih kurang 3 jam. Non-stop okay. Once tutup smartphone, kepala jadi bengong sementara. Tak lama tu pening beb. Lama pening nya tu dalam 1 jam juga nak kurangkan sakit kepala tu.

Lagi satu, kurangkan penggunaan media sosial. Aku tahu media sosial medium yang sangat penting zaman sekarang ni, tapi dulu tak ada pun teruk macam sekarang ni.

Cukuplah tengok kejap-kejap.

Bukanlah tengok non-stop.

Layan media sosial sampai sakit kepala macam aku? Memang sangat worse la aku rasa.


Let say kalau korang memang hantu media sosial, so mesti korang memang rajin update media sosial kan? Mungkin boleh try tips di bawah ni untuk penggunaan masa bersosial yang maksimum dalam masa yang minimum.


1. Plan apa nak update in one book. Lebih mudah untuk fokus apa nak update dalam setiap media sosial yang korang ada.

2. Cari masa sesuai. Pilih masa yang korang boleh update around 2 hours direct. Maybe 2 atau 3 hari sekali je update. Senang cerita buat schedule posts banyak hari terus.

3. Finalize all posts and publish! Dah siap, so boleh fully utilised masa yang berbaki selama 3 hari tanpa media sosial sepert Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya. Manfaatkan masa sebaiknya dengan keluarga tersayang, member dan juga buat diri sendiri.

After all, ni hanyalah suggestion dan ianya apa yang aku buat juga. Cuma sekarang aku dah slow down media sosial sebab mungkin terlalu sibuk dan nak cari masa untuk update pun kena curi-curi.

Okay in fact sekarang ni aku tengah curi masa aku menjahit untuk update new entri. Sebab tengok banyak gila komen readers yang masih belum dibaca dan dibalas. Sorry guys!

And sampai sini saja okay. Later on aku curi masa lagi. Jumpa korang in another entry okay.

Sampai ketemu!



No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)