Meriahkan Wedding Dengan Baju Elegan Dari ColorBlast - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Meriahkan Wedding Dengan Baju Elegan Dari ColorBlast

Terkejut Dengan Harga Baju Kurung Murah Dari ColorBlast | Pening nak cari mana baju kurung yang cantik lepas tu murah? Haa, inilah yang aku hadapi dari sebulan lepas. Sebabnya weekend baru ni best friend aku kahwin. Syahira namanya. Kawan sejak zaman sekolah lagi, dan dia BFF aku yang kedua kahwin lepas wedding Ain. So, konon-konon macam nak cari baju bridesmaid lah kan. Disebabkan aku ni bukan seketul manusia yang suka mencari baju kurung kalau tak ada event, so baju kurung aku yang baru adalah tiap kali ada wedding kawan-kawan aku dengan hari raya je. haha.

Selebihnya, repeat je lah. Ekau bukan artis pun nak berganti baju banyak-banyak.


Dengan harga yang murah tapi material kain berkualiti, aku rasa berbaloi lah aku beli dengan harga RM50 (0% SST dan tiada caj penghantaran)

The best part is bila dah habis majlis, aku nak beli lagi baju design macam ni cuma warna lain, non hado beb! Dah out of stock. Serius lah dah habis? Cepat nyaa. Ke aku ada tersalah tengok? Tapi dah masuk semua page dah. Non hado gais. Non hado.

Alhamdulillah majlis pun berjalan dengan lancar. Dengan waktu nikahnya dan majlis bersandingnya kami datang. Iyelah, bukan selalu kan kawan yang itu kahwin. "Finally, jumpa dah pemilik tulang rusuk kan kan. Aku doakan semoga ikatan pernikahan yang dibina kekal hingga ke Jannah sambil ditemani anak-anak yang comel dan keletah hendaknya. Amboi, kau. Kemahen ucapan. Sedih tapi aku tumpang bahagia dengan kebahagiaan kawan aku yang seorang ni.. Semoga tabah menghadapi segala dugaan dan cubaan dalam dunia berumah tangga ni okay babe. Untuk Sam, jaga kawan aku baik-baik. Jadi apa-apa kat dia, siap hang noh.."

Sekian corat coret dari kawan kau yang belum naik pelaminan lagi ni. hahahaa.

Aku rasa gambar ni Perfect! Haha



Apa Yang ColorBlast Tawarkan?
ColorBlast tawarkan 3 jenis pattern baju iaitu Kurung Moden, Jubah dan Kebaya dan terdapat dalam 4 saiz iaitu S, M, L dan XL. Design yang ditawarkan di website dorang memang banyak sampai rambang mata nak pilih. Harga murah pula tu, RM50 saja gais. Range harga yang ditawarkan oleh Color Blast dari RM50 hingga RM200 saja. Disebaban ada harga RM50 untuk sepasang baju kurung moden, tu yang target kat sini je dari awal. Cuma tunggu design yang cun keluar sebelum beli.

Haritu aku upload kat Whatsapp status. "Hello gais, kawan baik aku dah kawin harini." Zass.. 2, 3 orang PM aku tanya beli mana baju tu. Cikgu aku sendiri PM tanya pasal baju ni haha. So, aku bagi website Color Blast direct je lah. Senang je gais sebab Iols tak jual pun haha. Iols beli aje.

So, apa kata korang?

Apa Kata Aku?
Honestly kitorang order a week before majlis Syahira. Dah alhamdulillah, dalam 2 hari macam tu dah sampai. Cepat juga. Cuma masa proses payment tu je lah. Aku bayar direct transfer sebab tak ada caj servis. Kalau tak kena caj RM2 kihkih. Berkira tak iolss. So, bila parcel dah sampai iols is excited nak bagi kawan-kawan rasa excited juga sebab baju dah sampai. Dan iols is suka! Material tak jarang pun, design memang cantik, pilihan design datang dalam 3 jenis, kurung moden, kebaya dan jubah. Yang mana ala-ala islamik tu boleh lah ambil jubah. Ukuran pula just nice tak longgar sangat tak ketat sangat. Just follow je ukuran yang dia dah berikan.

Paling best, dalam banyak-banyak warna, warna Army Green pilihan kitorang ni boleh pula sama dengan warna bridesmaid dia masa majlis bersanding. Exactly. Seriously. Beza dia kami ada design bunga-bunga, depa tak ada. Haha. Kebetulan sangat gais, kitorang terkejut betul masa nak masuk pintu. Tup-tup depa kat luar pintu haha. Ahh, bedal lah. Jalan aje. Part lagi cun, warna agak match dengan tema majlis dia. Tapi, tudung aku rasanya paling sama lah. hahah

Nak Dapatkan Baju Bridesmaid Korang?
Kalau korang berminat nak dapatkan baju bridesmaid atau baju raya sedondon korang? Boleh sangat, jangan risau. Tapi kena cepat tau sebab design hot selalunya cepat habis. So, kena update tiap minggu design yang ada. Confirm korang fall in love guys.

Kalau korang berada di Shah Alam, boleh dapatkan juga pieces korang secara offline di alamat :
D-3A-G, Jalan Serai Wangi H, 16/H, Seksyen 16, Alam Avenue, 40200 Shah Alam, Selangor


COLORBLAST
FB Page : ColorBlast Closet

Baca artikel lain :

1 comment:

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)