Betul Ke Akin Dah Ada Tuition Center Sendiri? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Betul Ke Akin Dah Ada Tuition Center Sendiri?

Betul Ke Akin Dah Ada Tuition Center Sendiri | Terima kasih sebab concern tanya aku dah ada pusat tuisyen sendiri ke. Pada yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak. Buat masa sekarang masih fokus mengajar Home Tuition dan di tuition center lain which is di Kota Damansara, Bukit Jelutong, Denai Alam dan Subang Bestari.

Takpe, sikit pun takpe. Janji dah maximum utilised masa aku dah cukup happy. Yang penting kualiti, bukan? Bukan kuantiti.

In fact, ianya adalah contribution untuk Home Tutor sendiri di page Cikgu Akin Akaun. Ini adalah long term investment. Bagi menjawab persoalan di atas,


Alhamdulillah belum ada lagi. Aku masih lagi menyumbang tenaga, masa dan elmu di pusat tuisyen dan dan masih belajar untuk jadi cikgu yang lebih baik. Selalu nampak aku post pasal pusat tuisyen? Pasal home tuition kan?

Aku buat sebagai Freelance tutor bagi sebuah center bersama.

Top Genius Tuition Center. Permulaan dari 2018 dan mula beroperasi pada 2019. Honestly banyak benda yang aku belajar in terms of opening new tuition center. Tak mudah. Terlalu banyak benda yang perlu kita semua fikirkan dan pertimbangkan. Dari segi lokasi (so far ini paling aku ingat, bila cakap pasal lokasi kitorang spend banyak masa nak mencari yang betul-betul sesuai dengan belum tahu keadaan market masa tu lagi) Tapi takpe, kitorang fikir positif je.

Fikir semula nawaitu asal. Everything will be fine. Inshaa Allah.

Kenapa pusat tuisyen? Kita boleh je buat home tuition. Ambil job dari orang lain. Dan sekali lagi, kami ada reason kami sendiri iaitu nak bantu ramai anak-anak yang kurang mampu dapatkan pendidikan. Masa depan diorang sangatlah berharga.

Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan kita bantu, siapa lagi?

Diorang lah pelapis negara kita 10 tahun nanti. In shaa Allah.

Siapa Duta Top Genius Tuition Center? Kami sendiri sebagai para tutor di Top Genius. Aku harap masih tak terlalu lewat untuk aku ucapkan Tahniah untuk program pertama yang kitorang dah laksanakan masa sambutan raya haritu.


Tuisyen bersama ke ni? Oh tak. 100% milik kawan aku. Tapi, suka hati aku je lah nak anggap pusat tuisyen bersama pun. At least aku ada rasa seronok dan bersemangat nak sama-sama buat tuisyen ni dengan team. Sedikit sebanyak aku tahu peritnya menguruskan tutor, parents dan students.

Tapi tak dinafikan instead of fikirkan masalah, sebenarnya ramai lagi tutor, parents dan student yang sangat menyenangkan hati dan kami happy mengajar.

Inilah yang kita mahukan.

Cikgu-cikgu gembira datang mengajar. Ikhlas nak berbagi elmu dan student pun happy belajar benda baru. It was fun you know!

Cikgu aku pesan, nak berjaya kena belajar dengan orang yang dah berjaya dan dah lalui proses kejayaan tu. Dan aku tak repeat the same mistakes. Aku belajar dari setiap orang di sekeliling aku. Dan aku happy dikurniakan orang-orang yang baik-baik di sekeliling aku.

Percayalah, banyak lagi benda yang kita ada dalam hidup ni perlu untuk kita syukuri. Alhamdulillah.

Taknak Buat Tuisyen Sendiri? Buat masa ni masih stick pada job Private Tutor Akaun SPM secara personal Alhamdulillah demand masih tinggi time by time. Income every month juga alhamdulillah berkali ganda dari kerja full time dulu. Syukur sangat Allah mudahkan jalan ni.

Walaupun pada awalnya, ramai orang fikir subjek Akaun ni bukan semua student ambil. Dan of course, bila pattern subject tu tak ramai student, tapi cikgu pula ramai. Takpe, yang penting rezeki masing-masing kan. In fact, Banyak je job diorang. Yang penting, put more effort and never give up.

Okay, let me specific kan untuk you guys.


Ni hanyalah anggaran secara kasar, 1 sekolah biasa ada 2 kelas subjek akaun at least yang student dia around 25-30 orang.. In fact dalam Selangor ada lebih 200 buah sekolah menengah biasa dan sekolah agama. Jadi, bahagian yang mana satu kau nak cakap student yang ambil elektif akaun ni tak ramai haha

Honestly memang ramai. Okay fine.

Memang tak ramai mampu nak hire private tutor untuk subjek elektif ni. Baik, aku pecahkan lagi. Aku ambil hanya 1% saja.

Dalam 112 orang student akaun yang ambil Private tutoring services ni. Walaupun hakikatnya lebih dari jumlah ini sebenarnya. Dan aku tak rasa parents nowadays abaikan pendidikan anak-anak diorang. Lagi dititik beratkan ada lah.


In summary, semua berbalik pada rezeki yang Allah nak bagi, bukan?

So, in shaa Allah siapa yang usaha dia akan dapat. Jadi, jangan pernah berhenti berusaha untuk jadi yang lebih baik berbanding semalam. Kita masih ada peluang.

=================================

By the way, aku tengah mencari lagi tutor-tutor yang berminat nak mengisi kekosongan part time tutor bagi pusat tuisyen kitorang bagi kawasan Subang Bestari dan kawasan yang berdekatan. Anyone berminat, boleh drop your resume di email [topgeniuslearning@gmail.com] atau isi borang online di sini dan maklumkan pada admin di talian Whatsapp [0173090032] untuk respons cepat.

Boleh juga sebarkan pada sesiapa yang berminat.

=================================


See you again!



No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)