Kenapa Berhenti Kerja Dan Jadi Tailor? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Kenapa Berhenti Kerja Dan Jadi Tailor?

Kenapa Berhenti Kerja Dan Jadi Tailor? Assalamualaikum. Hello guys! Terasa begitu lamanya tak bersiaran kat sini. Betul tu. Hampir sebulan lebih. Maaf sangat bukan sengaja tapi kekangan masa dan kerja yang bertambah tambah non-stop walaupun dah berhenti kerja.

Readers yang setia baca blog aku siap PM Inbox kat Page Mawar Assufi , mention "KENAPA LAMA TAK UPDATE BLOG?" Hei, korang ni nak tanya ke nak marah. Haha. Baik baik. Aku tunaikan hasrat korang nak baca story baru aku. Dan storyline aku kalini mungkin agak berbeza dari artikel biasa. Tiada home tuition, tiada tips dan tiada panduan, hanya sekadar bercerita apa yang jadi pada aku dalam 2 bulan ni. 2 bulan yang betul-betul bantu aku berubah ke jalan baru!

Yang baru lagi tahu tu, aku dah resign sebagai Eskekutif Akaun di salah sebuah syarikat swasta di Kota Damansara since September 2018. Setelah 4 tahun. Bagi aku tempoh tu lama sebab makan bertahun untuk aku belajar banyak elmu baru.

Baru 4 bulan je berhenti dan ianya bukanlah tempoh yang lama. Pejam celik! Dah masuk Disember. Sebelum ni masa 2015 pernah juga berhenti dan menganggur 2 bulan. Masa tu cuma fikir nak cari kerja baru. Dan takboleh putus duit. Yelah, kan dah besar pandailah cari duit sendiri takkan lah nak meminta-minta lagi. Already 25 years old maaa. Banyak komitmen lagi ank kena selesaikan.

KENAPA BERHENTI KERJA?

Ramai sangat orang tanya masa first time aku menganggur dulu. Jadi, bagi taknak pisang berbuah dua kali, aku tak war-warkan pun yang aku dah resign. Awal bulan Oktober 2018, ada sesuatu hal yang jadi dan hati aku selalu sangat rasa tak sedap. Tidur tak tenang dan tak tenteram senang cakap. Aku selalu fikir aku kat mana 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? Masih kerja dalam office? Masih ikut office hour? Macamana dengan keluarga aku? Kalau dah kahwin, macamana dengan anak-anak aku nanti? Siapa nak jaga. Sorry lah imagination terjangkau jauh, tapi ini lah namanya perancangan.

Kita tak pernah tahu sejauh mana kita boleh pergi. Sehebat mana kita akan jadi. Sebahagia mana kehidupan kita nanti. Dan aku fikirkan satu lagi, "Kalau mak aku dah tak ada, siapa nak sambung kemahiran yang istimewa ni? Siapa nak warisi mesin-mesin jahit mak yang berlambak dekat rumah production? Siapa nak sambung legasi mak nanti?"

To be honest, inilah yang mengganggu fikiran aku 2 bulan terakhir ni. Sangat mengganggu. Kadang tu nak pergi mengajar student pun terfikir. "Apa patut aku buat? Mana nak mulakan? Aku boleh ke? Tangan aku ni panas. Buat tak jadi je."

Betul! Dulu pernah belajar jahit baju dengan mak, end up tak jadi. Tak siap. Belajar je asyik kena marah. Iyalah, aku ni bukan bijak mana. Lembap juga terima benda-benda baru. Stress asyik kena marah. Dan semuanya bermula bila aku mengadu beg dah terkoyak nak bawak pergi mengajar, "Hm, nak beli beg barulah." Mak aku cakap, "Buat apa beli baru, beli lah kain. Jahit je."

Aku ni pula jenis tak boleh belajar through Youtube semata. Benda kita tak nampak, tak dapat pegang. Tak dapat sentuh. So, dari situ aku decide terus "Okay, aku nak belajar menjahitlah!". Ya, di sinilah titik permulaan segalanya. Permulaan aku belajar menjahit dengan kos RM150 guys, untuk belajar basic yang betul-betul basic menjahit. Biarpun sangat basic, itu satu kepuasan bagi aku. Itu memang sangat basic tapi aku belajar pegang mesin macamana dari situ, aku tahu pasal mesin, cara masuk benang dari situ dan semua! Aku seronok! Sebab aku orangnya kinestatik, bukan boleh visual semata-mata beb HAHA.

Sebelum ni pegang mesin je asyik tak jadi. Pegang mesin tangan panas, jarum patah. Tak tahu pasang benang. Point pentingnya adalah, MINAT TAK ADA! Benda kita tak minat, buatlah macamana pun. Tetap tak jadi guys.

