10 Tips Nak Mulakan Kelas Tuisyen Pertama - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

10 Tips Nak Mulakan Kelas Tuisyen Pertama

10 Tips Nak Mulakan Kelas Tuisyen Pertama | Memulakan sesuatu yang bukan rutin harian kita sangat mendebarkan dan mencemaskan, kan? Bukan berdebar je yang kita rasa, Allah. rasa nak luruh jantung sejam sebelum masuk kelas. Even 5 minit sebelum masuk kelas lagilah berdebar. Kita tak tahu student macamana, apa yang kita nak ajar nanti hasilnya macamana, apa feedbacknya dan lain-lain. Tapi kan, belum cuba belum tahu kan?


Janganlah risau sangat, perasaan tu memang perlu ada. Barulah kau normal orangnya. Cuma kawal sikit lah. Nanti-nanti ada kesempatan aku share sikit pengalaman sendiri kawal nervous yang non stop tu inshaa Allah.

Untuk entri kalini lebih pada perkongsian dan panduan nak mulakan kelas tuisyen pertama.

Semua yang aku kongsikan dalam blog aku ni adalah perkongsian melalui pengalaman sendiri, dan aku juga baru lagi dalam dunia pendidikan ni. Mula mengajar dari 2016 hingga sekarang dan ianya masih baru lagi bagi aku. Alhamdulillah masih bernyawa untuk kongsikan sesuatu dengan korang lepas sebulan sibuk dengan rutin harian.

Oh haa sebelum terlupa, izinkan aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 pada korang yang selalu singgah baca blog picisan aku ni, sudi tinggal komen dan rajin inbox aku di FB Page. Aku sangat hargainya. Semoga ini semua dapat jadi sebahagian faktor yang menyumbang pahala untuk aku di akhirat sana nanti. Ameen :)

Kalau korang seseorang yang baru lagi dalam dunia tuisyen atau baru dapat job tuisyen pertama dan tak tahu nak mula dari mana, let me help you guys. Kalau korang baru nak mencari job tuisyen, mungkin boleh take note dulu tips ini untuk rujukan in future okay. Ini rebranding dari artikel Pengalaman Pertama Kali Menjadi Tutor Tuisyen 2 tahun lepas. Lama dah rupanya hihi.

TIPS MULAKAN KELAS TUISYEN PERTAMA

1. Faham Tugasan Sebenar Guru Tuisyen
  • Personally, bagi aku kita ni cikgu tuisyen bukan cikgu sekolah. Kenapa student dah pergi sekolah then dia pergi tuisyen lagi? Sebab kat sekolah mungkin tak faham cikgu ajar, tak faham cikgu explain, banyak skip kelas dan lain-lain. So, explain bagi student clear sampai diorang yakin faham. Kalau ada yang tak faham, buka peluang diorang tanya. Tak pun kau yang tanya diorang balik. Test faham ke tak kau membebel kat depan tu haha.

2. Sediakan NOTES ringkas
  • Normally pusat tuisyen akan letak sepenuhnya pada cikgu yang mengajar untuk sediakan bahan mengajar. Dan tuisyen tinggal fotostat je bahan kelas seminggu. Sebabnya cuma cikgu yang mengajar student je faham apa yang dorang nak ajar, so kalau nak preparemodul pun, biar cikgu juga yang sediakan. Ini untuk memudahkan diorang faham apa yang kita sampaikan pada student.
  • Macam aku sendiri, aku memang dah sediakan modul untuk subjek akaun Tingkatan 4 dan 5, sebab memang job tu je yang available untuk semua masa-masa aku. Kiranya dah packed dengan subjek Prinsip Akaun saja. Tapi ada tambahan subjek perniagaan 2 orang students. Nak ambil subjek lain pun dah tak ada slot kosong. Kalau ada pun aku akan ambil subjek Akaun juga sebab malas nak pening-pening subjek lain. Bila prepare bahan, senang. Sedia untuk semua sekali.

