10 Tip Berjimat Dengan PTPTN Buat Mahasiswa - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

10 Tip Berjimat Dengan PTPTN Buat Mahasiswa

Hujung bulan terasa sesak? Poket yang kembung mula susut? Kewangan dah bocor? Kebanyakan pelajar akan mula rasa poket kering bila tiba waktu hujung semester, bila waktu-waktu study week atau peperiksaan bermula. Eh, aku tak nafikan. Sebabnya aku pun alami situasi yang sama macam korang.

Kalau awal semester bukan main berduit, makan pun hari-hari nampak cafe tak nampak nasi bungkus dah, hari-hari jalan sana sini lepas kelas, lupa yang minyak tu mahal. Hari-hari asyik keluar makan dengan gewe, bawa beli barang itu ini. Opss, tak tuju pada sesiapa guys.


Aku dulu banyak berhabis atas sebab makanan dan barang kelas saja. Jarang sangat nak membeli itu ini sangat. Ehhhh, beli juga haha. Beli baju, kasut dan tudung. Normal habit perempuan bila ada karnival. Tapi itu bukanlah tujuan asal artikel ni. Aku cuma nak kongsi perancangan kewangan yang aku buat masa belajar dulu.

Tapi, diingatkan bahawa perancangan ini mungkin sesuai untuk aku, tapi mungkin juga korang boleh ambil sebagai input untuk menguruskan kewangan korang masa belajar nanti. Perancangan dan tips berjimat ni adalah mengikut sumber kewangan yang aku dapat masa belajar dulu iaitu melalui PTPTN saja. Tiada sumber lain sebab aku tak bekerja masa belajar Diploma dulu.

Disebabkan aku rasa aku perlu berkongsi dengan semua, maka terhasillah perkongsian Tips Geli-Geli Saving Duit Masa Belajar (Asas). Perkongsian yang ini famous dalam kalangan mahasiswa yang baru melangkah ke alam universiti. Then, bila dah agak stabil tu barulah lah baca perkongsi Tips Saving Duit PTPTN tau guys. In Shaa Allah applicable hihi.

1. Tahu dan sedar sumber pendapatan masa belajar
Masa mula belajar korang kena tahulah korang nak teruskan 6 bulan semester baru di universiti guna duit apa dan sumbernya dari mana. Kalau guna sumbangan PaMa, terpulanglah. Kalau guna PTPTN, korang kena buat perancangan. Bukan apa, student ni sejenis boros tau, cari duit tak pandai, habiskan duit ni kepandaian yang semua perlu ada. Bezanya habis ke arah mana itu yang beza.

2. Zahirkan perancangan awal semester & buat kira-kira
Bila korang dah tahu sepanjang Diploma korang akan dapat dalam anggaran RM15,000. Buat kira-kira sendiri. Tolak WPP (Jika korang ambil), baki wang korang hanya RM13,500. Sebulan dalam RM2,250. Tolak yuran dalam RM700 satu semester, berbaki RM1,550 untuk digunakan selama 5 bulan.

3. Bahagi mengikut keperluan bahagian masing-masing
Korang perlu tahu bahawa sebulan korang perlu bajet supaya perbelanjaan tidak melebihi RM310 sebulan. Atau lebih mudah begini, ada baki RM1,550 tolak duit buku lebih kurang RM200. Kalau ada senior nak jual buku, beli je daripada senior atau boleh je fotostat dengan kawan-kawan. Tolak duit transport, anggaran RM40 sebulan (jika naik motor atau naik pengangkutan awam). Maka, baki selebihnya adalah untuk korang buat belanja makan.

Baki wang makan = RM1,550 - RM200 (Buku) - RM200 (Pengangkutan)
                              = RM1,150/5 bulan
                              = RM230

Macam aku dulu ada elaun makan. Sebulan dapat RM120. Jadi jumlah duit dalam tangan buat belanja makan sebulan adalah RM350. Ini bajet perbelanjaan aku, kalau korang mungkin keperluan juga berbeza.

