7 Cara Mudah Nak Bayar Balik Pinjaman PTPTN - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

7 Cara Mudah Nak Bayar Balik Pinjaman PTPTN

7 Cara Mudah Nak Bayar Balik Pinjaman PTPTN | Sebelum sambung lagi artikel kalini. Nak tanya ni, dah mula bayar PTPTN ke ni? Kalau belum, much better kalau kau mula bayar sekarang walaupun hanyalah sekecil RM50 sebulan. At least, PTPTN tengok akaun kau aktif dengan pembayaran balik pinjaman tu. 



Kali ni aku nak kongsikan ada beberapa maklumat penting untuk semua peminjam PTPTN yang masih lagi berhutang. Aku tolak tepi pengumuman terbaru kerajaan baru, artikel kali ni khas untuk mereka yang nak langsaikan hutang cepat tanpa kira gaji kau bawah RM4000 pun haha.

7 Cara Mudah Nak Bayar Balik Pinjaman PTPTN

1. KAUNTER PTPTN

Bayaran balik pinjaman boleh dilakukan di mana-mana kaunter PTPTN atau kiosk yang berada berhampiran dengan tempat tinggal atau atau tempat kerja kau. Cara ini sesuai untuk kau yang banyak masa terluang atau boleh pergi masa lunch hour tu. Macam aku dulu waktu lunch hour aku akan naik LRT dari Bangsar ke KL Sentral. Memang agak sesak tapi bila di kaunter PTPTN tak lah sesesak dalam LRT tu. Cara ni paling mudah sebab manual dan terus ke kaunter PTPTN, boleh bayar guna tunai, kad debit ataupun kad kredit. FLEKSIBEL kan?. Kalau kau ada masalah atau ada pertanyaan mengenai PTPTN, kau boleh terus tanya pada pegawai di kaunter tu. Pantas, mudah dan efisyen.

Kebiasaannya sistem akan tutup pada 27 haribulan untuk bulan semasa. Jadi, kalau kau bayar di kaunter pada 26 haribulan, sistem akan update pembayaran kau tu di bulan depannya tau bukan di bulan semasa.


2. KAUNTER EJEN

Kaunter ejen ni maksudnya kau boleh je bayar bayaran balik pinjaman PTPTN di kaunter-kaunter yang sah. Contohnya, Bank Islam (BIMB), Bank Rakyat, Pos Malaysia, CIMB Berhad dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Bank atau ejen di atas merupakan ejen berdaftar yang ada link secara terus dengan PTPTN. Jadi, kalau di kawasan kau tak ada kaunter atau kiosk PTPTN, ada kaunter ejen pun boleh. Jangan risau okay.

Cuma kekurangannya adalah kaunter ejen ni biasanya akan mengambil sedikit caj perkhidmatan dari pembayaran kau tu. Jadi, kalau kau jenis yang tak berkira, bolehlah pergi ke mana-mana kaunter ejen yang berdaftar untuk membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN tu. Lebih baik bayar dari tak bayar langsung. Siap buat tak endah lagi tu yang tak boleh tahan tu.

Bank Islam (BIMB) - RM1.00
Bank Rakyat - RM0.50
Pos Malaysia - RM2.00
CIMB Berhad - RM2.00
Bank Simpanan Nasional (BSN) - RM0.50


3. POTONGAN GAJI

Sesiapa yang dah bekerja dan tak mahu buat bayaran melalui kaunter sebab tak ada masa untuk ke sana ke mari. Jangan risau, kau boleh buat bayaran dengan cara potongan gaji. Dengan cara ni, kau tak payah dah pening-pening fikir nak bayar bila, kat mana, macamana, berapa dan sebagainya. Terus buat permohonan potongan gaji dari majikan kau. Simple! Settle!

Kau juga boleh mohon di sini dan PTPTN akan liase terus dengan majikan yang kau kerja sekarang. Sekiranya kau dah berhenti, kau kena mohon untuk pertukaran majikan pula ya. Kalau tak, tak ada deduction untuk bayaran balik PTPTN kau kalau kau dah berhenti kerja dari majikan yang lama tu.


4. DIRECT DEBIT

Ini adalah cara yang aku lakukan bermula tahun 2018, sejak aku tahu ada insentif diskaun 10% dari pihak PTPTN untuk mereka yang bayar secara Direct Debit. Alhamdulillah, sampai ke harini aku masih layak menerima Diskaun ni.. Eh, kau tak perlu risau sebab kau pun boleh dapat diskaun ni.

