Kata Keramat "Everything's Gonna Be Okay!" Untuk Pelajar - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Kata Keramat "Everything's Gonna Be Okay!" Untuk Pelajar

Kata Keramat "Everything's Gonna Be Okay!" Untuk Pelajar | Semua pelajar aku datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dari keluarga orang susah, ada yang dari keluarga ada-ada, ada yang ibu bapa pensyarah, businessman dan ada juga ibu bapa bekerja sebagai pengarah urusan sebuah syarikat besar. Dari keluarga biasa hingga keluarga ada-ada, bagi aku itu hanya latar belakang sesebuah keluarga. Itu bukanlah penentu asas kejayaan seorang pelajar. Tapi itu mampu jadi satu asbab yang mencorak kejayaan seseorang anak.

Keluarga orang terdekat dengan setiap pelajar. Bagaimana jalan hidupnya dibentuk? Melalui keluarga yang terdekat. Keluarga yang membesar bersama dengannya.

Bagaimana coraknya? Lihat acuannya.

Bagaimana bentuknya? Lihat coraknya.

Bagaimana hasilnya? Lihat bentuknya.

Begitu juga pelajar. Dia seorang anak. Membesar dengan ibu bapa. Bagaimana ibu bapa mengacu bentuk anaknya, begitulah hasil didikan pada anaknya. Perkongsian aku kalini lebih pada pelajar yang ada-ada saja, ibu bapa yang kurang memantau keadaan perkembangan anaknya dan aku boleh kata dia lebih banyak hidup dengan orang gajinya dan sentiasa dihalang bila mahu keluar bersama kawan-kawannya.


Selepas habis kelas home tuition haritu, aku saja lah berborak dengan pelajar akaun tu, tahun ni dia Tingkatan 5. Asalnya nak berborak 10 - 15 minit saja memandangkan aku pun ada kelas lagi di Denai Alam dalam satu jam lepas kelas dengan Bella (bukan nama sebenar). Sembang punya sembang dekat setengah jam juga dia meluahkan rasa hati yang terpendam tu. hihi. Cikgu pun tepuk dahi tapi tak apa lah, semoga dengan cara ni dia dapat lepaskan apa yang terbuku dalam hati yang tak ada siapa nak dengar termasuk ibu bapa dia.

Secara jujurnya, bagi aku tugas guru atau tutor di rumah sebenarnya bukan setakat mengajar ilmu akademik tapi juga bantu dia dalam ilmu bukan akademik. Contohnya, bagi dia nasihat, motivasi dan kata-kata semangat.

Kalau kita pun bila stress dengan kerja, kecewa dengan hidup ke kita sure akan rasa serba tak kena, silap-silap boleh depression, boleh jadi gila taw kalau tak mampu kawal emosi tu dengan baik. Ini kita, yang dah boleh berfikir dengan matang. Diorang? Budak-budak lagi.. Belum hadap kehidupan luar lagi. 

Baiklah. Aku ringkaskan ceritanya. Soalan yang aku ajukan haritu, "Macamana kelas dengan saya so far. Dah masuk 10 bulan dah ni kan." Dia punya jawapan tu dah rupa tazkirah guys haha. Cuma aku pendekkan cerita, dia rasa sebelum ni dia akan selamanya bodoh dan takkan boleh faham apa yang cikgu sekolah ajar when it comes to calculation. See? Sampai begitu sekali dia anggap diri dia hanya kerana gagal subjek akaun dan matematik tambahan masa Tingkatan 4. hihi.

Kadang-kadang bukan sebab tak faham subjek kira-kira pun, tapi sebab 5 hal ni :

1. Penat dengan kepadatan jadual
Bila jadual harian terlalu padat dengan kelas dan kelas tambahan (Baca : pelajar dah drop kokurikulum) dan kelas tuisyen pagi, petang, siang dan malam. Maka, jadual yang padat membuatkan dia kurang masa untuk membuat ulangkaji sendiri dan buat latihan berulang-kali  untuk subjek pengiraan. Ini analogi aku saja. Ianya berdasarkan kebanyakan pelajar yang curhat pada aku. See? Aku pun dah boleh jadi kaunselor dah ni kan? hihi

2. Tekanan tanpa henti
Tekanan dari ibu bapa yang paling memberi kesan pada pelajar. Aku ada bagitahu kan keluarga, ibu bapa adalah orang paling dekat dengan pelajar. Bagaimana ibu bapa, begitulah anak-anak. Kalau nak anak-anak belajar dan dapatkan apa yang ibu bapa mahukan. Bukan dengan cara memaksa dan beri tekanan. Tapi sentiasa beri dorongan dan sokongan pada anak-anak. Bukankah lebih mudah perjalanan untuk mencapai kejayaan tu. It's alright. Everything's gonna be okay, dear..

