Kenapa Aku Tukar Handphone Brand Huawei? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Kenapa Aku Tukar Handphone Brand Huawei?

Kenapa Aku Tukar Handphone Brand Huawei? | Dah lama rasanya guna Samsung ni. So saja tukar mood nak try brand lain yang ada latest spect dan memenuhi requirement aku.. Lama juga survey sana sini. Dekat sebulan tanya orang itu orang ini, tanya guna kamera apa. Shoot video guna kamera apa. Dan suprisingly kebanyakan orang yang aku tanya, jawab guna Vivo. Okay, fine. Ramai orang suggest guna Vivo.

Tapi, a day before aku beli smartphone baru, aku try survey lagi sekali. Main purpose aku nak tukar handphone baru adalah untuk aku ambil gambar dan shoot video dalam kelas mengajar aku. So, kalau guna handphone lama memang potong mood aku betul haha. Kualiti sangat low. Tak cantik dan takda mood langsung nak shoot video kalau guna tu. Dan kalini aku betul-betul serius beb. Siap tengok bermacam review dekat Youtube, baca review dalam blog. End up aku nak pilih Vivo V7 or V9 memandangkan itu antara pilihan ramai kawan aku.


Tapi tapi tapi, malam sebelum ke The Store aku ke rumah kawan aku ambil laptop untuk diformat. Murah je gais dia caj. RM70 saja kehkeh.

So, yaaa. Dia guna Huawei Nova 2i. Kualiti gambar cun. Low light pun nice juga gambar dia. Shoot video pun clear. Alamak, sister dalam dilema guys haha. So, esoknya aku decide untuk survey Huawei dan bajet aku of course bawah RM1000. Aku ni jenis kurang sikit bab gadget ni, kurang suka membazir. Heleh, yelah tu. Kau ingat nak pilih jodoh je ke kena berhati-hati, nak pilih phone pun kena cerewet tau. Pftt. Lepas meneliti ramai pula suggest Huawei Nova 2i and 3i sebab kualiti gambar yang cantik. Alaaa, korang ni kan! Paling sister terharu adalah bila 3, 4 orang PM post gambar yang diambil dengan Huawei Nova 2i dan Nova 3i. Cun! 

Maka, melangkahlah sister ke The Store dengan harapan seketul Huawei akan menemani sister di kala ke kelas untuk mengajar petang tu. So, menapak lah ke kedai seller nama Justin. Nego punya nego, dapatlah sister jimat RM300+ lepas dapat Huawei Nova 2 lite dengan price RM6++ saja guys. Siap FULL Glass harga RM35 tapi sister nego murah gila namatey. Aku syak dia stress ada customer macam aku. Dahlah dia tolong offer murah aku tapau harga murah lagi. Nasiblah ye Justin.


So, guys. Kalau korang tengah dalam planning nak tukar phone baru. Boleh lah masukkan The Store Sungai Buloh dalam one of the shop list korang and jangan lupa, korang boleh survey juga di kedai Justin. Tak ada nama kedai guys. Cuma kedai tu kalau turun eskalator, kedai dia belah kanan dan sebelah kiri pentas.

Nah gambar yang aku ambil guna Huawei Nova 2 Lite. Clear kan? Okay, puas hati hihi.


Korang boleh contact Justin kalau nak survey harga dan handphone yang korang minat.

Hubungi : Justin (019-555 5447)

Baca artikel lain :

2 comments:

  1. Kak ana pun dh beralih pada huawei.kalau outdoor lawa gambar dia. Kalau indoor kena pandai shot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Siap beli lighting LED kak nak bagi lawa gambar. hehe

      Delete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)