Perlu Ke Hantar Anak Ke Tuisyen? Baca 5 Sebab Ini ! - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Perlu Ke Hantar Anak Ke Tuisyen? Baca 5 Sebab Ini !

Perlu Ke Hantar Anak Ke Tuisyen? Baca 5 Sebab Ini ! | Aku ada buat research di beberapa buah blog peribadi dan aku boleh katakan dalam 80% mengatakan bahawa tuisyen itu tak perlu. Ada beberapa sebab yang menyokong kenyataan tu. Jadi aku buat kesimpulan yang kebanyakan penulis blog peribadi tak setuju tuisyen ini dijadikan norma dalam masyarakat Malaysia disebabkan bila orang terlalu mementingkan education, hal ni akan mematikan kehidupan seronok dan akan menghilangkan masa bermain kanak-kanak.

Tapi ada beberapa point yang aku kurang setuju sebab bagi aku, point tu dah tak relevan dalam abad ke 21 ni. Sangat tak relevan antaranya sebab kepesatan sistem teknologi dan kenyataan budak-budak zaman sekarang yang tak boleh nak fikir rasional demi masa depan.


5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Tuisyen?

1. Seiring dengan waktu bermain dan belajar anak-anak
Tak dinafikan anak akan kekurangan waktu bermain dan hilang keseronokan waktu kecil jika mengambil tuisyen. Tapi, mohon ibu bapa fikirkan demi kebaikan masa depan anak-anak. Waktu kecil bolehlah kita bagi diorang bermain, tapi jika dibiarkan dan sehingga besar tak dibiasakan dengan 'pendidikan itu satu keperluan', diorang akan anggap, "Tak apa, parents aku okay saja kalau tak pandai pun."

Ini yang perlu dibetulkan sejak kecil. Hal pendidikan kena diterapkan seawal diorang kecil lagi. Eh, tapi kan. Siapa kata kalau pergi tuisyen, masa bermain anak-anak akan hilang? Bukan ke lebih bagus kalau anak-anak bermain dengan kawan-kawan sambil belajar daripada biarkan anak-anak bermain sia-sia dan itu hanya akan mengurangkan tempoh pembelajaran diorang.


2. Keperluan Pendidikan Yang Sangat Mencabar
Kebanyakan pelajar aku mengadu, diorang tak faham cikgu sekolah mengajar. Kat sini aku tekankan, kadang-kadang bukan faktor cikgu sekolah yang tak pandai mengajar, tapi disebabkan faktor sekeliling. Contoh, satu kelas 40 orang. Semua perlukan perhatian khusus. Kau rasa? Tak jadi sotong kurita ke cikgu tu? Eh, kalau tak pandai mengajar macamana boleh jadi cikgu sekolah, betul tak? 

Disebabkan pendidikan ini satu keperluan untuk jangka masa panjang dan kita tahu di masa akan datang, diorang akan menghadapi waktu di mana terpaksa bersaing dengan ramai orang bijak pandai. Jadi, untuk sama-sama bersaing kita perlu bagi pendidikan sebaiknya pada diorang. Jika tidak mendapat kerja yang diingini, sekurang-kurangnya dia takkan mudah dimanipulasi oleh orang sekeliling dengan ilmu yang dia ada.


3. Elak Anak Terabai Kerana Kesibukan Ibu Bapa
Taknak hantar ke tuisyen? Sebab boleh mengajar sendiri. Silakan. Tapi, kau rasa kenapa wujudnya tuisyen ni? Untuk bantu ibu bapa yang kurang masa untuk mengajar anak sendiri di rumah lah.

Tak ada siapa paksa untuk hantar anak-anak ke tuisyen atau buat tuisyen di rumah kalau ibu bapa pun boleh pantau perkembangan pendidikan anak sendiri di rumah. Nak tuisyen atau tidak, berbalik semula pada ibu bapa. Cuma yang penting, jangan serahkan sepenuhnya tugas mengajar tu pada guru sekolah, tapi ibu bapa merangkap orang paling rapat dengan anak-anak pun perlu ambil bahagian. Kejayaan diorang adalah komitmen ibu bapa juga.


4. Guru / Tutor Mengajar Teknik Terbaik Menjawab Soalan
Siapa kata anak-anak tak boleh belajar sendiri di rumah. Eh, boleh. Boleh sangat. Tak ada masalah. Tapi, bukan ke lebih jimat masa dan memudahkan kerja sekiranya ada guru atau tutor yang tahu teknik menjawab soalan peperiksaan sebenar dan berkongsi tips dan tricks yang sesuai untuk digunakan di dalam peperiksaan nanti? Bukan kah lebih baik sekiranya anak-anak tahu teknik menjawab dalam 2 jam dari menghabiskan masa 12 jam membaca dan menghafal satu buku dan esoknya lupa dan mengulangnya semula.

Ramai je yang belajar sendiri pun berjaya juga. Tak dinafikan. Tapi mesti kena lah dengan cara belajar yang betul. Well, ini hanya cadangan. Nak? Ambil. Taknak? Tak perlu susah-susah ambil.


5. Mempercepatkan Proses Memahami Topik Yang Sukar
Anak-anak perlukan seseorang yang pakar dan mahir dalam sesuatu topik untuk memudahkan diorang tanya soalan yang terbuku di minda. Ada pelajar yang agak sibuk dengan program sekolah, anak pelajar yang mungkin selalu skip kelas kerana sakit, ada pelajar yang sukar ikut pembelajaran di sekolah kerana guru terlalu mengejar silibus hingga dirinya terabai dan ada banyak lagi sebab kenapa anak-anak selalu ketinggalan dalam kelas.

Kalau ada ibu yang tak bekerja, dia boleh bantu anak-anak dalam pelajaran. Ya. Betul. Sekiranya itu matapelajaran yang bukan kepakarannya? Kesian anak-anak tau. Terpaksa belajar dan membuat assumption sendiri mengenai subjek tu. Bukan kah lagi baik kalau ada seseorang yang akan bantu menjawab setiap soalan yang dia ingin tahu dengan tepat? Maka, anak-anak akan belajar sesuatu dari situ!

Anak-anak juga akan belajar sesuatu yang baru jika belajar bersama kawan-kawan. Ini pun akan bantu mudahkan proses pembelajaran sebab masing-masing ada keinginan untuk tahu itu, tahu ini.


Bagi aku, ini bukan lah satu kewajipan pun untuk ambilkan anak khidmat tuisyen ni. Cuma ini salah satu alternatif untuk mudahkan urusan banyak pihak. Terutama sekali, anak-anak. Diorang nak berjaya demi masa depan. Tapi, diorang perlukan sokongan dari ibu bapa juga. Kalau ada ibu bapa yang kurang mampu, tak perlu pun ambil kesemua subjek. Hanya ambil subjek yang penting dan yang betul-betul perlukan perhatian khusus saja. Kalau lagi tak mampu, hantar lah ke Pusat Tuisyen Rakyat yang Percuma tu. Sekurang-kurangnya pelajaran anak-anak, ada yang tolong pantau.

Selebihnya ini hanya pandangan peribadi aku yang newbie ni. Kalau ada pihak yang kurang bersetuju, aku terima dengan lapang dada.

Baca artikel lain :


No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)