Syoknya Jana Income Dengan MyfAd ! - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Syoknya Jana Income Dengan MyfAd !

Syoknya Jana Income Dengan MyfAd | Tentu ramai dalam kalangan readers aku masih lagi mencari-cari kerja part time yang dapat menambah pendapatan sampingan betul? Jadi aku dengan rasa tanggungjawab nak kongsi dengan korang macamana nak tambah pendapatan sampingan yang cukup mudah. Aku yakin korang memang kaki facebook kan? Kalau yaa, korang lah yang aku cari. Korang rasa sia-sia tak guna facebook hari-hari tapi tak dapat income?

Mesti rasa tak syok kan. Asyik kita je kasi MakKebeg duit. Apa kata kali ni surirumah yang selalu share resipi masakan tu, student yang selalu share video study atau apa-apa post menarik tu, korang pula merasa dapat duit. Baru berbaloi-baloi! Haa, amacam? Syok tak? Syok kan? kan? kan?


Rugi rasanya andai kata aku tak kongsikan peluang mudah buat duit ni dengan semua pembaca blog aku. Maka, harini aku nak kongsikan Cara Buat Duit Dengan MyfAd. Tapi, sebelum tu, apakah myfAd yang sebenarnya?


MyfAd
MyfAd ni sebenarnya satu syarikat pengiklanan yang mempromosikan iklan penjualan barang, servis atau sebarang bentuk iklan di Facebook dengan cara mengviralkan sesebuah post tersebut. Apa yang penting, kaedahnya totally jauh berbeza dengan FB Ads yang gila sedut duit guys.

Ada 3 cara untuk menjana pendapatan dengan MyfAd adalah :
  • Subscriber (Yang menjana pendapatan dari setiap post yang dikongsikan di Facebook)
  • Merchant (Pelanggan yang menggunakan khidmat MyfAd untuk promosikan iklan barang atau servis tanpa perlu buat iklan berbayar di FB Ads tapi tak dapat seperti apa yang dimahukan)
  • Affiliate (Para blogger menjana pendapatan melalui setiap per klik link di blognya)

Apakah Tugas Subscriber?
Tugas Subscriber amat mudah. Hanya log in di page myfAd. Dan mulakan share iklan atau post yang korang nak share. So, setiap kali korang kongsikan post, setiap klik itu akan dibayar. Baiklah aku terangkan sedikit tentang jenis-jenis iklan yang korang boleh pilih untuk kongsikan dengan sahabat Facebook korang.

Nampak bahagian screenshot di bawah?

Itu adalah jenis-jenis post iklan yang boleh dipilih.

Selected shares (biru) : Subscriber terpilih saja akan terima jemputan perkongsian mengikut ciri-ciri, umur korang yang sesuai dengan post iklan tu.

Charity shares (hijau) : Biasanya ini iklan pemasaran yang diiklankan oleh myfAd sendiri. Satu share selama 7 hari tanpa skip melayakkan korang untuk dapat RM2 untuk setiap post iklan.

Open shares (kuning) : Kalau ada boleh kongsikan. Setiap iklan ada hadnya. Sekiranya target share dah cecah 100 share, maka iklan tersebut dah tak boleh share. So, ini bermaksud siapa cepat dia dapat. Iklan macam ni banyak. Satu post satu share untuk RM0.10.

Open contests (merah) : Kongsi dan Menang! Subscriber boleh kongsikan post iklan yang ada di situ sebanyak mana yang korang nak kongsikan tapi limit 1 hari 1 share. Untuk setiap contest, korang akan dapat RM5 sekiranya bertuah dan menang contest tersebut. Iklan contest tu akan luput bila tamat tempohnya dan akan diganti dengan post iklan contest yang baru.


Boleh Percaya Ke myfAd Ni?
Boleh percaya sangat. Sebabnya myfAd ni diasaskan oleh orang Malaysia juga. Paling best foundernya adalah Professor di UTM kerjasama dengan CAIRO UTM. Best kan bila ada sistem buat duit macam ni bawah pegangan orang Melayu sendiri.