3. Kongsi TIPS MUDAH
  • Dalam mana-mana subjek pun yang korang ajar, korang cuba buat TIPS mengingat atau TIPS acronym yang memudahkan student untuk faham dan ingat tips tu sampai bila-bila pun. Ingat sampai SPM dan kalau ingat sampai lepas habis SPM pun lagi bagus hehe

4. Practise make perfect!
  • Sebelum kelas berakhir, buat exercise sikit berkaitan dengan topik yang kita ajar. Supaya diorang dapat nampak apa yang dia belajar pada hari berkenaan. Kalau buat pop quiz atau spontaneous question and close book pun lagi cantek! Bagi otak diorang beroperasi dan berfikir lebih sikit.

5. Fokus pada setiap seorang
  • Biasa kalau kat sekolah cikgu tak dapat fokus setiap sorang dan diorang pun terpaksa angguk je tanda faham walhal tidak. Jadi, bila di tuisyen korang cuba fokus dan rajin-rajinkan diri berjalan masa kelas. Sebab kadang student malu nak angkat tangan dan bertanya. So kita jalan dekat-dekat dengan diorang, nanti pasti ada yang bertanya. Trust me :)

6. Tanya soalan random
  • Sebagai cikgu kita kena tahu dulu level student kita takat mana. Sebagai contoh, pada hari pertama kelas boleh buat simple pop quiz, buat latihan tahun lepas, soal soalan tahun lepas, buat revision tahun lepas. Bila dah buat revision, tanya boleh dapat atau tidak? Selalu minta diorang jujur. Kalau tak faham, tanya bahagian mana yang kurang faham. Dan ulang sekali lagi dengan cara dan penyampaian yang mudah untuk difahami. Cari alternatif atau cara lain kalau cara pertama tak jalan.

7. Jangan rendah-rendahkan pelajar
  • Student kita harini adalah sebahagian dari diri kita masa dulu. Letakkan diri kita kat tempat dia. Kalau kita duduk kat tempat dia, apa yang dia harapkan daripada cikgu tuisyen dia? Garang? Tegas? Lembut? Memahami? Penyampaian bagus? Atau ajar asal boleh? Kita jadi cikgu seperti apa yang kita mahukan. Tegas dalam lembut. Inshaa Allah lebih mudah elmu tu sampai.

8. Jaga perasaan
  • Maksud aku kat sini jaga perasaan dua-dua pihak. Kita jaga hati pelajar supaya dia seronok belajar dengan kita. Dan kita jaga dan kawal hati kita sendiri supaya elmu yang kita sampaikan pada diorang akan berkat dan sentiasa halal. Kita mahukan redha kita sentiasa ada dengan diorang. Kalau ada student yang tak jaga hati kita sebagai guru takpe. Itu urusan dia. Yang penting urusan kita selesai. Sebab sebagai guru, redha mengajar tu penting. Takut yang disampaikan tak berkat pada student karang.
  • Yang banyak fi'il tu, banyak buat bising taknak belajar tu, kau cakap je, "Awak nak belajar, stay. Taknak belajar, jangan buat saya tak redha dengan awak dan yang lain." Sekian acah-acah diorang. Haha

9. Doakan pelajar
  • Belajar untuk redha sehabis baik dengan elmu yang dah dikongsikan dengan diorang dan sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa berikan kefahaman kepada pelajar kita. Kan doa guru mudah termakbul. Inshaa Allah.

10. Sebarkan elmu Allah
  • Fikir yang baik-baik je. Kalau kita simpan elmu sorang-sorang, kita meninggal dunia, elmu tak tersebar pun. Rugi kan? Adalah baiknya kita kongsikan semua elmu Allah yang kita belajar selama ni dengan orang lain, dengan anak-anak bangsa supaya elmu ini tak berhenti dalam diri kita seorang saja. Sebarkan manfaat pada semua. In Shaa Allah kalau niat baik-baik Allah pasti redha :)
Sekian 10 tips untuk mula kelas tusiyen pertama buat korang yang baru dapat job mengajar yang pertama atau yang baru terdetik nak menjadi guru tuisyen sambilan.

Semoga bermanfaat buat semua. Doakan aku sihat dan baik-baik saja ya supaya dapat kongsikan elmu dengan korang dan anak-anak bangsa di luar sana :) Inshaa Allah, hanya Allah saja yang dapat balas kebaikan korang semua. Ameen :)


Baca lagi artikel :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)