Macamana caranya? Mari aku tunjukkan caranya.

Untuk sesiapa yang masih belum mendaftar lagi, kau boleh buat permohonan bayaran Direct Debit. Cara yang mudah semudah ABC kerana arahannya sudah diberikan. Tapi, kalau masih tak jelas. Aku kongsikan cara manual nak daftar Direct Debit ni.


5. KWSP

Kau boleh buat bayaran samada nak guna akaun KWSP sendiri atau ibu bapa melalui Akaun II. Paling best adalah tiada had pengeluaran (boleh keluarkan keseluruhan atau sebahagian).

Kenapa perlu bayar pinjaman PTPTN guna KWSP :

  • Boleh guna akaun sendiri atau ibu bapa
  • Tiada had pengeluaran
  • Boleh buat bayaran lebih dari sekali selagi Akaun II masih berbaki
  • Tiada caj pemprosesan atau perkhidmatan dikenakan
  • Jimat kos upah dan dapat diskaun sekiranya layak

Tapi, kau jangan risau tak ada masa nak ke kaunter KWSP pula. Sebabnya KWSP dah buka permohonan pengeluaran untuk bayaran balik PTPTN melalui borang e-Pengeluaran. Di sini aku kongsikan langkah permohonan melalui e-Pengeluaran :

  1. Login ke i-Akaun ahli -> Tab Pengeluaran -> e-Pengeluaran -> Permohonan Baru
  2. Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.
  3. Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Ahli diberi tempoh selama 14 hari untuk hadir ke kaunter KWSP dari tarikh mesej sekuriti dihantar. Sekiranya tak hadir, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
  4. Tempoh proses = Tidak melebihi 15 hari waktu bekerja dari tarikh ahli hadir ke KWSP.


6. KIOSK PAYQUIK
Bagi yang ada akaun PayQuik, kau pun boleh gunakan akaun kau tu untuk buat bayaran balik pinjaman PTPTN. Kau boleh baca manual bayar pinjaman PTPTN ni sebelum buat apa-apa pembayaran tau dan prosesnya akan mengambil masa dalam 1 hari untuk pihak PTPTN update dalam sistem. Tapi, kalau tak ada akaun ni tak perlulah susah-susah nak pergi buka pula kan. haha. Guna lah apa yang kau ada. 


7. MOLPAY CASH @ 7ELEVEN

Cara bayaran yang ni pun lebih kurang sama je macam PayQuik cuma tak perlulah ada akaun. Cukup kau masukkan segala maklumat kau dan akhir sekali kau print slip untuk kau bayar di 7Eleven. Kau boleh baca manual bayar pinjaman PTPTN ni sebelum buat apa-apa pembayaran tau dan prosesnya akan mengambil masa dalam 3 hari untuk pihak PTPTN update dalam sistem dan ada caj perkhidmatan sebanyak RM3.50 jika kau gunakan cara bayaran ini.


Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Masa aku mula nak bayar PTPTN, aku pernah tanya dengan pegawai yang menyelia akaun PTPTN aku dan aku ada tanyakan pada dia, dengan confident guys! haha. "Macamana cara saya nak dapatkan potongan atau pengecualian bayaran balik? Saya dapat 3.79 dan DL setiap semester. Ada ke insentif untuk saya?" (Mohon baca dengan nada minta kesian bukan nada riak)

Aku macam, "Wah, seriuslah aku cakap macam tu tadi. haha." Kenapa aku tanya macam tu sebabnya dulu aku pernah dengar kalau result dapat atas 3.5, dia akan dapat pengecualian dari kena bayar dan aku nak benda tu haha.

Sekali dia cakap, "Maaf cik. Awak tak layak." Hahahaa. Aku pun tanya kenapa. Dia cakap, insentif itu hanya valid untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Ha. Ha. Ha. Aku ketawa. Dan tak terlupa, mod sepenuh masa yaa. Maka, aku pun berhuhuhu je lah.

Kredit : Website PTPTN

Sekian coretan hari ni. 

Terima kasih sebab sudi baca artikel aku dan jangan lupa share untuk semua ya.


Baca artikel lain :



No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)