I'm here guys! Muka ada senyum heheh

Thanks kak Abby! Tukang jahit Bag Homemade @sarangcraftbyabby
Nak belajar menjahit bag boleh direct ke Instagram @TheCraftsicals okay

My first and favourite bag ever

Dulu selalu cakap tak minat, tak minat. Honestly, aku tahu sebenarnya bukan aku tak minat. Aku malas. Aku malas nak belajar benda remeh, benda yang Aduhh malaslah. Itu sebab kita belum sampai that turning point. Seriously guys! Aku cuma fikir aku nak ada skil yang aku tak pernah ada sebenarnya. Skil yang paling dekat dengan aku of course crafting. Aku suka crafting tapi aku nak crafting yang boleh bagi aku income bukan semata suka-suka. I'm freelance okay guys! Why not aku buang masa dengan belajar skil baru yang dulunya aku 'tak suka' tu HAHA.

BELAJAR TINGGI-TINGGI, SIA-SIA TAK KERJA OFFICE
Bertabahlah jela ye sistur dengan mulut-mulut orang sekeliling yang asyik mengata tu. Alah bukan tak biasa. Dari dulu lagi kan orang tak puas hati dengan keluarga kami. Watlek watpis. Chillex je. Biar dorang je sakit hati kita nak sakit hati buat apa kan :)

Apa semua orang yang dah habis belajar tu depa semua terus dapat kerja office ke? Apa yang kau bangga sangat dengan kerja office tu HAHA. Oh lupaa, kerja office nampak berkerjaya kan, nampak berada, nampak smart dan nampak berduit. Nampak jelah ye kak HIKS

DAPAT TAWARAN WITHIN ONE MONTH
Seriously, aturan Allah SWT tak pernah salah. Rezeki kita masing-masing tak pernah silap alamat kan. Bulan oktober belajar menjahit dan dah boleh hasilkan beg dengan hasil tangan sendiri. Alhamdulillah bulan November 2018, siap dah ada yang order buat hadiah dan beli untuk dijual. Alhamdulillah.

Rezeki Allah bagi lagi, dapat job dengan Martial Arts company dari KL. Dengan person in charge yang baik-baik. Mashaa Allah. Alhamdulillah.. Dan sekarang in progress untuk uniform Martial Arts pula. Moga Allah permudahkan urusan kami.

Dan lagi dan lagi. Allah bagi lagi rezeki tempahan snowcap pukal dan pastinya dibeli untuk jualan. Alhamdulillah rezeki.

Paling latest, Masha Allah. Allah bagi rezeki client nak jahit shirt dress 2 design dan 1 design kaftan untuk raya. Allahu :') Semuanya dalam bulan November 2018. Sesuai dengan petikan dari Surah Arrahman di bawah :

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

ِ”Fabiayyi alaa’i rabbi-kumaa tukadzdzibaan”
Artinya “Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”

Maka, bermula dengan semua yang Dia bagi non-stop hingga ke hari ni. Alhamdulillah, aku dah officially buka bisnes @thesewtiful.tailor dan korang yang berminat nak tempah jahitan pukal, silakan Whatsapp 011 2324 3537 (Akin)

Dan website masih dalam proses pembinaan. Banyak benda delay, sebab tengah struggle siapkan tempahan belt dan dengan kelas tuisyen yang akan bermula tak lama lagi. Student dah ada, tinggal start je ni. Fuh, nervousenya kakak nak mulakan Tahun 2019 nanti. Semoga baik-baik saja next year. Tak pernah rasa nervous macam ni sebab job dah bersusun next year. In shaa Allah sistur boleh buat! Allah kan ada.

Lokasi production kami di Pelangi Damansara. Alhamdulillah.

Tengah discuss design dan material. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan kami hingga ke akhirnya. Ameen :)


NAK TAHU SESUATU TAK?
Aku seronok dengan kehidupan aku yang sekarang :) Nak tau sebabnya? Sebabnya ini semua adalah aturan Dia. Tak lebih tak kurang. Tak lambat tak cepat. Follow the flow je. Biarpun orang jelek tengok kita, biarpun orang suka hina keluarga kita. Benda tu letak tepi je. Buat BODOH orang kata. Tak perlu ikut apa kata orang kalau taknak kita end up jadi macam diorang. Go Go Akin!

Aku pasti merindui keseronokan bekerja macam ni. Semoga bakal hubby nanti mampu terima bakal wifey dia ni macam ni. Haha #Ehhh 

Maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.thesewtifultailor.com
Contact : 011 2324 3537 (Akin)

Baca artikel lain :

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Rezeki tak pernah salah alamat..
    Sha follow sini..
    Sha datang dari entry ini https://www.shikinrazali.com/2018/12/sahabat-blogger-pilihan_18.html

    ReplyDelete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)