10 Tips Jana Pendapatan Sebagai Tutor Sambilan - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

10 Tips Jana Pendapatan Sebagai Tutor Sambilan

10 Tips Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Tutor Sambilan | Dulunya aku fikir bidang pendidikan bukanlah satu bidang yang sesuai untuk aku sebab aku bukanlah seseorang yang reti menerangkan sesuatu topik tu. Tapi dalam tak sedar sebenarnya dari zaman sekolah lagi aku jenis suka kongsi sesuatu dengan orang lain macam aku tengah menaip dan aku kongsikan sesuatu untuk bacaan korang harini. Tak sedar kan? Benda ni dah lama wujud dalam diri aku sebenarnya.

Belum cuba belum tahu. Inilah yang buat aku ada kat sini harini. Bukan sebagai cikgu atau tutor tapi sebagai seseorang yang berkongsi sedikit elmu Allah pada korang. Semoga ini menjadi salah satu amal yang bermanfaat untuk aku bila aku dah tak ada nanti. Doakan aku tau. Terima kasih :)

Berbalik pada headline, aku nak kongsikan sedikit lah tips yang aku alami dan dah try and error sejak tahun 2016 lagi. Masih baru, bukan? Hihi



1. Nawaitu ikhlas dan bersungguh-sungguh
  • Sejujurnya bukanlah susah nak berkongsi sesuatu elmu tu. Cuma yang payah bila kita nak ambil langkah pertama untuk berkongsi sesuatu tu. Nak atau taknak je. Simple analogy, kau lapar sangat, kau sungguh-sungguh cari makan kan? Takda makanan, kau masak kan? Atau beli juga kat luar. Usaha kan? Sebab kau tau kau lapar. Kalau tak makan tak boleh buat kerja. Kalau makan, kenyang, senang hati, kerja pun molek je. Sama macam nak mengajar, kalau betul kau bersungguh dan passion kau nak mengajar, hasilnya pasti bersungguh kan?

2. Mula dengan subjek Kegemaran / Diminati / Mahir
  • Semua orang ada kelebihan dan kepakaran masing-masing. Kalau rasa tak ada masa yang banyak untuk buat revision subjek-subjek yang dulunya kau A+ tu, mulakanlah dengan subjek yang kau betul-betul ada keyakinan. Contohnya, subjek Matematik UPSR. Matematik UPSR rasanya tak perlu buat revision beriya-iya sangat sebab mostly kita apply dalam kehidupan seharian.

3. Cari pengalaman mengajar
  • Kebanyakan parents akan cari cikgu sekolah. Tapi, ada alternatif. Ada juga parents yang mencari tutor yang dah ada pengalaman mengajar dan update dengan silibus sekolah. Jangan risau kalau kau tak ada pengalaman, cuma risau bila kita tak berminat nak cari peluang untuk dapat pengalaman tu. Mulakanlah ajar adik-beradik, anak-anak jiran atau anak-anak kawan yang sibuk bekerja tu. Kutip peluang keemasan macam ni. In shaa Allah lama-lama, kita akan mahir cara mengajar, cara handle masalah pelajar yang datang dalam pelbagai bentuk.

4. Peka dan Up-to-date Syllabus baru
  • Siapa kata tutor susah dapat job sebab parents memilih tutor dalam kalangan cikgu sekolah? Eh manada. Even cikgu sekolah pun dah tak tertanggung komitmen dekat sekolah tu. Cikgu sekolah kan sibuk sangat, jadi siapa yang kena ganti tugas diorang? Kita lah. Sebab tu once kita pilih untuk menjadi tutor, tugas kita adalah sentiasa update dengan silibus baru dan sebarang perubahan yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) laksanakan supaya kita tak ajar pelajar kita silibus atau topik yang dah tak diuji dalam peperiksaan.

