Berniaga Di Blog Pun Ada Scammer - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Berniaga Di Blog Pun Ada Scammer

Kalau ikutkan berniaga dari tahun 2016, banyak kali juga ada scammer yang menyamar acah-acah nak membeli lah kononnya. Mostly datang dari Mudah.my sebab Mudah kan international pun ada access boleh tengok. Tapi, diorang ni memang cepat tau buat kerja. Baru post 5 minit di mudah.my terus berdesup orang dari Negro whatsapp, kebiasannya yang mula dengan nombor +234 .

Paling baru ni kena dari blog sendiri. Yang dah lama tahu, aku ada membekalkan Teh Rerama Original untuk seluruh warga Malaysia. Disebabkan itulah aku tak expect pun ada juga scammer.

Whatsapp pun macam betul je lah orang nak beli kan. Jom lah baca sendiri whatsapp di bawah :





Sekali dia bagi bukti pembayaran macam ni. Sekali tengok pun tahulah yang ini macam something wrong je. Tulisan kemain besar dan lain macam. Plus nombor telefon sendiri pun boleh lupa. Okay, ni mungkin boleh dimaafkan. Tapi bila minta bukti pembayaran yang biasa digunakan bila transfer tu terus senyap.

Bila dah tanya kawan-kawan, semua cakap ni scammer. Haha, kan betul telahan aku.

Sekali bila nak snap bukti pembayaran dia tu, terus dah delete. Haaaaaa, betul lah tu kau penipu. Nasib baik aku tak bodoh nak percaya kau. Nasib sempat download dah haha.

So, untuk korang kat luar sana tu, berhati-hatilah walaupun dengan pelanggan sendiri hihi. Berhati-hati lebih baik daripada dah terkena nanti.


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)