Tisu Lembap Imaan Wipes Sebagai Alternatif Pencuci Muka - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Tisu Lembap Imaan Wipes Sebagai Alternatif Pencuci Muka

Tisu Lembap Imaan Sebagai Alternatif Pencuci Muka | Wanita dan solekan berpisah tiada. Makanya, pencuci muka adalah barangan yang boleh dikatakan perlu bawa jika ke mana saja sekiranya kita tak pulang ke rumah. Lagi-lagi para guru yang terpaksa stayback di sekolah, para traveller yang seharian berada di luar mahupun wanita bekerjaya di luar sana yang seharian akan berada di luar rumah bagi memenuhi tuntutan tugasan. Membersihkan solekan itu satu keperluan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat, tapi ramai yang selalu mengeluh bilamana nak bersihkan solekan tu ambil masa yang lama padahal nak ambil wudhu' lagi, nak bersihkan diri lagi dan nak solat lagi.

Tak terkecuali aku. Sekarang masa aku banyak berhabis di luar dengan kelas dari lepas waktu bekerja terus ke rumah pelajar dan pusat tuisyen. Kadang-kadang lepas satu rumah pelajar ke rumah pelajar yang lain pula. Jadi, nak solat pun kena singgah di masjid atau surau terdekat. Walaupun aku bukan peminat tegar alat solek, aku tetap bersiap juga untuk ke rumah pelajar kan. Sekarang ni aku dah kurangkan eye liner, sebab nak kurangkan kebiasaan, kalau dulu eye liner tu memang tak lari lah. haha. Bayangkan dengan masa yang agak singkat, aku terpaksa tenyeh make up remover lagi, nak mencuci muka lagi. Kebiasaan yang leceh lah bagi aku haha.


Tapi, since aku mula dikenalkan dengan IMAAN WIPES ni, rasanya kelecehan tu dah jadi mudah. Paling aku terpikat adalah dengan Premium Wet Tissue yang sangat sesuai dijadikan sebagai pengganti pencuci muka Cetaphil aku kalau aku terlupa bawa. Cepat dan memang bersih gais!

Buat pengetahuan semua yang baru mengenali Imaan Wipes | Koleksi Tisu Pelembab Produk Halal ni, Imaan Suci Worls dah mengeluarkan bukan 1 jenis, bukan 2 jenis tapi 4 jenis Imaan Suci Wipes yang sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana setiap satu jenis mempunyai kelebihan yang tertentu.

IMAAN SUCI WIPES COLLECTION
  • Tisu Pembersih Wajah @ Suci Facial Wipes (BIRU)
  • Tisu Pembersih Wajah + Argan @ Premium Wet Tissue (PINK)
  • Tisu Pembersih Seisi Keluarga @ Suci Family Wipes (KUNING)
  • Tisu Pembersih Zon Intim @ Suci Feminine Wipes (PURPLE)


TIPS UNTUK MEREKA YANG SUKA MAKEUP TEBAL

Buat wanita yang sering keluar dengan solekan yang tebal, aku sarankan untuk kau cuba Imaan Wipes warna Pink sebab fungsinya lebih daripada Imaan Wipes warna Biru dengan kelebihan Argan sebagai formula tambahan. Formula ini mampu membantu membersihkan wajah dan sisa kotoran di muka dan menanggalkan makeup (deep cleansing). Selain tu, jenis ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif. Kau tak perlu risau, sebab aku yang kulit sensitif dengan parut jerawat yang masih ada lagi ni pun setakat ni tak ada kesan merah atau apa-apa kesan daripada guna Imaan Wipes ni.

So far, dah hampir 2 minggu aku guna dan sejujurnya aku berpuas hati dengan ketiga-tiga Imaan Wipes yang aku dah cuba. Cuma Feminine Wipes masih belum cuba. Sayang rasanya nak guna. haha. Lagi satu, Imaan Wipes ni wangi tau. Kau akan rasa selesa dan nyaman je dengan bau Imaan Wipes ni.


Imaan Suci World memang terbaik! Sebabnya mereka bukan saja hasilkan produk khusus untuk wanita tapi juga produk buat seisi keluarga. Produk Imaan Family Wipes yang mengandungi formula madu, Aloe Vera dan Vitamin E ini sangatlah membantu para ibu dan bapa dalam melindungi kebersihan anak-anak. Antara fungsi Imaan Family Wipes adalah :
  • Membersihkan peluh dan daki dan menyegarkan
  • Menjaga kebersihan seisi keluarga
  • Kegunaan semasa anak-anak makan, menyusu, tukar lampin & muntah
  • Bantu ibu ayah untuk membersihkan tangan dan badan anak setelah bermain & lain-lain
  • Kegunaan aktiviti keluarga di luar rumah (travel, riadah dan bersukan)
  • Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
  • Kegunaan untuk orang sakit atau orang kurang upaya
  • Menghilangkan bau badan dengan bau yang cukup wangi dan menenangkan
  • Membersihkan peralatan mainan kanak-kanak, perabot dan lain-lain

Satu produk tapi mempunyai banyak fungsi dan kelebihannya tau gais! Rugi kalau tak dapatkan koleksi Imaan Wipes yang mudah di bawa ke mana saja ni.



Pembersih makeup pantas dan mudah?
Imaan Wipes kan ada !

Tangan kotor?
Imaan Wipes kan ada !

Selalu travel jauh? Muka selalu berminyak?
Imaan Wipes kan ada !

Bau badan kurang menyenangkan?

Imaan Wipes kan ada !




Kenapa perlu dapatkan koleksi Imaan Wipes ni? Sebabnya ia merupakan produk yang diyakini selamat dan disahkan oleh KKM dan produk ini memang terbaik. Macamana nak dapatkan koleksi Imaan Wipes? Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi stokis sah oleh Cik Hazirah di :


Email : zira.shahrudin@gmail.com

No Telefon : www.wasap.my/60198723577


2 comments:

  1. Nak buat wipe surface bila kat tempat awam pun boleh kan. Meja, kerusi, pemegang and yang seumpama. Useful nya

    ReplyDelete
  2. Dah ada tisu miss V tu, memang senang nak travel kalau tak ada Air.

    ReplyDelete

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)