Tak Menyesal Ke Jadi Freelance Tutor? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Tak Menyesal Ke Jadi Freelance Tutor?

Sebelum mula bicara, aku nak ucapkan terima kasih sebab masih setia baca blog aku dan ada masih ramai juga yang tinggalkan komen di entry aku yang lama-lama.

Maaf atas kekurangan waktu untuk update new stories.

Kalini lebih kepada nak menjawab persoalan students, member lama, schoolmate, diploma-mate, saudara-mara dan jiran yang sebelum ni tahu yang aku dulu kerja office hour dan bila orang cuti maka aku juga cuti. Sekarang tak lagi. Ada yang curious dengan kerja aku eh? Ni kerja pilihan atau paksaan?


Persoalan yang aku terima since awal tahun 2019. Jujurnya aku mula tinggalkan kerja office masa September 2018. Dengan segala kekuatan dan keyakinan yang tinggi pada Allah SWT dan terus percaya yang rezeki Allah tu luas, In Shaa Allah ada rezeki aku yang lebih luas kat luar sana. Alhamdulillah, who knows rezeki Allah bagi non-stop. Alhamdulillah.

Satu-satu Allah bagi rezeki yang tak terjangka. Betullah dulu aku selalu dengar orang kata, "Buat benda yang kita tak pernah buat, kita akan dapat benda yang kita tak pernah dapat."

Mashaa Allah. Hebat sangat kuasa Tuhan. Dari tak tahu pegang mesin, sekarang dah pandai handle mesin sebab dapat tender menjahit sejak Oktober 2018 sampai sekarang. Inshaa Allah kalau ada rezeki, akan datang tender baju Martial Arts akan masuk, in shaa Allah. Kalau ada kenalan yang berminat nak menjahit, boleh contact aku di page @MawarAssufi.

Now, aku dengan bahagianya nak share dengan korang yang aku dah tak lagi makan gaji dengan sesiapa. Thanks to my previous company sebab aku belajar banyak benda dari diorang termasuk "Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Kalau kita buat orang, means kita dan orang tu tiada beza. Note that!" Always.

Guys, if anything bad happen to you, please don't do the same to others. We might turn into the similar attitude like them. Just be patient.

TAK MENYESAL KE JADI FREELANCE TUTOR?

1. TAK. Sebab ini adalah jalan terbaik Allah tetapkan untuk aku dan aku bersyukur. Apa saja Dia bagi aku akan belajar terima dan belajar redha. Satu hari nanti kita akan faham apa hikmahNya. Keep calm and continue your awesome journey!

2. TAK. I become more discipline and more open minded. Since aku belajar untuk letak sepenuh pengharapan pada Dia sebab rezeki ni Dia yang bagi. Kalau Dia mampu bagi, kenapa tidak untuk Dia mampu tarik?

3. TAK. Aku dapat susun hidup lebih fleksibel dan boleh fully utilised masa aku bersama keluarga. Takda bos yang akan marah aku bila aku dahulukan family dalam berbuat apa-apa. Restu keluarga kunci kebahagiaan bukan?

4. TAK. Aku yakin semua orang ada bahagian masing-masing. Dan ini adalah bahagian aku. Biarpun tak kaya tapi aku berusaha untuk menyenangkan keluarga dan orang terdekat, itu lebih dari cukup. Biarpun balik lewat malam, hari cuti tak tentu, alhamdulillah aku happy. Korang mesti happy dengan kerja yang korang minat jugak kan?

5. TAK. Aku belajar banyak benda dalam kehidupan ni. Termasuk kita hidup cuma sekali. Buat yang terbaik seperti esok adalah hari terakhir kita. Wallahua'alam.

Sekian contengan dari hati kecil,
Aku Ticer Akin

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)