6 Cara Mudah Simpan Koleksi Tudung - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

6 Cara Mudah Simpan Koleksi Tudung

Kalau dah namanya wanita lagi-lagi yang berhijab, tak beli tudung tak sah walaupun almari tudung dah penuh, rak tudung dah runtuh, penyangkut tudung dah menggeleber sebab tudung yang sedia ada berat sangat. Eh, taklah. Bukan cakap pasal kau pun, tapi kalau terasa haa, samalah kita ni. Siapa makan cili dialah rasa pedasnya.

Nak kata suka membazir tak juga, sebab ni dah jadi macam hobi pula suka mengumpul koleksi tudung dan biasanya kami beli sebab ikut trend terkini. Fashion gitu. Kalau pun tidak fashion lover, wanita ni membeli  mungkin atas sebab rasa bosan dengan design tudung sedia ada, warna yang sedia ada, nak beli design baru, nak beli warna baru yang belum ada dalam koleksi, nak try jenama lain yang materialnya lebih berkualiti dan banyak sebab lain. Jadi, possibility untuk bilik kami yang perempuan ni sesak dengan tudung saja tu memang tinggi lah haha.

So, harini aku nak kongsikan dengan korang beberapa jenis penyangkut yang mungkin berguna untuk korang, duhai wanita ku sayang di luar sana.





Bagi aku jenis tali ni bagus sebab banyak tudung boleh digantung. So, kalau beli tu boleh beli lebih, mana tahu bulan depan koleksi tudung bertambah lagi. Haii, pening si suami tu haha. Cuma nak share dengan korang bila beli penyangkut tali ni pastikan penyangkutnya adalah besi dan bukan plastik. Pengalaman sendiri, bila guna penyangkut plastik tu nanti gantungannya tak kukuh tau, dia akan menyelungsur ke bawah dek tak tertanggung dengan beban tudung yang tergantung.

Kalau guna penyangkut tudung jenis ni tak boleh apply untuk tudung yang dah bergosok, nanti berkedut seribu haha. Harga penyangkut ni paling standard bawah RM20. Itu dah cukup murah tapi tak semua kedai jimat ada jual. Boleh beli je secara online. Jimat masa dan tenaga.

2. Penyangkut 2 Pcs S-type stainless steel 5 lapisan



Baiklah. Kalau tadi apply untuk tudung yang baru diangkat dari ampaian, terus disimpan dalam almari dengan keadaan tidak bergosok. Kalini penyangkut bentuk S dan jenisnya adalah Stainless Steel, jenis ini boleh digunakan untuk shawl yang telah digosok dan nak digunakan dalam masa seminggu. So, terus gosok untuk 5 hari terus, then gantung di penyangkut ni. Ada 5 lapisan lagi, haaa memang cunlah!

Selain boleh guna untuk shawl yang dah bergosok, boleh juga korang apply untuk seluar slack dan jeans yang dah molek bergosok. Hanya tunggu masa untuk dipakai je minggu depan. Settle!

3. Penyangkut Scarf / Tie Boleh Laras - 2 Pcs/1 Set


Penyangkut jenis boleh laras ni boleh dipusing dan boleh menyangkut shawl yang banyak. Digalakkan untuk tie dan shawl sahaja. Kalau tudung bawal tak digalakkan sebabnya kawasan meletak shawl tu kecil jadi shawl yang belum digosok perlu dilipat hingga kecil dan baru digantung. Lagi cantik kalau susun shawl ikut jenis dan warna.

Barulah rasa sedap je mata memandang bilik tu sebab semuanya tersusun dengan rapi dan kemas.

4. YIKA Penyangkut Jimat Ruang Untuk Shawl, Scarf, Ties - 1 Pc


Ini adalah penyangkut jimat ruang yang mana dalam setiap set penyangkut tu kita boleh sangkut seluar dan tie sekali atau seluar dan juga shawl sekali untuk seminggu. Atau mungkin kita boleh guna untuk sangkut shawl saja. Ada dua tempat menyangkut iaitu bahagian bawah dan juga bahagian atas. Bahagian bawah boleh memuatkan dua jenis shawl dan ada 5 ruang. Manakala di bahagian atasnya, boleh guna untuk sangkut bawal yang ringan, juga ada 5 ruangan.

Kawasan menggantung tudung juga akan kelihatan lebih kemas dan mudah untuk dicapai kerana penghujungnya tidak bertutup. Mudah kan?

5. Pemegang dan Penyangkut Kayu Natural Beech Wood Untuk Shawl dan Tie - 24 Shawls



Penyangkut yang dapat memuatkan 24 shawls ini agak rare tapi bunyinya macam menarikkan? Nak tahu sebab apa? Sebabnya penyangkut ni hujungnya ditutup dan possibility untuk shawl korang menyelungsur ke bawah adalah rendah. Boleh apply pada korang yang banyak sangat koleksi shawl. Berbagai jenis kain, material, warna dan design. So, boleh lah try this kind of organizer untuk memastikan bahawa mudah bagi korang untuk memilih tudung apa yang korang ada.

Bagi aku, dengan penyangkut yang terang-terang tunjuk shawl yang kita ada ni akan mengurangkan possibility kita untuk beli baru. Iyalah, kadang-kadang kita beli baru sebab kita lupa yang kita dah ada tudung warna sekian-sekian sebenarnya. Haha. It's soo me lah.

6. Penyangkut Klip Pelbagai Fungsi dan Variasi



Penyangkut Klip bukan saja applicable untuk shawl dan tudung bawal malah boleh diguna pakai untuk gantung tie dan juga stokin. Bagi aku kurang sesuai untuk gantung tudung yang banyak sebab risau klipnya tak kuat untuk menampung tudung yang banyak. Kalau untuk tie, bagi aku it's applicable.

See! Mudah kan bila kita dah ada scarf organizer sendiri. Tak perlu biar tudung dan shawl tu terperosok dalam rak atau almari dalam keadaan digulung-gulung dan kadang-kadang tu siap berhabuk sebab terjatuh di bahagian belakang almari sebab ruang tudung sesak sangat.

Semoga dapat membantu sedikit sebanyak! Kongsi jika bermanfaat guys. Terima kasih.



  Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)