Home Tutor Diperlukan Di Selangor - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Home Tutor Diperlukan Di Selangor


Top Genius Learning Centre (TGLC) bermula dengan Home Tuition secara peribadi oleh guru pakar dan tutor berpengalaman pada pada awal 2018 dan berkembang pesat dengan wujudnya Tuisyen Di Rumah secara one to one dan mini group antara adik-beradik dan rakan-rakan pelajar. Menguruskan perkhidmatan Home Tuition bagi subjek teras UPSR, PT3 dan termasuk elektif bagi pelajar SPM dengan skil dan teknik pengajaran terbaik adalah kepakaran TGLC. Menyediakan modul dan latihan mengikut silibus terkini di sekolah.

Dari masa ke semasa, permintaan Home Tuition dari TGLC semakin mendapat permintaan yang tinggi maka dengan ini, kami pihak TGLC membuka peluang kepada mereka yang penyayang, berdedikasi, bersemangat, positif dan mempunyai skil dan teknik tersendiri dalam usaha menarik minat pelajar untuk belajar dan boleh mengajar di rumah pelajar, kami mengalu-alukan kedatangan anda.

SUBJEK UPSR, PT3 DAN SPM YANG KAMI TAWARKAN :
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Kemahiran Hidup Bersepadu (Keusahawanan)
  • Pendidikan Islam
  • Ekonomi Asas
  • Prinsip Perakaunan
  • Perniagaan / Perdagangan
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Arab
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia

SYARAT-SYARAT TUTOR YANG KAMI PERLUKAN :
  • Warganegara Malaysia
  • Minat mengajar yang tinggi
  • Mempunyai kelayakan Diploma dan Degree dalam mana-mana kursus pengajian
  • Boleh berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun mengajar
  • Mempunyai lesen kenderaan dah motor atau kereta
  • Boleh mengajar di sekitar Subang Bestari, Damansara, Denai Alam, Shah Alam
  • Berperwatakan menarik, ceria dan sentiasa positif
  • Menjaga solat 5 waktu
  • Disiplin dengan masa dan kerja
  • Tidak merokok

CARA MEMOHON SEBAGAI TUTOR TGLC :
  1. Isi maklumat dengan lengkap dalam borang Home Tutor Application.
  2. Pastikan resume dimuatnaik untuk rujukan kami.
  3. Kami akan hubungi pemohon melalui email atau Whatsapp untuk sesi interview dan mock teaching.

KELEBIHAN TOP GENIUS LEARNING CENTRE (TGLC) :
  • PERCUMA Pendaftaran tutor
  • MASA mengajar yang fleksibel
  • Berpeluang mengikuti seminar mengajar (Dalam perancangan)
  • MODUL pengajaran disediakan (Dalam perancangan)
  • Pembayaran gaji terus ke akaun bank anda minggu pertama setiap bulan

Buat korang yang berminat untuk menambah pendapatan dalam dunia pendidikan ni boleh cuba mohon. Mana tahu kan kalau-kalau ada rezeki mengajar subjek yang sesuai dengan korang. Bukan saja dapat elmu, tambah pendapatan malah dapat tambah pengalaman yang tak dapat dibeli dengan wang.

Aku juga selalu kongsikan pengalaman mengajar aku untuk korang yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendidikan ni. Boleh baca MY TUTOR JOURNEY untuk baca serba sedikit perkongsian dari aku, lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Akin.

Layari laman sosial TGLC untuk dapatkan maklumat lanjut,


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)