5. Buat revision subjek
  • Walaupun korang busy dengan kerja hakiki dan kerjaya sepenuh masa tu, luangkan sedikit masa untuk buat revision subjek yang korang ajar. Ini bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berjalan dengan lancar. Paling penting, pelajar pun confident untuk bertanyakan soalan pada tutor. Tidaklah, asal tanya soalan je, "Nanti cikgu cek yaa. Minggu depan cikgu bagitahu." Kalau sekali dua bolehlah, cuma jangan selalu. Kredibiliti depan student tu perlu dijaga :) Parents diorang tengah memerhati tu guys hikhik

6. Berguru dengan mentor
  • Korang yang masih baru, rajin-rajinkan diri cari mentor, guru atau senior dalam bidang tutoring ni. Belajar dari pengalaman diorang. Inshaa Allah sangat berguna. Trust me! Sebabnya korang dah tak perlu lalui perkara yang buruk-buruk yang diorang dah lalui sepanjang karier sebagai tutor tu. Kalau ada jalan yang lurus, kenapa perlu langgar dinding berulang kali dan jatuh sakit banyak kali?

7. Sumber boleh dipercayai
  • Banyakkan buat rujukan melalui buku rujukan, buku teks dan website. Paling penting website KPM jangan termiss sebab banyak maklumat yang tutor baru selalu tertinggal dan tak perasan yang diorang dah ajar topik yang dah outdated. Bookmark-kan aje semua blog dan website yang boleh dijadikan rujukan. Jika tak pasti, buat rujukan semula dengan group-group guru-guru sekolah. Boleh cari di Google. Banyak guru yang buka group untuk share materials dan bahan-bahan mengajar.

8. Mula kecil-kecilan
  • Jika ada yang baru mula home tuition tak perlu pun buat besar-besar. Sekadar buat yang penting-penting je untuk mula mencari pelajar. Contohnya, korang boleh buat page FB, IG, blog dan pasang iklan di kawasan perumahan berdekatan, kedai-kedai dan upload iklan di Mudah dan FB Personal. Mudah kan? Nak lebih mudah, aku syorkan baca Ebook Home Tuition ni, banyak tips yang dikongsikan. Seriously!

9. Berani mencuba dan grab peluang baru
  • Kalau korang nak tambah lagi pendapatan, boleh grab peluang untuk mengajar di pusat tuisyen berdekatan. Kalau dah makin mahir untuk mengajar, boleh cuba mohon sebagai tutor di beberapa kawasan yang lebih jauh sikit dalam lingkungan 20km. In shaa Allah, lebih ramai orang yang kita bantu, lebih luas peluang kita untuk mendapat job. In shaa Allah. Betulkan niat, ikhlaskan hati dalam mengajar.

10. Luaskan networking / jaringan kenalan
  • Akhir sekali, kalau buat sesuatu perkara tu, buatlah dengan hati yang ikhlas, Allah pasti akan mudahkan urusan kita. Contoh, kalau student selesa dengan kita sebagai tutor, mungkin rezeki bila parents nak buat tuisyen untuk anak-anak yang lain, anak-anak jiran dan mungkin lebih ramai yang nak tawarkan kita job baru. Semua ni memang tak mudah tapi tak mustahil kan? Janji nawaitu kena ikhlas.


Sedikit perkongsian aku harini untuk para tutor yang berminat nak jana pendapatan sebagai Tutor Sambilan. Aku juga nak syorkan pada korang yang betul-betul nak buat extra income dengan mengajar dan nak jimatkan masa dari langgar dinding berkali-kali lepastu sakit banyak kali. Lambat kan nak survive? So, nah aku sediakan Ebook Mula Bisnes Home Tuition Kecil-Kecilan ni. In shaa Allah segala perkongsian ada dikongsikan dalam Ebook ni, siap pakej Teknik-teknik rahsia yang boleh korang apply. Tunggu apa lagi? Harga pun sangat murah memang berbaloi berbanding harga pasaran kat luar sana tau.

Sampai ketemu lagi guys :)

Baca lagi artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)