4 Bahan Mudah Buat Nota Belajar Efektif - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

4 Bahan Mudah Buat Nota Belajar Efektif

Sejujurnya kebanyakan pelajar sering mengeluh yang banyak kerja sekolah perlu diselesaikan, banyak latihan perlu dibuat dan banyak juga nota yang perlu salin sampaikan rasa penat yang teramat ditambah lagi dengan kegiatan kokurikulum sekolah. Tak dinafikan, aku juga macam tu sejak sekolah sampailah ke zaman universiti. Ala, mana ada belajar yang tak susah. Nama pun belajar. Banyak perkara baru kita belajar dalam hidup ni.

Cara best tak nak bagi student bosan dengan cara buat nota yang sama je, metod yang sama je, why not kita ubah bahan tulis nota dengan benda-benda yang attaracting sikit. Contohnya, kita gunakan 4 bahan menarik seperti di bawah! Sure lepas ni hari-hari ada mood nak tulis nota dan siap tampal di dinding keliling bilik tidur.


Kenapa student perlu buat nota dengan highlighter dan pen marker ni? Ini kerana warnanya yang lebih menarik dan sweet! Pelajar tak mudah rasa bosan dengan warna #pastellove ni dan yang bestnya highlighter ni mini pack, mudah sangat korang nak bawa ke mana-mana sambil baca buku, sambil take note perkara penting. Jangan risaulah! Sebab dakwat highlighter ni guna air dan tak berbau pun.

Bukan sekadar mudah nak bawa ke mana-mana, masa belajar dalam kelas pun pelajar boleh take note perkara penting cikgu terangkan di depan, dan boleh guna supaya mata mudah capture mana topik dan mana sub topik. Dah lah comel sebab ada 6 warna pastel (Turquoise, Pet Mint, Peach Creamy, Pink Blush, Milky Yellow & Lilac Haze), nak belajar pun best, mood nak belajar tu lagilah sentiasa on. Menarik kan!


Stabilo Point 88 Fineliner (Pastel Colour) ni salah satu favourite tools aku masa buat nota-nota setiap kali lepas habis kelas dan buat ulangkaji. Bukan apa, kita ni tak ada banyak masa untuk belajar kan? Jadi, kita gunakan kesempatan yang ada untuk buat nota sehabis baik. So, sebab tu fineliner ni memang sangat membantu.

Produk ni senang sangat nak dapat di mana-mana kedai buku tapi mostly warna di kedai buku yang aku perasan warna gelap dan warna yang biasa sangat. Ini rare tau. Sebabnya sekali lagi ianya warna pastel guys! Fineliner Point 88 ni sesuai untuk menulis lukisan dan membuat lakaran dengan lebar baris 0.4 milimeter dan dakwat berasaskan air menjadikan fineliner ni pilihan yang popular untuk artis dan kanak-kanak.

Tapi, aku lebih suka beli 20 pcs terus sebab boleh guna banyak warna. Stabilo pun bijak, diorang bukan saja offer Stabilo Fineliner 8 pcs, malah Stabilo Fineliner 20 pcs pun ada juga.





Ada pen yang cantik, ada highlighter yang menarik, tapi tak ada buku yang baik dan susunan yang menarik. Tak berguna rasanya. Kalini aku kenalkan dengan korang buku yang korang boleh buat untuk macam-macam perkara. Nak buat to do list boleh, nak take note dalam kelas boleh, nak tulis diary boleh, nak melukis pun boleh. Buku ni serba boleh. Untuk pelajar, buku ni amat membantu korang.

Aku suka buku yang dah ada tools yang memudahkan aku dulu sebagai seorang pelajar. Masa belajar dulu banyak homework kena buat, banyak benda kena ingat dan banyak yang yang perlu buat tapi selalu terpula. So, this is the best book that can help you guys! Buku ni boleh lah aku katakan sebagai pemudah cara dan bantu kita susun jadual harian kita baik-baik, masa belajar lebih tersusun dan tak kelam kabut.


Seronok bila tengok buku nota, buku teks dan buku rujukan kita penuh dengan warna-warna menarik, banyak tulis nota sampingan dan banyak sticky notes ni. Rasa macam budak bijak je. Seriously! haha Alaa, banyak je sticky notes kat kedai-kedai buku berhampiran korang, so makesure pastikan korang beli yang jimat dan berbaloi, supaya boleh dapat guna lama sikit. Kan banyak nak tulis nota penting dalam buku tu.

Yang penting biar pandai betul, jangan acah-acah pandai okay students!



Sumber : Google

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)