Siapa Patut Jana Income Dengan myfAd?
  • Suri rumah tangga yang banyak waktu lapang boleh share post iklan di FB sementara tunggu anak balik sekolah ke, tunggu ayam goreng yang tengah masak ke atau tengah tunggu suami balik makan tengahari ke.
  • Pelajar sekolah yang memang kaki FB dan suka main game. Selain main game, apa kata buat sesuatu yang menjana pendapatan di samping suka menghabiskan masa dengan FB tu.
  • Pelajar universiti yang tengah cuti semester atau ada kelapangan pada hari minggu, boleh share di masa-masa lapang.
  • Pekerja yang ada masa lapang di hari minggu boleh berkongsi iklan bila habis waktu bekerja ke.
  • Mereka yang betul serius nak tambah pendapatan sampingan tanpa perlu berjalan kaki ke kedai dan tanpa perlu habiskan minyak petrol untuk naik kereta. Hanya perlu sedikit data internet untuk buka FB.

Bagaimana Proses Terima Komisen?
Ada juga persoalan macamana myfAd ni buat kerja pemasaran bagi pihak Merchant dan macamana subscriber boleh jana income dari proses itu?

Baik. Macam ni korang. Katakan ada seorang Merchant nak iklankan barang, servis atau apa jua produknya di FB. Kalau dia share sendiri  mungkin share yang dia dapat hanya sedikit, kurang efisyen dan tak viral. Kalau nak guna FB Ads, lebih banyak duit perlu dilabur tapi end up apa pun tak dapat, like dan share yang dia nak tak capai target langsung. Tak organic search pun kan. Tah ke mana-mana FB viralkan. Ada yang ke Bangaladesh, Nigeria, Italy lah. Merepek betul.

So, bagi menggantikan FB Ads, Merchant yang seorang ni akan bayar pada myfAd sejumlah wang untuk sejumlah share. Jadi, iklan yang dipost oleh Merchant, myfAd akan pilih dalam kalangan Subscriber myfAd yang sesuai mengikut jantina, umur, kawasan dan kecenderungan subscriber ke arah iklan Merchant itu tadi. Sekiranya sesuai, myfAd akan hantar iklan tersebut pada subscriber tersebut. Once subscriber setuju dan dah share, komisyen akan dibayar ke dalam e-wallet akaun subscriber. Minimum RM5 diperlukan kalau nak cash out.

"Leh, senang jee.."  Haa, memang lah senang kan?

So, apa tunggu lagi. Jom daftar sebagai Subscriber myfAd. Jangan buang masa. Kongsikan post iklan di FB dan jana income. Menarik kan?

Untuk setiap post iklan, korang akan dapat jana income dari RM0.10 hingga RM5 setiap klik. Bagi charity shares pula, kongsi dalam 7 hari berturut-turut untuk 1 iklan tu korang akan dapat jana RM2 untuk satu post iklan. Jika ada 10 iklan, bermakna korang akan dapat RM10. Senang kan?

Nak lagi senang? Ajak kawan-kawan mendaftar sebagai Subscriber myfAd je. Dah dapat RM5 untuk setiap orang. Mudah kan? Eh, tapi macamana nak daftar dulu sebagai Subscriber myfAd ni?

Cara Daftar Subscriber myfAd
2. Klik Register Me
3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Pastikan korang ada facebook dan gunakan facebook korang yang aktif tau.
4. Klik Submit
5. Tunggu verification link di email yang aktif. Aktifkan link tersebut dan korang dah sah sebagai Subscriber myfAd.

Tapi kalau kurang faham juga boleh baca Cara Lengkap Daftar Subscriber myfAd di sini.


So, saranan aku korang jangan buang masa lagi. Jom daftar Subscribe myfAd dan jana income sebanyak yang mungkin. Dan korang boleh ajak kawan-kawan korang mendaftar juga. Bukan saja korang menambah nilai hidup korang tetapi juga menambah nilai hidup kawan-kawan FB korang.

Untuk yang agak blur macamana nak daftar sebagai Subscriber, Merchant atau Affiliate, boleh baca artikel di bawah untuk lebih faham.


Baca artikel lain :


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)