Tips Ubah Style Harian Dengan Bawal Aidijuma - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Tips Ubah Style Harian Dengan Bawal Aidijuma

Tips Ubah Style Harian Dengan Bawal Aidijuma | Aku rasa semua cukup tahu yang bawal AidiJuma ni famous dengan design dia yang comel dan unik. Susah nak jumpa design yang tak terfikir dek akal ni, tapi AJ ada design-design yang rare tu. Hihi. Sebenarnya sebelum ni ada orang pernah belikan aku tudung bawal Aidijuma White Label design Flower sebagai tudung raya. Masa tu barulah tahu ada white label, black label dan sebagainya. In fact, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, adakah mereka yang menjual Aidijuma ingat semua nama tudung diorang? Design yang banyak gila tapi dorang ingat nama setiap design tu ke?


Dan yang aku suka Aidijuma ni adalah tudung soft cotton, bidang boleh tahan labuh juga dan senang juga nak bentukkan awning tudung tu. Kalau korang pertama kali nak cuba AJ, boleh cuba dulu beli 1. Design yang paling kau suka. Bila dah suka pakai, lama-lama bawal AJ ni jadi favourite korang pulak.

Style harian aku kadang kau tak boleh nak predict pun. Sebabnya kalau dah sampai mood nak berbawal crepe, seminggulah bercrepe. Kalau mood plain shawl dah masuk, silap hari bulan 2 minggu direct aku pakai shawl plain. Shawl plain aku suka gayakan dengan baju kurung. Yes, dua minggu aku pakai baju kurung ke ofis. Nampaklah ayu sikit walaupun naik motor datang ofis. Yang penting ada gaya okay hahah. Style ni adalah style zaman belajar Diploma dulu. Aww rindu!


Dan kalini aku cuba ubah gaya. Apakata kalini kita cuba pakai jubah, blouse dan skirt atau dengan seluar yang semua plain tapi dipadankan dengan style bawal AJ. Opss, bukan berbawal tapi kita bershawl dengan bawal AJ. Ubah mood sikit kalini. Apa salahnya cuba-cuba kan, ubah mood sikit. Takkan nak mood sama je tiap hari. Tak meriah la hidup sister kalau macam tu hihi.

So, korang pula macamana? Ada style cara lain yang korang nak kongsi dengan aku? Mana tahu aku boleh cuba pula style fashion korang. Nama pun suka try and error. Baru jadi gaya, tak gitew sis hihi.

Tapi kan.. Nak lagi tambah bergaya kalau korang dapatkan Bawal AidiJuma dari Stokis Sah AJ Sis Onie. Servis tiptop! Senang nak deal! Dan kalau nak beli dari Lazada pun boleh sebab dia salah sorang seller berdaftar di Lazada. Boleh cuci mata sekali design lain kan gais! Nak beli combo pun cunn!

VOUCHER bernilai RM3 !!
Untuk pembelian tudung RM20 tidak termasuk kos penghantaran. KHAS untuk yang pertama kali membeli Bawal AJ. Cepat dapatkan sementara stok masih ada!

Stokis Sah Bawal AidiJuma
Lazada Centre : Stokis Bawal AidiJuma
Hubungi : 
Alamat : No. 16, (Sebaris Speedmart99) Persiaran Bemban Raya 2, Bemban Raya, 31000 Batu Gajah, Perak

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)