Pengalaman Lulus Ujian Undang-Undang Berkomputer Dengan Mudah - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Pengalaman Lulus Ujian Undang-Undang Berkomputer Dengan Mudah

Pengalaman Lulus Ujian Undang-Undang Berkomputer Dengan Mudah  | Alhamdulillah kali ke 2 ambil ujian komputer tanpa repeat. Eh, tu 2 kali tu? Yaa, kali pertama ambil untuk kereta dan motor pada 3 ke 4 tahun lepas. Kemudian, lesen kereta dan test JPJ semua dan alhamdulillah kereta pass dengan jayanya. Cumanya, lesen L motor tu aku renew dan renew dan renew sampailah lesen tu mati. Hihi. Sempat ke kelas sekali je dan selepas tu, busy memanjang kalah menteri.

2 tahun juga lah bawa secara harom. Nak ambil lesen baru pun tak sempat. Dan kalini aku tekad untuk ambil sekali lagi. Sufi aku tu dah umur 3 tahun pun takkan la tuan dia nak bawa dia secara haram sampai bila-bila kann, gichew. Haha.



Then, finally. Rezeki kalini ambil dengan adik perempuan aku yang sorang ni. Terpaksalah curi-curi masa mengajar ni dengan kerja lagi. Tapi, takpa. Benda baik jangan tangguh-tangguh lagi dah. And yes, finally in a week dah selesai our computer test. And guess what, alhamdulillah sekali lagi pass. To be honest malam sebelum test tu baru berkesempatan untuk study buku tebal tu. Eh, study ke?

Sorry to say, aku tak study buku tebal tu pun. Aku study cara lain. Yang lebih mudah dan in shaa Allah dapat bantu korang. Nak tau tak aku study macam mana?

Alkisahnya, malam sebelum ujian komputer hari tu, aku update status whatsapp, konon-konon nak share yang iols ada test esoknya. Haha. So, admin di pusat tuisyen yang aku ajar since 2017 tu dia reply status tu. Katanya, "Tak payah lah cikgu baca buku-buku tebal tu. Saya buat exercises dalam Apps aje." Hahaa. Sungguh bernas idea itu. Dan malangnya aku pun tak terfikir benda tu. Hahaa.



Maka, aku dengan adik aku pun buat latihan melalui apps KPP01 saja. Mana-mana Apps pun boleh. Apps yang aku masuk ni terus dapat jawapan so boleh terus tahu mana betul mana salah. Dan paling excited aku nak kongsi dengan korang adalah, 90% soalan dari Apps tu keluar dalam ujian komputer aku. Hahaa. Syukur alhamdulillah.


Tadaaaa! Result adik aku lagi gempak. Ini ujian komputer pertama dia amik dah dapat 49/50. Sister dulu ujian pertama pun 48/50 je tau. Haha. Meh la nak share sikit tips jawab ujian undang-undang berkomputer dengan mudah.

TIPS JAWAB UJIAN KOMPUTER

1. Baca maklumat penting yang dicatat semasa dalam ceramah dulu. Contoh penceramah ada highlightkan berapa lama masa untuk lesen L tukar pada P. L boleh bawa berapa orang and all that.

2. Baca buku jawapan yang disertakan semasa mendaftar sekali lalu dan sekali imbas.

3. Ingat maklumat penting seperti jumlah demerit jika melakukan kesalahan sekian-sekian, faham dan ingat tanda beritahu, amaran dan larangan. Baca sekali imbas pun tak apa, janji kau baca dan mungkin ada yang terselit-selit dalam fikiran.

4. Download apps lesen memandu atau menunggang. Buat dalam 5 set soalan.

5. Esoknya semasa menunggu giliran untuk jawab ujian komputer, buat lagi dalam 3 set soalan. In shaa Allah mudah untuk kau ingat dan faham maksud soalan yang akan keluar nanti.


Biasanya soalan dia repeat aje. Masa aku jawab ujian komputer 4 tahun lepas tu, 2 kali test tu soalan dia lebih kurang aje. Beza sikit aje. So better jawab lebih banyak set untuk kau dapatkan familiarity dalam menjawab soalan ujian komputer tu nanti.

Apa-apa pun, all the best! Aku tengah mencuri-curi masa untuk buat kelas pula ni. Sebab lesen L dah collect semalam selepas 3 minggu Metro hantar mesej suruh collect Lesen L. Hahaha. Reminder every week gais! Hahaa


Alhamdulillah. Dah halal dah nak bawa Sufi ke sana sini. Jauh pun takpa, tak risau dah sebab dah sah.. Haha.

Baca artikel lain :

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)