4. Kawal punca perbelanjaan paling 'licin'
Masa aku belajar dulu, perbelanjaan aku paling licin adalah bila part kolej buat karnival atau sambutan apa-apa di dewan atau kolej-kolej dan juga part shopping barang keperluan di pekan untuk sebulan. Part ni memang akan terdapat sikit kebocoran aliran tunai tu. So, apa aku buat adalah bawa duit cukup-cukup je. Jangan lebih. Biasanya kalau masa karnival, aku akan shopping baju atau tudung. Okay, ni biasa lah. Perempuan kan. Tak cukup-cukup koleksi tudung dia padahal nak runtuh dah almari dia tu. haha

5. Withdraw duit perbelanjaan bulanan
Tips kalini sumbangan dari pelajar lain yang bagus dalam menguruskan kewangan juga. Katanya, withdraw duit perbelanjaan siap-siap. Kiranya kalau bulanan tu bajetnya RM350. Keluarkanlah dalam RM300 untuk elakkan bayar caj bank tiap kali keluar duit kalau guna MEPS dan elak membazir duit transport semata-mata nak keluar duit saja. Tapi berlainan bagi aku, aku tak keluarkan banyak. Aku jenis takut pegang duit banyak-banyak. Biarlah duit tu duduk dalam akaun tu. Sebab tu orang faham aku ni cashless.

Cuma bila perlu duit tu lah yang susahnya. Masa tu pula tak biasa online transfer ni. haha. So, terpaksa pinjam duit kawan dulu, balik kolej kediaman baru bayar balik lepas keluar kan duit dari ATM masa balik makan tengahari.

6. Menabung
Kenapa kena jimat dalam berbelanja? Sebab korang ada peluang untuk menabung setiap duit baki yang korang ada. Kalau perlu asing, asingkanlah tabung syiling dan tabung biru. Setiap duit yang berlebihan terus masuk tabung tu. Kalau boleh masuklah tabung yang tak boleh buka langsung, yang kuncinya pun korang dah lupa letak mana. Takut jadi pencuri pula hujung-hujung bulan haha. Teringat aku dulu, buat tabung masuk botol air kosong 1 liter tu. Paling tak tahan botol macam tu juga buat simpanan duit kutu dengan kawan sebilik. End up semua nak pakai duit haha. Kesian botol tu kena tebuk.

7. Ada wang kecemasan
Korang kena patuh dan ikut dengan semua perancangan bajet yang korang dah rancangkan. Belanja mengikut bajet & tak terlebih bajet. Bukan apa, at least masa korang berbelanja tak lebih bajet, ada duit extra tu korang boleh simpan untuk kecemasan. Mana tahu, bila desperate perlukan duit, dalam bilik masih ada baki-baki duit yang pernah korang tak habis guna. So, masa ni lah gunanya.

8. Simpan resit dan buat kira-kira setiap kali berbelanja
Tak boros bermaksud berbelanja ikut keperluan. Dan jangan lupa kumpul semua resit untuk setiap pembayaran termasuklah fotostat kertas kerja RM0.50 sekalipun. Simpan! Dulu aku siap simpan resit keluar duit dari ATM nak tengok match ke tak dengan baki. Hei, siapalah yang tak care pasal duit poket sendiri. Gitew.

9. Bersedekah
Okay, pernah dengar tak orang selalu cakap,"Bersedekah tak akan buat kita miskin. Dengan bersedekahlah kita akan jadi kaya." Bagi aku terma kaya tu merujuk pada kaya jiwa dan bukan kaya harta semata-mata. So, kalau nak sedekah boleh sedekah at least RM1 di tabung-tabung di masjid. Kalau tak mampu pun, at least RM1 setiap hari Jumaat. Sebulan baru RM5 kan.

10. Bekerja part time untuk cari duit sampingan
Tips ini aku tak buat masa study dulu, sebab tu lah sumber pendapatan aku masa study dulu cuma melalui PTPTN saja. Tapi bagi korang yang ada pengetahuan dan kemahiran, korang boleh jana pendapatan melalui Home Tuition (Aku masih mencari part time tutor untuk job sekitar Selangor), ambil upah repair komputer, bekerja part time di kedai makan, juruwang di mini mart dan sebagainya.

Dan satu bonus untuk korang, bila korang dapat gaji kerja part time korang tu atau apa-apa kerja, pastikan duit itu 100% dimasukkan ke dalam tabung simpanan korang. Jangan cukai satu sen pun. Lagi cun kalau tabung simpanan korang tu adalah satu bank yang jarang digunakan contohnya Tabung Haji. Bukan saja selamat disimpan, Tabung Haji pun bagi dividen 6.25% . Best kan.


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)