"Mama, Saya Nak Pergi Tuisyen. Boleh?" - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

"Mama, Saya Nak Pergi Tuisyen. Boleh?"

"Mama, Saya Nak Pergi Tuisyen. Boleh?" | Luluh hati seorang aku walaupun aku bukanlah seseorang yang bergelar ibu lagi tapi rintihan tu betul-betul buat aku rasa terharu. Kecil suaranya. Dia seorang budak kecil dalam lebih kurang umur 9 tahun macam tu. Aku terdengar dia memujuk seorang perempuan muda dalam lingkungan umur aku atau mungkin dalam 28 atau 29 tahun. Ibunya mungkin. Perempuan muda tu geleng kepala, banyak kali. Tanda "Tak boleh, nak..".

Pertanyaan dalam kepala aku pertama kali bila nampak situasi depan mata macam tu, "Kenapa tak?".


Well, aku tak tahu apa masalah yang dihadapi oleh orang tua budak perempuan tu. Apa yang aku nampak, anak dia berulang kali sebut benda sama. "Mama, adik nak pergi tuisyen." Banyak kali. Tandanya dia begitu NAKkan masuk pusat tuisyen.

Persoalan yang berlegar dalam kepala aku masa tu,

Kenapa disekat keinginan anak yang nak belajar?

Di mana sokongan dan dorongan ibu bapa?

Apakah khidmat tuisyen ini dirasakan tidak membawa kebaikan?

Apa alternatif ibu bapa untuk bantu perkembangan pelajaran anak?


Kemudian, aku fikirkan balik persoalan aku.

Ada sebab kenapa perempuan tu geleng kepala tanda tak mahu hantar anaknya ke pusat tuisyen. Aku cuma fikir mungkin dia orang susah, kais pagi makan pagi. Mahu hantar anaknya ke sekolah saja dia perlu sediakan satu jumlah wang yang cukup besar, bayar pula secara ansuran, inikan pula  mahu hantar anak ke pusat tuisyen. Mungkin saja keluarga dia tengah berada dalam situasi kritikal yang memerlukan duit yang banyak atau apa saja lah. Aku cuba husnuzon saja. hihi boleh kan?

Cuma kalau boleh, kalau anak sendiri yang minta dihantar ke pusat tuisyen tandanya ada secebis keinginan dalam diri dia untuk menuntut elmu dan nak belajar. Tunaikanlah. Cuba dulu untuk 2, 3 bulan pertama. Lihat perbezaan prestasinya di dalam peperiksaan di sekolah. Jika ada peningkatan, teruskan bina keinginan anak-anak untuk terus menuntut elmu. Kalau tak mampu hantar ke pusat tuisyen yang berbayar, boleh je hantar di pusat tuisyen rakyat yang percuma atau ada volunteer untuk mengajar di kawasan perumahan.

Aku yakin, ibu bapa mana yang nak tengok anak dia gagal dalam hidup kan?

Ibu bapa mana yang nak anak dia ditindas sepanjang kehidupan dia kerana tidak berilmu, betul tak?


Sekian coretan dari aku, sang newbie.

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)