Nak Fokus Tuisyen Atau Kokurikulum ? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nak Fokus Tuisyen Atau Kokurikulum ?

Fokus Tuisyen Atau Kokurikulum | Isu nak lebih fokus pada tuisyen atau pada bidang kokurikulum ni rasanya macam tak perlu nak diperbesarkan kot kan. Kalau sebelum ni ramai orang bincang isu nak fokus mengajar tuisyen atau fokus pada kokurikulum di sekolah dari sudut pandangan seorang guru. Tapi, hari ni aku nak kongsi isu yang sama tapi dari sudut pandangan seorang pelajar sekolah.

Aku yakin kawan-kawan guru dan tutor di luar sana pun ada mengalami situasi yang sama samada di pusat tuisyen mahupun home tuition. Tak dinafikan ramai student yang berhenti dari pusat tuisyen bukan kerana tukar pusat tuisyen tapi sebab rutin harian yang padat ditambah dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Aku juga ada dalam 5 orang pelajar, semua isu yang sama.


Sebenarnya, memang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing jika pilih untuk fokus dalam tuisyen ataupun bidang kokurikulum. Di sini aku kongsikan bagaimana untuk fokus dalam dua hal ni tanpa perlu let go salah satu pun.

Andai katalah pelajar hanya fokus terus dengan kelas tuisyen, kita tak boleh nafikan bahawa kegiatan kokurikulum amat membantu pelajar dari segi bukan akademik contohnya, ia membantu dalam kemahiran komunikasi, networking, kerja dalam kumpulan, bagaimana membuat sesebuah keputusan besar dalam sesuatu tugasan, bagaimana bertanggungjawab atas setiap perbuatan, ajar pelajar erti disiplin, komitmen, teamwork dan banyak lagi elmu baru yang tak diajar dalam subjek akademik.


Bagaimana melatih anak biasa dengan kokurikulum dan tidak meninggalkan tuisyen?

1. Aware dengan jadual waktu kelas, kokurikulum dan kelas tuisyen
Ramai yang jadikan alasan jadual kokurikulum di sekolah membuatkan dia terpaksa mengabaikan kelas tuisyen dan akhirnya memutuskan untuk berhenti tuisyen. Satu keputusan yang kurang bijak bagi aku. Aku tak kata tinggalkan kokurikulum adalah baik, malah jika pelajar menyertai kegiatan kokurikulum memang aku amat galakkan. Jika tahu jadual harian agak pack, so pelajar perlulah aware dengan jadual waktu sekolah, kokurikulum dan tuisyen supaya dapat menggunakan masa yang ada dengan berkualiti.

2. Bahagikan masa
Disiplin dalam pengurusan masa sangat penting, lagi-lagi bagi pelajar yang sangat aktif dengan kegiatan kokurikul sekolah hingga jadi wakil sekolah. Diorang pun ada yang sampai sanggup tak masuk kelas dek jadi wakil sekolah, wakil negeri dan sebagainya kan? Jadi, macamana pelajar nak cover balik topik yang dah tertinggal? Selain belajar sendiri, dengan mengambil tuisyen in shaa Allah dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik-topik yang tertinggal. Jadi, ajarlah anak-anak anda bijak membahagikan masa sebaiknya.

3. Gunakan masa terluang dengan sebaiknya
Dengan masa yang agak padat, aku yakin masa lapang pelajar pun terhad kan?

So, gunakanlah masa-masa yang ada tu untuk diisi dengan perkara yang bermanfaat. Contohnya, habiskan masa bersama keluarga, siapkan kerja rumah atau kerja kursus yang menimbun, berehat di rumah atau belajar masak. hihi

4. Dapatkan tidur yang cukup
Setiap hari selepas waktu sekolah ditambah dengan kegiatan kokurikulum hingga lewat petang. Kemudian, ditambah lagi dengan kelas tuisyen. Manfaatkan masa yang tinggal setiap hari untuk menyiapkan kerja sekolah dan tidurlah seawal mungkin. Kurangkan main gadget seperti telefon dan bermain game.

Bagi aku, seandainya pelajar itu di tahun akhir atau bakal mengambil peperiksaan besar, lebih baik kurangkan penglibatan dalam kokurikulum. Maka, pelajar akan ada lebih masa untuk mengulangkaji pelajaran dan boleh ambil kelas tuisyen untuk buat revision topik-topik tahun-tahun lepas. Aku yakin, cikgu sekolah aware pasal ni kan. Cuma agak terkilan bila ada pelajar yang terlibat lagi dengan kokurikulum atas arahan guru sekolah juga sedangkan lagi 2 bulan nak peperiksaan SPM.


Aku ada juga bagi nasihat untuk drop kokurikulum tu tapi diri pelajar tu sendiri pun willing untuk join. Jadi, aku pun tak boleh nak buat apa. Aku hanya laksanakan tugas aku sebagai Tuition Tutor dan buat yang terbaik untuk semua student aku. Semoga diorang dapat buat yang terbaik masa SPM nanti. Ada peningkatan dari ujian sebelum-sebelum ni pun dah cukup baik.

Ini bukan untuk aku. Tapi demi masa depan diorang. Kalau diorang sendiri tak usaha, siapa lagi akan bantu? Betul tak?


Baca artikel lain :


1 comment:

  1. dedua penting and time management kena betul. tapi penat la cuma koko n tuisyen ada hari2 tertentu kan.. pahit manis student =D

    ReplyDelete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)