Hal yang paling dekat dengan diri kita adalah Mati - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Hal yang paling dekat dengan diri kita adalah Mati

Hal yang paling dekat dengan diri kita adalah Mati | Berbicara soal takdir, itu kenyataan yang tak mungkin berubah, sentuh soal mati, itu destinasi yang pasti. Bezanya hanya jalan cerita. Baik atau buruk jalannya itu urusan Dia, tragis atau tidak itu urusan Dia, husnul khotimah atau tidak, urusan. Tak satu pun urusan kita. Tugas kita beramal dan berdoa inshaa Allah.

Assalamualaikum. Maaf dah lama aku tak bersiaran di blog. Di Instagram juga. Hanya di page Mawar Assufi saja rajin update sebab ramai inbox kat page. So kena lah reply lah kan :)

Mati. A great word with a great 'meaning'. Mati yang pasti yang tak siapa pun yang mampu lari dari kematian itu. Harini aku menaip entri dengan rasa hati yang sedikit pilu dengan berita kematian di keliling aku. Jujurnya mereka semua bukanlah dalam kalangan keluarga terdekat. Tapi, kematian-kematian itu betul-betul buka mata aku. Bahawa hidup ni cuma sementara je. Bahawa kita ni tinggi mana pun pangkat yang kita ada, banyak mana pun duit yang kita punya, sehebat mana pun status diri kita, bila berdepan dengan kematian kita semua sama. Kecil, lemah, hina dan tiada kuasa. Betul?


Dulu aku pernah belajar, Imam Ghazali pernah tanya pada anak-anak murid dia tentang hal yang paling dekat dengan kita atas dunia ini. Dan tahu apa jawapan anak murid dia? "Keluarga, ibu bapa, sahabat, guru dan sebagainya." Jawapan yang berbeza-beza dan tidak sama. Yang akhirnya Imam Ghazali kata, "Yang kamu katakan itu semuanya betul belaka tapi ada satu hal yang paling dekat dengan kita. Mati."

Jujur, aku taip mati pun dalam keadaan sebak ni. Maaf tau, mungkin ianya lebih pada luahan hati seorang Akin yang kerdil, lemah, hina lagi dina. Tapi, aku cuba untuk baik-baik saja :) In shaa Allah. See, belum pun merasai kehilangan, aku dah terasa macam hilang. Nak tahu apa yang hilang? Dia. Hilang jauh dari hati. Itulah kehilangan paling terasa dalam diri.

Menghadapi kehidupan memang tak mudah sebab itu rahsia Allah. Apa yang akan terjadi harini, esok dan lusa itu rahsia Allah. Biasa dengar kan, kita manusia hanya merancang yang tentukan adalah Allah. Right word at the right moment tho.

That words sebenarnya reflect pada kehidupan kita. Setiap benda yang kita rancang, kita decide dan kita perbuat semuanya kerana Dia. Dulu pernah ada ketika aku terasa jauh sekali dari Dia dan aku pernah rasa hidup ni kosong. Ibaratkan pesakit yang menunggu mati! Hidup yang kosong, buat apa saja terasa tak berguna, hampir merasakan "Hidup ni tak ada maknanya, kenapa hidup? Matikan saja."

Pernah, ha'ah pernah dulu.

Mungkin saat tu masa diuji dengan ujian yang sangat kecil. Dah terasa tak mampu. Allahu. Jauh sekali aku saat tu. Tapi sejujurnya ada hal yang boleh tenangkan kita, tak perlukan keluar rumah cari ketenangan, tak perlu pun bazir tenaga dan buang masa. Hanya perlu sentuh Al Quran dan baca dengan hati. Tak ada hati, paksa letak hati. Lama-lama hati yang betul-betul 'hati' akan datang.

Jujurnya aku bukan datang dari orang baik-baik. Juga bukanlah orang baik-baik. Tapi bagi aku kita tak perlu tunggu baik baru nak solat, nak tutup aurat, nak buat hal-hal yang baik. Tak. Kita paksa solat dulu, paksa tutup aurat sikit-sikit dulu dan paksa buat hal-hal yang baik dulu walau dalam bentuk apa cara sekalipun, buat dengan paksa dulu. Lama-lama ikhlas dari hati tu akan sampai. Cepat atau lambat je.

Sama macam rezeki, jodoh dan maut. 3 perkara yang pasti akan sampai kat kita. Cuma cepat atau lambat saja kan :')


Atau mungkin kan kadang-kadang adalah terfikir, mungkin tak manusia ni cuma akan tersedar dari kesilapan dan khilaf tu lepas terkena 'sesuatu'. Mungkin hilang yang orang yang kita sayang, mungkin accident, mungkin cacat atau mungkin hampir mati! Macam triggered dengan sesuatu kejadian tu! Kan? Tapi, Itu kalau Allah bagi kesempatan lagi. Kalau tak? :'( Mana tahu ini saja kesempatan yang kita masih ada tapi kita sia-siakan. "Ya Allah, berikan kami kesedaran dalam perbuat sesuatu. Berikan kami rahmat-Mu dan Kau ampunkan dosa-dosa setiap dari kami Ya Allah." Ameen.

Tanpa sedar yang kita lakukan harini adalah Kehidupan. Mana tahu esok adalah Kematian.

Semoga mereka yang telah dijemput terlebih dulu diterima amal ibadatnya dan diberi husnul khotimah buat mereka semua. Ameen :)

Baca lagi artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)