Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dan Dapat Diskaun 20% - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dan Dapat Diskaun 20%

Bayar Balik Pinjaman PTPTN Dan Dapat Diskaun 20% | Insentif pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN ni sudah diperkenalkan sejak tahun 2017 lagi dan nampaknya insentif ni dilanjutkan sehingga 2018. Alhamdulillah, aku masih ada peluang untuk struggle dapatkan diskaun 20% ni.

Aku sebenarnya sudah mula membayar balik pinjaman PTPTN ni lepas aku mula bekerja pada 2014 dan sejujurnya alam pekerjaan buat aku rasa berdikari, rasa bertanggungjawab atas semua hal yang aku lakukan walaupun masa tu baru 21 tahun. Mungkin terlajak matang kut masa tu walhal kawan-kawan lain semua sibuk nak sambung belajar, tambah lagi hutang lagi kan dan ada yang sibuk nak kahwin. Aku ni pula sibuk nak cari duit. Tapi alhamdulillah aku percaya setiap orang ada rezeki masing-masing kan. Allah atur cantik dah.



Kali ni aku nak kongsikan ada beberapa maklumat penting untuk semua peminjam PTPTN yang masih lagi berhutang. Aku tolak tepi pengumuman terbaru kerajaan baru, artikel kali ni khas untuk mereka yang nak langsaikan hutang cepat tanpa kira gaji kau bawah RM4000 pun haha.

Sejujurnya dari aku mula membayar pinjaman balik PTPTN dari 2014 hingga 2017. Aku tak pernah tahu yang PTPTN ada sediakan insentif macam ni sikit punya baik untuk motivate kita supaya bersungguh-sungguh cari duit dan selesaikan segala hutang piutang yang masih tertangguh. Eh, adakah ini dipanggil motivate? haha. Bagi aku, ya.

Aku rasa dengan cara dia bagi diskaun macam ni akan buat aku rancang segala perbelanjaan aku dengan baik dan terancang dan buat aku bersungguh-sungguh cari duit untuk capai sesuatu yang aku nak. Betul, aku nak sangat langsaikan segala hutang aku sebelum umur 26 tahun dan seterusnya boleh fokus untuk tambah aset.

Contohnya, sebelum ni aku bayar PTPTN di kaunter selama 4 tahun. Di tahun ke 5 baru aku tahu tentang insentif ni, terus aku mulakan bayaran secara Direct Debit. Nak tahu sebab apa? Sebab PTPTN bagi 10% Diskaun kalau bayar menggunakan Direct Debit.

Kalau mengikut perjanjian, bayaran aku sebulan hanyalah RM137.50. Tapi sejak dulu aku dah praktikkan bayar RM150 sebulan. Jadi, alhamdulillah. Sekarang ni hutang aku masih berbaki lebih kurang RM10,000. Dan aku masih ada lagi 5 bulan untuk menggenapkankan baki RM8000 untuk melayakkan aku dapat diskaun 20% ! Semoga masih ada harapan untuk aku lunaskan hutang PTPTN ni dalam tahun ni. Kawan tutor aku juga baru langsaikan hutang PTPTN minggu lepas.

Jom aku kongsikan beberapa Insentif Diskaun yang ditawarkan oleh PTPTN.


1. Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang dalam 1 kali bayaran.

Contohnya, anggaran baki dalam RM10,000. Kau boleh langsaikan RM5,000 dan kau layak untuk dapat RM1,000 sebagai diskaun selepas buat bayaran. Jadi, baki hutang kau masih ada lagi RM4,000.


2. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Di sini aku nak jelaskan dengan terang-terang bahawa diskaun 10% hanya akan diberikan sekiranya pembayaran bagi bulan tersebut dibayar melalui direct debit sahaja. Sebagai contoh, kau tengok gambar pertama yang aku bulatkan dengan warna merah dan hijau.

Item berwarna merah adalah potongan 10% dari jumlah bayaran Direct Debit  yang aku lakukan setiap bulan iaitu RM150. Maka, diskaun yang aku layak dapat adalah RM15.

Manakala, item berwarna hijau adalah pembayaran yang aku lakukan secara perbankan internet sahaja. Bukanlah Direct Debit sebab konon-kononnya aku nak cepat kurangkan jumlah hutang haha. Maka, di sini tiada diskaun diberikan tau.



Item yang aku highlight dengan warna kuning ni bermaksud setiap bulan jumlah ujrah akan bertambah sebanyak RM12.50. Jadi kalau tak bayar pun, ujrah akan tetap bertambah setiap bulan. Sekurang-kurangnya kalau bayar setiap bulan akan mengurangkan jumlah hutang yang akan dikenakan ujrah pada hujung bayaran hutang nanti. Siap dapat diskaun lagi.


3. Diskaun 20% untuk bayaran balik secara lump sum sehingga 31 Disember 2018

Sebagai contoh, baki pinjaman ada lagi RM8,000 sehingga 31 Disember 2018. Untuk melayakkan kau dapat 20% ni, kau kena langsaikan segala hutang pinjaman dan kau hanya perlu bayar RM6,400 saja.

Jumlah hutang : RM8,000
Diskaun diberi : RM8,000 x 20% = RM1,600
Jumlah perlu bayar = RM12,000 - RM1,600 = RM6,400


Jadi, kita semua ada baki 5 bulan lagi untuk mengejar ke arah bayar pinjaman PTPTN secara lump sum. In shaa Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Tak sabarnya nak habiskan bayar hutang. Betullah orang kata, hidup kita akan tenang tanpa fikirkan soal hutang. Jadi, sekarang ni aku masih dalam perjalanan ke arah #BebasHutang #FinancialFreedom


Doakan aku tau!

Terima kasih juga sudi singgah baca. Jangan lupa share untuk maklumat bersama.

Baca artikel lain :


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)