3. Tiada masa untuk diri sendiri
Bila tiap kali nak berehat je, teringat kerja sekolah yang menimbun. Bila nak buat kerja sekolah je, mata dah mula nak terkatup. Di sini, aku cuma boleh nasihatkan untuk belajar mengurus masa dengan sebaiknya. Kakak dulu masa dah kerja, kakak sambung belajar, berniaga dan mengajar anak-anak bangsa separuh masa juga.. Eh bukan nak membandingkan.. Cuma nak bagitahu, belajarlah urus masa seawal masa sekolah lagi. Dah sambung belajar nanti senang, boleh dapat dekan setiap semester. Gitew.

4. Tak pasti masa depan yang ingin diceburi
Aku akan pesan berulang kali, "Awak buat je yang terbaik dalam SPM awak ni. In shaa Allah akan ada rezeki yang terbaik akan menanti awak nanti." Tak perlu pening dan tertekan. Follow the flow and everything's gonna be okay.

5. Tiada masa bersosial
Aku dulu pun bukan jenis selalu hangout dengan kawan-kawan. Asal nak keluar je, mak tak bagi. Asal nak jalan-jalan sebulan sekali pun, tak bagi. Memang mak aku kurang benarkan. Kalau dalam 10 orang kawan, cuma 9 orang je yang selalu keluar bersama. Dan selalu kena tinggal tu aku. Tapi aku terima dengan lapang dada walaupun asalnya aku memberontak.

Nak tahu tak kenapa? Sebab aku tahu ini cara terbaik mak ayah didik aku. Diorang jaga aku baik-baik masa sekolah sebab aku belum matang untuk fikir baik buruk jika bersosial. Dan aku dengan lapang dada terima je. Buat apa nak keluar kalau dekat sekolah dah muka tu je kita jumpa. Ibu bapa kita tu tahu bila masa kita boleh fikir matang, baru dia lepaskan. Nanti kalau awak dah masuk universiti nanti, awak akan jauh dari keluarga. Masa tu awak belajar lah hidup sendiri. Masa tu mak ayah awk tak halang awak dah, sebabnya diorang yakin yang awak dah boleh fikir dengan matang!



Dan sampai ke harini pun pelajar aku akan ingat, "Everything's gonna be okay."

Gila keramat ayat ni taw. Memang power. Korang try lah apply kat student korang yang lemah semangat, lemah motivasi tu. hihi

Dan alhamdulillah. Keputusan ujian tahun ni memberangsangkan dan macam biasa reaksi mak ayah dia macam biasa saja, like nothing happen. Tapi, reaksi tu seolah-olah berbunyi seperti, "Haa, kan mama dah cakap. Akaun tu bukan susah mana pun. Kena faham konsep lah. Tak faham konsep, tu yang hang asyik-asyik gagal je." Pftttt.

Kadang-kadang kesian dengan pelajar yang bila dah dapat keputusan yang agak cemerlang tapi ibu bapa react like nothing happen. Bagi aku, sekurang-kurangnya tunjukkan sedikit rasa gembira dan bahagiakan anak yang bersusah-payah nak banggakan ibu bapa. Tapi, aku tak salahkan parents sebegitu okay. Sebabnya, ada sebab diorang buat macam tu. Macam taknak tunjuk yang itu dah terbaik. Dorang nak lagi terbaik daripada anak-anak. Am I right?

Kesimpulannya, bagi aku sebagai seorang tutor, tak perlulah kita nak ambil alih kerja cikgu sekolah, tapi jadilah tutor yang membantu pelajar dari aspek lain. Sebab tu kalau kita putuskan untuk jadi tutor, kita kena bersedia untuk jadi kawan-kawan pada pelajar dan kalau boleh jadi kakak atau abang pun boleh. Bukan apa, keserasian tu sangat penting dalam menyampaikan ilmu, bukan?


Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)