Sanggup Cari Monopod Untuk Shoot Video Mengajar - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sanggup Cari Monopod Untuk Shoot Video Mengajar

Monopod Untuk Shoot Video Mengajar

Sebagai seorang yang baru menapak dalam dunia pendidikan ini dari tahun 2016, hal ni amat baru bagi aku sebenarnya. Disebabkan bidang kepakaran aku adalah dalam bidang Prinsip Perakaunan, Perdagangan, Perniagaan, KHB (Keusahawanan) dan Matematik, jadi aku terfikir untuk kongsikan elmu yang aku ada dalam bentuk visual. Setakat ni alhamdulillah sebab kebanyakan pelajar aku menunjukkan prestasi yang meningkat dari satu ujian ke satu ujian. Dari gagal terus meningkat ke gred B dan C. Satu kepuasan dalam diri ni bila student faham pengajaran kita.

Macam ni rupanya perasaan guru-guru aku dulu kan. I is bersyukur sebab rupanya niat asal nak mengajar hanya nak duit tambahan, tapi jadi minat pula. Siap jadi passion baru dan rupanya dalam pendidikan ni aku dapat rasa sesuatu yang belum pernah aku rasakan sebelum ni.

Eh, beza tau kepuasan kau mengajar dengan kepuasan kau dapat close account dan balance. Haha. Itu dua terma yang berbeza.


Jadi, dalam sebulan dua ni ada buat perancangan untuk shoot video mengajar, dan disebabkan perancangan itulah, aku siap beli monopod, whiteboard yang lebih besar, lampu LED dan whiteboard markers. See! Bersemangat tak aku.

Semua aku beli yang murah-murah je. Ikut bajet yang ada masa tu.

Monopod (RM35)
Whiteboard (RM30)
Lampu LED (RM35 dapat less RM5)

Kenapa aku tak beli Tripod stand, kan lebih senang.

Aku tak nak beli Tripod Stand sebab aku nak shoot mengajar saja, Aku tak masuk video sekali beb. Lagi satu, macam leceh kalau nak shoot facing ke bawah kalau guna Tripod stand. Tapi, maybe nanti one day aku akan beli Tripod juga. In shaa Allah. Mana tau masa tu dah confident sikit nak masuk video haha.

Boleh lah aku kongsikan elmu yang aku ada sikit ni.


Brand murah je ni. Tapi aku memang ada open order untuk sesiapa yang nak order barang dari Kedai Ustaz Uptown Kota Damansara kalau korang berada jauh dari sini. PM FB Page aku direct, nanti bagitau korang nak cari item apa dan brand apa beserta bajet. Kedai Ustaz memang murah pun.

Oh by the way, macamana cara nya eh kita nak rotate video yang kita dah shoot tu? Bila aku shoot masa pendek, elok je dia horizontal. Bila shoot panjang, video akan jadi vertical. Nak pusing balik tak boleh pun. Korang ada idea tak. Banyak kali dah kot shoot ni. Sedihnya haha.

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)